Thursday, November 12, 2009

BLOGGERS! Bersatulah untuk kebaikan rakyat!


Rakyat sebenarnya semakin menyampah dan mual dengan tindakan beberapa bloggers yang dahulunya hebat membantu dan berjuang untuk mengembalikan kehendak rakyat kearah kemakmuran dan kebaikan Malaysia yang dimiliki bersama ini.



Akhir-akhir ini, bloggers lebih gemar mensensasikan isu yang dilihat lebih merugikan perjuangan dalam membantu rakyat marhaen yang semakin hari semakin kecewa dan ditekan oleh Kerajaan Najib.

Bloggers banyak melakukan kerja sia-sia dan melaga-lagakan sesama sendiri walaupun sesetengah perkara itu telah diputuskan dan telah diberi kenyataan rasmi oleh pimpinan. Kerja-kerja ini amat merugikan rakyat.

Tumpuan pimpinan kearah membantu rakyat marhaen juga terganggu. Ini kerana dahulunya, pimpinan hanya perlu menjawab 'gossip' di media arus perdana tetapi sekarang, media arus alternatif juga menjadi 'beban' baru kepada pimpinan. Kalua tidak dilayan, dikatakan benar...tetapi bila dilayan, diputar belit cara lain pula.

Hentikanlah, marilah kita bersatu....Buang yang keruh, ambil yang jernih...Jom kita menulis untuk kepentingan dan wawasan rakyat yang dahagakan kebajikan dan pembelaan. Kurangkan 'beban' pimpinan, biarlah mereka menumpukan penuh perhatian terhadap pembangunan rakyat marhaen...

Banyak isu yang masih belum selesai....isu BERSIH, isu ISA, tiada bonus....pejuang kakitangan dituduh tidak bermoral...isu pita Lingam.....arrrrggghhh!

Disalin Dari http://cyberpoyo.blogspot.com/

Perkataan, Ungkapan dan kenyataan untuk difikirkan..


-"Pilihan raya baru ini kita dapat sokongan masyarakat bandar dan pinggir bandar. Golongan ini boleh akses maklumat pelbagai termasuk internet. Orang kampung pendalaman hanya bergantung pada Utusan Melalok dan Berita Hairan saja. Minda mereka tak berubah. Sebab itu kalau kita nakkan kejayaan lebih menyeluruh kita kena tingkatkan pemikiran orang luar bandar,"

* MENG "ALTANTUYA"
: Membunuh seorang perempuan dengan kejam..

*MENG"LINGGAM"
:Menipu dengan kaw - kaw sekali

-PULAU TERLEPAS, BATU TERHEMPAS, PUTIH MATA AKHIRNYA : Pulau Batu Putih termasuk perairannya terkeluar dari peta Malaysia yang semakin mengecil.

-Jika tiada penipuan lebih banyak kerusi adun dan parlimen akan dimenangi Pakatan Rakyat :
Faktor penambahan undi yang dipindahkan. Kita percaya ada unsur penipuan. Keadaan berbeza dengan seluruh Selangor dan Kelantan, di mana kesan perubahan dan kesedaran jauh lebih besar daripada kesan penipuan, maka kita berjaya.
Mungkin sesetengah tempat ada penipuan. Penipuan itu jauh besar sedikit daripada kesan perubahan dan kesedaran.

-Wahai anak anak ku...duit saku sekolah terpaksa abah kurangkan...wahai emak ayah di kampung...mula dari bulan hadapan aku tak dapat lagi memberi belanja dapur..apa kan daya ku...Tariff elektrik naik harga.. beras naik harga bukan nya seringgit dua tetapi belasan ringgit sekampit..hidup di kota yang serba serbi nya wang...emak ayah..munkin tahun ini kami tak balik raya.. Kenapa ini Terjadi?? Sebab masih Ramai lagi orang yang undi BN PRU lepas..

PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN

Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..

PENIPUAN PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Pesekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Serawak.

PENIPUAN KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Anakatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan puteh adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - puteh hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera Singapura dan Indonesia.

PENIPUAN KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Mito perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkan kerena gerombolan ini.

PENIPUAN KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.

FAKTA YANG WAJIB KETAHUI

Selalu para cikgu dan pakcik - makcik yang Pro- UMNO berkata negara Malaysia ini berlandaskan Pelembagaan Persektuan Tanah Melayu yang dibuat pada tahun 1956. Tanah Melayu menjadi pesektuan negeri-negeri Melayu berasaskan semangat Perlembagaan ini.

Ini bohong.

Perlembagaan itu telah jadi cerca merba.

Semenjak Merdeka tahun 1957 – telah ada 600 pindaan Perlembagaan negara kita ini. Enam kosong kosong. Enam sifar sifar. Enam ratus kali ianya dipinda dalam masa 53 tahun.

Bandingkan dengan Amerika Syarikat yang memiliki Perlembagaan yang berumur 232 tahun yang hanya ada 27 kali pindaan. Dua puluh tujuh kali dalam masa dua ratus tiga puluh dua tahun.

Justeru jangan kelentong mengatakan rakyat wajib sujud pada perlembagaan. Ini telah jadi perlembagaan yang diubah suai oleh United Malays National Organisation. Tiap kali kena tibai oleh rakyat – ubah perlembagaan.

Jangan kata rakyat tak patriotik. Rakyat memang tak patriotik pada Perlembagaan yang telah dipinda pinda lari dari semangat Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia
.


TEKNOLOGI PECAHKAN PENIPUAN UMNO/BN


Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemedekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbarai pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan Penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa kecuali fikrahnya yang rasional.

LIHAT BAGAIMANA ALGOJO JUAL NEGARA

TANAH DI SERAH KEPADA PEMAJU
- Utusan Melalok

SELAYANG 14 Sept. - "Kami disuruh memohon tanah ini tetapi ternyata itu sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati penduduk kerana akhirnya tanah itu diberikan kepada sebuah syarikat."

Itulah luahan penduduk sekitar Jalan 1, Bandar Baru Selayang, di sini, terhadap keputusan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak yang meluluskan tanah di Lot 10875 untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan sebuah syarikat.

Mereka membantah sekeras-kerasnya pemberian hak milik tanah itu atas alasan mereka terlebih dahulu memohon tanah tersebut iaitu sejak 12 tahun lalu.

"Harapan penduduk untuk mendapatkan tanah itu berkecai kerana 'dirampas' dengan mudah oleh syarikat itu sedangkan kami sudah lama memohonnya," kata penduduk di situ.

Seorang penduduk, Abdul Majid Md. Haniff, 47, berkata, selama 12 tahun dia berusaha dan memohon untuk mendapatkan hak milik tanah tersebut tetapi usahanya ternyata sia-sia.

Menurutnya, dia juga berasa teraniaya dengan keputusan yang diambil oleh PTD Gombak itu kerana sebelum ini, dia juga pernah mengalami masalah yang sama sebelum ini.

"Dulu, masa saya tinggal di Kampung Selayang Tin begini juga jadinya. Tanah yang dahulunya hak milik nenek moyang kami dirampas dan rumah kami diroboh begitu sahaja oleh MPS tanpa memberikan sebarang pampasan ketika itu.

"Tetapi pada masa itu, tahap kesabaran kami masih boleh dikawal. Tidak sampai lima bulan kemudian, rumah kedai yang dimiliki oleh mak saya pula dirobohkan oleh MPS tanpa sebarang notis pemberitahuan sedangkan kami ada dokumen yang sah mengenai bangunan tersebut," katanya.

Selamatkan Negara ini Dari terus di jual oleh UMNO/BN

perhatikan dimana ketuanan melayu menjual
tanah orang melayu kepada para cukong. lihat
satu demi satu tanah hilang tuan. semuanya dilakukan
kerana ada duit masuk bawa meja.

orang melayu di tipu dengan ketuanan melayu
pada hal yang membolot harta kekayaan negara
ini ialah cukong dan towkay yang ada hubungan
dengan pemimpin algojo United Malays National Organisation.

caranya cukup senang. nama ketua geng algojo akan
dimasukan sebagai lembaga pengarah atau dijanjikan saham
atau dijanjikan kondo bersama amoi chikaroo. lalu tanah ini diluluskan.
cara ini telah berjalan selama 52 tahun. hingga habis tanah
orang melayu dalam bandar kena rembat.

inilah nama nya ketuanan melayu. pukida ke pewaris ke
pesaka ke pekatak bobok ke tidak akan bersuara kerana
dapat keluping saham atau sekurang kurangnya dapat
jadi pak guard kah.. kah ..kah

p/s : adakah anda tahu di indonesia tanah tidak
dibenarkan dimiliki oleh orang asing?


Perkataan - Perkataan

MACHIAVELLI : Matlamat menghalalkan cara
UNILATERAL : Tindakkan yang di ambil tanpa mengira timbang rasa dan perikemanusiaan
REFORMASI : Pembaharuan dalam hal-hal sosial, politik kebudayaan, agama dan lain-lain.
DEMOKRASI : Pemerintahan/Pimpinan suara ramai.
FEUDAL : Keadaan masyarakat yang hanya dikuasai oleh golongan tertentu.
OPORTUNIS : Orang yang lebih mementingkan keuntungan diri sendiri daripada memikirkan baik buruk perbuatannya atau mengambil kesempatan.
HIPOKRIT : Munafik atau orang yang berpura-pura berkelakuan baik.

UNGKAPAN

-Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

-Ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis : Sama makna Hipokrit. Cakap tak serupa Bikin.

-Kalau Masa Mahathir, Mahathir bagi satu Negeri; Masa Pak Lah, Pak Lah bagi empat Negeri; Masa Najib, Najib bagi 1 Malaysia! Yippee! Kita bersiap sedia utk mengalu - alu kan pemberian 1 Malaysia daripada Najib kpd Pakatan Rakyat!

Maknanya - PRU ke - 13 kita akan menang! heh..heh..heh...

Disalin dari http://amkshahalam.blogspot.com/

Mampukan PAS dipandang mulia dan menjadi penyelamat?


Perjuangan PAS adalah Islam. Islam itu adalah penyelamat. Islam itu adalah keamanan dan pendamaian.

Selepas 13 Mei 1969, Kerajaan Persekutuan pimpinan Tun Razak mengajak PAS menyertai kerajaan campuran yang di namakan Barisan Nasional. Demi perpaduan dan keamanan, PAS menyertainya. Di kala itu PAS tidak melihat perkara yang bakal berlaku di masa depan. Apatah lagi prasangka buruk terhadap UMNO/BN. Semuanya dipandang positif dan baik oleh PAS. Yang penting rakyat selamat dan sejahtera.

Walaupun cita-cita PAS untuk tegakkan hukum hakam Allah sedikit terganggu dan tidak lancar, PAS sanggup korbankan "masa perjalanan itu" bukan korbankan prinsip ! Semuanya demi negara dan rakyat. Apatah lagi dikala itu negara berada diambang kemuncak perkauman dan ancaman komunis.

Akhirnya PAS ditendang keluar bagai anjing kurap. Bermula dari tarikh itulah PAS memulakan perjuangannya dengan "zero". Pelbagai pahit maung dialami. Tragedi Memali, Operasi Lalang, Tragedi Lubuk Merbau, penarikan permit Harakah dan 1001 kezaliman.

Itu belum lagi dengan penghantaran "hijrah" penyokongnya ke kawasan pendalaman samada sebagai guru maupun sebagai pegawai kerajaan.

PAS juga mengalami proses "pemutihan". Ramai pembesarnya gugur di perjalanan perjuangan. Nama-nama besar seperti Dato Asri, Datuk Nakhaei antara yang gugur. Oleh kerana perjuangan PAS bukan atas dasar peribadi dan individu tetapi Islam , maka PAS tetap gagah dan utuh. Hanya Allah Taala sahaja yang boleh "mentalqinkan" PAS ! Bukan makhlukNya.

Selepas PRU 12 2008, PAS juga mengalami ujian yang dahsyat. Terutama di Perak dan Selangor. Diumpan dan digoda dengan pangkat jawatan. PAS Selangor dan Perak berada di 2 persimpangan. Samada terima tawaran ataupun patuh kepada perjanjian. Hebatnya godaan itu ke peringkat jawatan MB dan kebenaran laksana hukum syariat!

Alhamdulillah PAS patuh kepada perjanjian walaupun dengan parti sekular PKR dan DAP. Langkah PAS ini mirip dengan apa yang telah Rasulullah lakukan dalam Perjanjian Hudaibiyah. Dikala Umar dan umat Islam agak kecewa dengan perjanjian itu yang mana seolah memberi kelebihan kepada Musyrikin Mekah, Rasulullah memberi harapan kepada Umar bahawa kemenangan Islam sudah hampir, Penaklukan Kota Mekah. Berduyung-duyung manusia memasuki agama Allah.

Mungkin kita melihat, PAS kerugian kerana patuh kepada perjanjian dengan PKR dan DAP. Kita mungkin kerugian jawatan MB dan Exco sepertimana Rasulullah kehilangan Abu Bashir dan Abu Jandal dalam Perjanjiaan Hudaibiyyah.

Tetapi lihatlah di sana, jutaan rakyat Malaysia sedang menanti dan merindui kerajaan yang adil untuk memimpin Malaysia. Seperti ucapan Presiden PAS TG Haji Hadi Awang yang menyatakan kita yakni PAS adalah kerajaan yang menanti.

Kini rakyat Malaysia melihat, PAS adalah parti yang patuh dan setia pada perjanjian. Setia pada perjanjian antara ciri akhlak yang mulia. Bukankah akhlak yang mulia ini yang menyebabkan Islam dapat menguasai 1/3 dunia ? Islam menguasai hati-hati manusia bukannya dengan pedang tetapi dengan akhlak.

PAS dipandang mulia selagi setia dan patuh kepada perjanjian.

Disalin dari http://tokpepijat.blogspot.com

Asri Oh Asri...

Satu masa dulu nama Asri memang cukup popular, Dato' Asri pemimpin PAS tersohor satu masa dulu. Kemudian Ustaz Asri Al Arqam dengan kisah Bani Tamim dan Imam Mahadi.
Kini Dr Asri Bekas Mufti Perlis yang dikatakan pendokong utama ajaran Wahabi di Malaysia.
Kehangatan cerita bermula bila Dr Asri di tangkap oleh penguatkuasa JAIS dan di hadapkan di Mahkamah Syariah Gombak Timur tanpa caj dan dibebaskan.
Bagi penduduk Taman Seri Ukay , Ulu Klang agak terkeliru kerana penduduk dan masyarakat di sana yang membuat beberapa kali laporan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana rasa tidak senang mereka dengan kegiatan satu kumpulan yang dikatakan menyebarkan ajaran Wahabi melalui surau Taman Seri Ukay yang dikuasainya, kemudian kumpulan ini gagal mempertahankan penguasaan dalam pentadbiran surau dan terus membuat kegiatan di sebuah rumah pendokong kuat kumpulan tersebut.
Penduduk Taman Seri Ukay agak kecewa dengan drama yang berlaku, mereka memang berkehendakan JAIS bertindak atas laporan mereka tetapi cara JAIS bertindak menjadikan isu ini menjadi kronik. Mereka tidak menghalang seandainya kumpulan yang ingin mengamalkan fahaman wahabi teruskankanlah tetapi cara mereka yang cuba memaksa masyarakat mengikut mereka serta menghalang penduduk membuat amalan seperti biasa mengikut amalan sunnah wal jammah. Bagi masyarakat Taman Seri Ukay isu utama mereka adalah kumpulan pengamal ajaran wahabi ini telah memecah belah masyarakat dengan tindakan mereka.
Saya hairan dan kecewa kenapalah kita ni orang Islam tidak mahu benar-benar bersatu, pada sayalah yang kurang mendalami Ilmu Islam bukankah yang utama Iman, Laillahaill llawah, Muhammadarasullah. Benar benar yang Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Rasul Allah. Pertama yakin dan membenarkan yaitu dalam hati dan amalan perbuatan, kita nak beramal ikut mana mesti ikut yang nabi Muhammad tunjuk dan ajar. Bagaimana Nabi Muhammad ajar, adalah melalui hadis dan sunnahnya. Kekadang ada beberapa yang tidak jelas dan menjadi pertikaian ummat maka rujuk ajaran ulamak, itulah sebabnya pecahan kepada 4 mazhab utama Maliki, Hanafi, Hambali & Syafie banyak boleh diselesaikan. Kalaulah ada yang nak rujuk kepada selain 4 Imam yang utama ini rujuklah asal sahaja, Yakin Allah itu tuhan yang Satu , Nabi Muhammad itu Rasul Allah.
Kita banyak dengar isu bidaah, baca qunut bidaah, tahlil bidaah, salawat ada syaidina bidaah, berzanji bidaah, sunat tarawikh 8 bidaah dan macam-macam lagi. Pada pendapat sayalah bukankah kita ada banyak lagi masaalah yang lebih besar untuk kita atasi dan perangi, kalaulah masa yang kita gunakan untuk mempertikai antara satu sama lain kita guna dengan gabungkan tenaga dan fikiran untuk membantu ramai orang Islam yang langsung tak tahu solat dan mengaji rasanya amat- amat bermanfaat rasanya.

Disalin dari http://myahyasahri.blogspot.com/

Jika minyak bukan hak Kelantan, kenapa tandatangan perjanjian dulu?


Lucu dan pelik sungguh Perdana Menteri nak menipu rakyat Kelantan dan semua rakyat dalam Malaysia ini. Dulu UMNO tipu rakyat Terengganu masa PAS memerintah dengan merampas royalty yang sudah termaktub dalam perjanjian yang telah dibuat lama dulu, UMNO bagi alas an Terengganu cuma layak dapat wang ihsan saja.

Siapa yang UMNO tipu? Orang Melayu Terengganu dan orang Melayu Malaysialah. Sekarang dia tipu pula orang Melayu Kelantan konony Kelantan tak layak terima royalty, cuma layak terima wang ihsan kerana pelantar minyak diluar perairan Kelantan.

Kalau betul luar perairan, wang ihsan pun Kelantan tak layak terima, ni dapat pula wang ihsan. Jangan bagilah Wang Ihsan pada Kelantan jika benar minyak tu diluar perairanya, jika nak bahi atas dasar “ihsan” bagi jugalah pada Perlis, Kedah, Pulau Pinang tu.

Kalau dah dasar suka menipu dan pendusta, apa-apa yang dibuat dan di katakan pun tetaplah menipu dan dusta. Itulah perjuangan UMNO.

Perjanjian dibuat antara Petronas dengan negeri-negeri yang ada minyak seperti Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan. Yang pelik Sarawak dan Sabah dapat pula royalty, Terengganu dapat royalty masa UMNO memerintah dulu, bila PAS memerintah, UMNO Pusat tiba-tiba kata Terengganu tak layak terima royalty, hanya layak wang ihsan.

Sekarang Kelantan pula yang juga negeri majoritinya orang Melayu pun dikatakan tak layak terima royalty. Kalau begitu, perjanjian yang dibuat oleh Petronas dengan Negeri Kelantan dulu untuk apa? Tak payah buat perjanjianlah sepatutnya kalau pelantar minyak tu luar perairan Kelantan. Memang dasar khianat.

Inilah wajah UMNO sebenarnya yang orang Melayu tak sedar-sedar dan tak habis-habis ditipu oleh pemimpin UMNO. UMNO buat helah bagi wang minyak tetapi bukan melalui Kerajaan Negeri seperti yang mereka buat di Terengganu masa PAS memerintah dulu, dengan cara itu mereka akan rekacipta projek dan bagi semua peruntukan melalui pemimpin UMNO negeri Kelantan.

Joli sakanlah UMNO Kelantan kelak untuk menghabiskan wang ihsan itu dengan projek-projek yang mereka cipta sendiri seperti telah berlaku di Terengganu. Itulah matlamat dan tujuan sebenarnya Kerajaan Pusat hanya member wang ihsan. Jika wang royalty, ianya wajib diberi kepada kerajaan negeri terus bukanya melalui lanun dan perompak UMNO.

Akibat wang tersebut tidak diredhai dan di halalkan oleh rakyat Terengganu, maka berlakulah bermacam-macam bala, runtuh sana dan runtuh sini.

Ini akan berlaku di Kelantan tidak lama lagi apabila wang ihsan masuk melalui UMNO Negeri dan berbagai projek mewah akan tumbuh dengan nilaian yang tidak masuk akal. Rakyat Kelantan yang miskin akan terus miskin dan terus ditindas seperti berlaku di Terengganu.

Ini antara pengkhianatan terbesar UMNO terhadap orang Melayu selama ini. Mengapa UMNO Pusat tidak berani tukarkan wang royalti di Sabah dan di Sarawak dengan wang ihsan? Kerana mereka takut dengan penduduk Sabah dan Sarawak tidak menyokong mereka nanti, bagi UMNO orang Melayu di Semenanjung terutamanya di Terengganu dan Kelantan adalah bodoh dan tolol belaka dan akan percaya apa saja temberang yang dibuat oleh pemimpin UMNO.

Memang wajar dan selayaknya Tok Guru Nik Aziz membantah keras PAS mengadakan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Pengkhianatan, mungkir janji dan tidak amanah pada perjanjian bertulis Petroleum yang dibuat dengan Terengganu dan Kelantan membuktikan bahawa UMNO adalah golongan yang tidak sekali-kali boleh dipercayai dan tidak boleh dibuat kawan.

UMNO adalah pengkhianat Melayu dan Islam. Sejarah lampau kita hanya membaca bahawa golongan Yahudi tidak boleh dipercayai dalam membuat perjanjian kerana selalu mungkir, kini UMNO adalah pewarisnya.

Kalau masuk Islam kena Baiah iaitu lafaz kalimah syahadah sebagai janji kepada Allah yang kita akan patuh dan tunduk kepada hukum dan syariat Allah, berkahwin kena baiah dan royalty minyak pun ada baiah (perjanjian).

Tetapi nampaknya semuanya mungkir dan ingkar terhadap baiah (perjanjian) itu kerana hati penuh selut kotor, syaitan dan iblis.

Rakyat kena sedar, UMNO adalah golongan minority dalam Barisan Nasional. Kita mengharapkan agar satu hari nanti semua parti komponen dalam Barisan Nasional akan menendang UMNO keluar atau memulaukan UMNO.

Orang Melayu dalam Barisan Nasional hanya lebih kurang 15%-20% sahaja berbanding orang Melayu dalam Pakatan Rakyat jika dicampurkan Melayu PAS dan Melayu dalam Parti Keadilan Rakyat jumlah Melayu antara 45%-60% dari keseluruhan ahli-ahli Parti Rakyat.

Oleh itu, jika Melayu ingin kuat dan terus berkuasa, marilah bersama dalam Pakatan Rakyat. Tinggalkan UMNO yang hanya menunggu masa untuk hancur itu. Jika orang Melayu ingin melihat segala kezaliman, penyelewengan kuasa dan kemungkaran terus bermaharajalela, teruslah bersama UMNO sehingga Allah hancurkan bumi Malaysia ini sebagaimana hancurnya Iraq, Afghanistan, Bosnia, Aceh dan Padang.

Ungkapan tanpa UMNO Melayu dan Islam akan hancur hanyalah kata-kata dongeng yang direkacipta oleh puak penipu dan pendusta agama saja.

Malahan, Melayu dan Islam akan naik, akan kuat, akan teguh, akan terus berkuasa dan dihormati sekiranya UMNO berjaya dihancurkan dari bumi Malaysia ini.

Mereka pertikai PAS berkawan dengan DAP (atas alas an orang kafir), yang UMNO bverkawan dengan MCA, MIC Gerakan dan lain-lain tu apa cerita? Dalam berbelas-belas parti komponen dalam Barisan Nasional, hanya UMNO saja parti Melayu yang keahlianya tidak sampai dua juta orang itu.

Insyallah, menjelang 2020 Melayu dalam UMNO hanya tinggal tak sampai sejuta orang saja. Yang ramai duduk dalam penjara atau lari ke luar Negara untuk selamatkan diri dan harta benda dan mungkin ada yang bunuh diri sebab tak dapat projek lagi.

Yang tinggal ialah golongan Melayu yang telah diperbodohkan selama ini terkapai-kapai mencari teman. Kita Tunggu dan lihatlah nanti

Sepatutnya kerajaan pusat dapat wang ihsan, bukan Kelantan


“Sepatutnya kerajaan pusat yang mendapat ihsan daripada negeri, bukan negeri dapat ihsan daripada pusat sebab itu adalah hak negeri.”Demikian tegas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) selepas menyampaikan kuliah perdana di Masjid Majidiah, Pasir Puteh dekat sini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut isu pemberian wang ihsan petroleum yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak minggu lepas.

Mengambil kira fakta perjanjian awal tahun 1970-an berhubung perkara berkenaan, Nik Aziz berkata, keputusan yang dibuat kerajaan pusat adalah terbalik dan bercanggah kerana mengingkari perjanjian yang jelas mengatakan royalti hasil daripada pengeluaran bahan api itu menjadi hak milik mutlak rakyat Kelantan.

Oleh yang demikian tiada sebab kerajaan pusat menukar ganti istilah royalti kepada wang ihsan.

Selain itu, pemberian wang ihsan yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) adalah satu perbuatan khianat sedikitpun tidak menunjukkan ciri-ciri keadilan kerajaan pusat dalam menjaga kebajikan rakyat Kelantan.

Perjanjian bayaran royalti sebanyak lima peratus daripada hasil pengeluaran petroleum kepada negeri-negeri terbabit termasuk Kelantan dibuat pada awal 1970-an, yang ditandatangani pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah (pada masa itu), selepas dipersetujui Perdana Menteri Tun Abdul Razak.

Kelantan diwakili Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nasir.

Kerajaan Kelantan membuat tuntutan tersebut pada awal tahun ini selepas menerima laporan daripada Bank Data Malaysia 2007 yang menyenaraikan Kelantan sebagai negeri utama dalam industri petroleum bersama Sabah dan Terengganu dengan nilai pertumbuhan sebanyak 62.5 peratus berbanding Sarawak 37.5 peratus sejak 2004.

Minggu lalu Najib mengumumkan kerajaan persekutuan akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan dalam bentuk projek pembangunan.

Nik Aziz yang dari dulu mempertahankan bayaran royalti menjelaskan, pada asasnya beliau tidak mengambil kira sangat jenama apa yang ingin gunakan oleh kerajaan pusat asalkan ia dibuat secara telus serta adil mengikut perjanjian sebelum ini.

“Nak guna nama ihsan ke… apa ke, ikut dia lah. Tapi biarlah disalurkan terus kepada kerajaan negeri. Jangan dipolitikkan. Tak betul sebab itu hak rakyat,” katanya.

Nik Aziz turut menjelaskan motif yang tersirat di sebalik tindak-tanduk keputusan Najib menyalurkan pemberian tersebut melalui agensi di bawah pentadbirannya adalah semata-mata untuk menggambarkan kelemahan kerajaan negeri di mata rakyat dalam usaha membangunkan kemajuan negeri.

“Saya yakin rakyat tidak mudah terperangkap dengan jerat kerajaan Umno. Tapi Umno harus berwaspada takut jeratnya itu terkena diri sendiri,” kata beliau sambil menambah, kerajaan negeri akan menjelaskan isu tersebut kepada rakyat secara terperinci.

Pada 4 November lalu, Nik Aziz berkata, beliau bersyukur dengan pemberian wang ihsan oleh kerajaan pusat, namun masih terkilan kerana permintaan bagi pembayaran royalti minyak masih tidak dipenuhi.

“Tapi hati kecil saya tidak puas hati dengan nama wang ihsan. Yang kita mahukan ialah wang royalti,” kata beliau dalam reaksi awalnya.themalaysianinsider.com

Wednesday, November 11, 2009

Bagaimana Pakatan Rakyat Semakin Menghala Ke Arah Kemusnahan?


Sekiranya Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen pada keesokan hari, hanyalah penyokong kuat Pakatan Rakyat masih percaya Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya dan memerintah. 14 bulan yang lepas, ramai yang menjadi peminat kepada idea "Pertukaran Kerajaan 916" yang diasaskan oleh Anwar walaupun ramai daripada mereka tidak ambil kisah tentang perkembangan politik negara. Seorang penganalisis politik negara telah memberitahu bahawa sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh masa 6 hingga 12 bulan daripada sekarang, tugas kita hanyalah membantu Pakatan Rakyat untuk mengharungi tempoh masa selepas kebangkitan semula Barisan Nasional memperolehi majoriti 2/3 dalam Parlimen.

Sekiranya Pakatan Rakyat ingin memenangi pilihan raya, mereka harus mengekalkan 40% sokongan asas daripada pengundi Melayu dan mendapat 80% sokongan daripada peyokong bukan Melayu barulah mereka dapat memenangi hampir 100 kerusi Parlimen di Semenanjung barulah mereka boleh menuju ke arah pemerintahan Kerajaan Pusat.

Namun, sokongan pengundi Melayu kini semakin beralih kembali ke pangkuan UMNO, walaupun sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat masih kekal di paras tidak kurang daripada 40%, tetapi sokongan India terhadap PR semakin merosot dan boleh dikatakan telah mencecah pembahagian BN 60% dan PR 40%. Walaupun Pakatan Rakyat masih dapat mengekalkan 70% daripda sokong pengundi Cina terhadap mereka. Tapi, sekiranya Perdana Menteri mengisytiharkan pemberian RM1000.00 kepada setiap pelajar sekolah persendirian cina dan membenarkan pembukaan sekolah persendirian cina di Pahang, adakah sokongan daripada kaum cina akan jatuh ke paras 60%?

Kenapa sokongan terhadap Pakatan Rakyat merosot dengan begitu ketara? Selain daripada persaingan dalaman PR sendiri, faktor hala tuju perjuangan PR menjadi faktor besar PR semakin kehilangan sokongan.

Sebelum pilihan raya 308, Pakatan Rakyat telah memilih 3 perjuangan utama iaitu:
1) Politik berasaskan kepelbagaian kaum
2) Pentadbiran yang bersih
3) Mendemokrasikan sistem pentadbiran

Pendirian Barisan Nasional sememangnya bertentangan dengan 3 perjuangan PR ini iaitu politik perkauman, amalan rasuah dan pentadbiran yang tidak berteraskan rakyat.

Kejayaan "Polisi Najib" sebenarnya hanya berasaskan 2 faktor utama iaitu hubungan antara kaum dan hubungan agama.

Politik perkauman yang diamalkan oleh UMNO terutamanya menjadi semakin menyemarak selepas kemenangan besar pada pilihan raya 2004 telah menyebabkan banyak pengundi atas pagar melepaskan geram ke atas UMNO.

Sekiranya UMNO berjaya menghindari politik perkauman dan politik agama mereka, maka pengundi akan memberikan peluang kepada mereka untuk memerintah negara semula. Sekiranya kerajaan pusat dapat menguruskan hubungan antara kaum dan agama dengan baik, maka pengundi sebenarnya tidak kisah dengan kelakuan kegiatan rasuah pada tahap yang boleh diterima. Konsep "1Malaysia" yang diperkenalkan oleh Najib sebenarnya telah diformulakan khas untuk memenangi sokongan dariada para pengundi. Peningkatan sokongan pengundi terhadap Najib telah membuktikan Najib memilih landasan yang betul untuk mencari balik sokongan pengundi.

Sekirannya kita menganalisiskan polisi yang dilaksanakan oleh Najib, kita akan memperhatikan bahawa kebanyakan konsepnya adalah berasaskan konsep "Ketuanan Rakyat" yang diperkenalkan oleh Anwar dan juga konsep "Pas Untuk Semua" daripada PAS. Oleh kerana Barisan Nasional masih merupakan kerajaan pusat maka mereka mempunyai keutamaan untuk melaksanakan polisi sebegini supaya pengundi bukan Melayu hilang rasa tidak percaya terhadap UMNO. Sekiranya Najib berjaya untuk menangkis pemikiran pengundi bukan Melayu yang lalu iaitu memangkah selain daripada parti UMNO, maka sudah pasti UMNO akan memenangi pilihan raya dengan sokongan pengundi Melayu yang sedia ada.

Untuk memerangi langkah Najib ini, Pakatan Rakyat seharusnya berkerja dengan lebih kuat supaya pengundi bukan Melayu percaya dengan hasrat mereka. Namun Pakatan Rakyat menghadapi masalah:

1) Pakatan Rakyat masih belum memerintah kerajaan pusat maka Najib masih sempat melaksanakan polisi mesra rakyat yang diperkenalkan oelh Pakatan Rakyat.
2) Pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat harus memiliki keyakinan yang tinggi iaitu keyakinan untuk menangkis serangan hendap daripada UMNO dengan melabelkan mereka sebagai pengkhianat bangsa supaya mereka dapat terus memperkenalkan polisi yang berteraskan bangsa Malaysia.

Malangnya polisi Pakatan Rakyat sekarang telah dianggap terlalu menyebelahi pengundi bukan Melayu oleh segelintir pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Tindakan Kerajaan PAS Kedah, Exco Selangor Hassan Ali, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan telah membantu untuk membina imej UMNO lebih sesuai untuk mentadbir negara yang berbilang kaum.

Malangnya Pakatan Rakyat telah kehilangan faktor hubungan kaum yang dapat memberikan kredit besar kepada pentadbiran Pakatan Rakyat, maka satu lagi pilihan Pakatan Rakyat ialah pentadbiran yang bersih. Kerajaan CAT Pulau Pinang merupakan contoh yang terbaik untuk faktor ini. Selain itu, Kerajaan Selangor dan Perak yang sebelum dirampas juga mengamalkan sifat "Good Governance". Sebenarnya Pentadbiran yang bersih boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu Pentadbiran bersih yang berasaskan konsep demokrasi dan Pentadbiran bersih yang berasaskan konsep kekuatan ekonomi seperti Singapura. Malangnya Pakatan Rakyat memilih pentadbiran bersih yang berasaskan konsep kekuatan ekonomi malah mereka menyatakan mendemokrasikan pentadbiran masih boleh ditundakan lagi.

Konsep "Stupid, it’s economy!" ini membolehkan Pakatan Rakyat mengurangkan tanggapan orang ramai iaitu terlalu memihak kepada pengundi bukan Melayu malah menunjukkan pemimpin PR takut kehilangan sumber ekonomi negeri mereka.

Pengumuman Laporan Akauntan Negara baru-baru ini yang memuji pentadbiran PR merupakan satu kejayaan kepada Pakatan Rakyat, tetapi sekiranya PR terlalu menekankan pencapaian ekonomi mereka, ia boleh memberikan markah tambahan kepada kerajaan pusat kerana mereka mempunyai keutamaan dalam pelaksaan ekonomi negara. Sekiranya Pakatan Rakyat ingin menekankan faktor ini, ia harus memberikan imej kepada pengundi bahawa mereka handal dalam urusan pentadbiran negara, namum ia sukar untuk dilaksanakan.

Selain itu, Pentadbiran yang bersih juga memerlukan pentadbiran yang kukuh. Namum selain daripada Kelantan dan Pulau Pinang, negeri PR lain dimana kerusi mereka hanya setaka melepasi 1/2 daripda dewan kini menghadapi serangan hendap daripada BN. Sekiranya Najib mengambil langkah untuk memerangi rasuah dengan membawa beberapa pengawai yang rasuah menghadap mahkamah maka "Pentadbiran yang bersih" dan "hubungan antara kaum" akan menjadi dua tarikan supaya pengundi menyokong Najib.

Pilihan yang tidak dapat dimanfaatkan oleh Najib ialah mendemokrasikan sistem pentadbiran. Sekiranya Najib memperkenalkan langkah mendemokrasikan sistem pendbiran maknanya sistem 1 parti memerintah sekarang iaitu UMNO akan menghadapi jalan buntu. Walaupun Barisan Nasional masih memerintah tetapi mereka terpaksa untuk memperkenalkan polisi yang mesra kepada semua rakyat Malaysia. Inilah sebab kenapa Najib sehingga sekarang masih tidak memansuhkan ISA, mengikat media, tidak memperbaharui sistem pilihan raya, tidak menubuhkan IPCMC untuk menyemak tindakan polis.

Mendemokrasikan pentadbian memberikan manfaat kepada Pakatan Rakyat. Walaupun sama ada Najib akan melaksanakan sistem ini atau tidak, ia masih memberikan markah tambahan kepada Pakatan Rakyat. Malangnya Pakatan Rakyat paling tidak berusaha kuat dalam pilihan ini. Jadi boleh salah siapa?

Kata dua Anwar: Setia atau keluar PKR


Di sebalik cakap-cakap bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini alami krisis keyakinan, Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi memberi kata dua kepada pemimpin dan anggotanya — sama ada setia atau keluar daripada parti itu jika tidak mahu mengikut dasar dan keputusan ditetapkan.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, beliau bersedia untuk menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan ahli-ahli yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan oleh pucuk kepimpinan.

"Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” kata beliau dipetik Bernama.

Ini dilihat sebagai pendirian tegas dinyatakan Anwar ekoran perkembangan dalam parti itu sejak beberapa bulan lalu.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen menyatakan demikian ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam tadi.

Dalam ucapannya malam tadi, Anwar menambah, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” kata beliau lagi.

PKR, yang kini berhadapan dengan masalah dalaman sejak beberapa bulan lalu termasuk isu Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR untuk menjadi ahli Bebas yang menyokong Barisan Nasional, sedang mengadakan konvensyen peringkat negeri.

Konvensyen PKR Perak akan berlangsung pada 14 November ini dan disusuli Selangor dan Kelantan pada keesokan hari manakala PKR Wilayah Persekutuan pula 16 November, Terengganu (20 November), Negri Sembilan, Melaka dan Johor (22 November) manakala Kedah dan Perlis (10 Disember).

Di Sabah pula krisis dalaman parti itu bermula dengan penentangan terhadap pelantikan Naib Presiden PKR, Azmin Ali sebagai ketua perhubungan negeri sehingga membawa kepada 18 daripada 25 ketua bahagian menghantar memorandum bantahan ke peringkat pusat.

Sebelum Azmin, PKR negeri diketuai Anwar sendiri yang dilantik menggantikan Ansari Abdullah.

Bagi menyelesaikan kemelut tersebut, PKR pusat melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua perhubungan negeri yang baru.

Bekas Naib Presidennya, Datuk Jeffrey Kitingan hanya dilantik sebagai ahli dalam Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak. Keputusan itu mendorong peletakan jawatan Jeffrey dan Ketua PKR bahagian Kota Kinabalu, Christina Liew daripada semua kedudukan dalam PKR pusat bulan lalu.

Beberapa hari sebelum itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menyertai PKR Jun lalu mengumumkan beliau akan bercuti selama enam bulan dari Biro Politik parti itu, dipercayai ekoran masalah dalaman.

Beliau dilaporkan mengambil keputusan itu selepas dihalang daripada menghadiri program-program di Sabah.

Sementara itu, Anwar yang mengulas pandangan pengunjung-pengunjung blognya berhubung isu "katak dalam parti" yang dipercayai dikaitkan dengan isu ADUN Pelabuhan Klang, berkata, masyarakat Klang dan Selangor arif masalah tersebut.

"Saya dukacita mengenangkan pengorbanan ramai rakan yang berhempas-pulas memenangkan mereka sewaktu pilihan raya umum yang lalu.

"Namun akhirnya mereka telah memilih jalan untuk mengkhianati amanah rakyat. Ini merupakan satu pengajaran buat kami," katanya.

Oleh itu jelas beliau, pemilihan harus lebih teliti pada masa depan manakala jentera parti harus lebih mantap dan diperkukuhkan di semua peringkat.

Sultan Tiada Kuasa Memecat Nizar


“ Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar ( MB ) Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan , Putrajaya pada 5 November yang lalu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16 ( 2 ) Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.

Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ ( Borneo ) di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 , terdapat dua keadaan di mana Governor ( atau Sultan ) mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan ( b ) enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) .

Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to ( a ) , nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..” ( Terjemahan : “Berkenaan ( a ) , tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )

Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak.

Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16 ( 6 ) Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.

Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.

Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16 ( 6 ) hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16 ( 6 ) tidak dipenuhi di dalam kes ini.

Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.

Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB , Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.

Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.

Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker , Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.

Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu ( deemed to have such a power ).

Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan ( deeming provision ) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu.

Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19 ( 1 ) di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah. Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.

Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.

Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan ( at his pleasure ) jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan. Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.

Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut.

http://peguampas.blogspot.com/

Raja Petra Membicarakan Apa Yang Berlaku Dalam Kes Anwar Ibrahim


Sumber: Malaysian Today
Penulis: Raja Petra Kamarudin
Terjemah Oleh: Semangat Reformasi '98
Tajuk: Apakah yang berlaku pada masa itu? (Let’s talk a walk down memory lane)


THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Ada antara anda yang mungkin telah terlalu muda untuk mengingati tentang perbicaraan liwat pertama Anwar Ibrahim. Dengan keluarnya keputusan mahkamah yang terkini berkenaan perbicaraan liwat kedua Anwar (http://mt.m2day.org/2008/content/view/28387/84/), maka inilah masanya bagi kita mengimbau kembali kenangan lalu bagi mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang cara perbicaraan liwat pertama dahulu dikendalikan.

Saya akan cuba menerangkannya dengan semudah mungkin, yakni tanpa terlalu banyak menggunakan istilah undang-undang. Apa yang perlu anda fahami adalah cara perbicaraan itu dikendalikan dan sebab saya mengatakan bahawa perbicaraan itu adalah perbicaraan yang penuh dengan penipuan.

Anwar didapati bersalah dan terpaksa meringkuk di dalam penjara selama enam tahun tujuh bulan, sedangkan di negara lain, kes seperti ini akan dibatalkan oleh mahkamah tanpa memerlukan Anwar membela diri. Dengan kata lain, di negara lain, tiada perbicaraan akan diadakan bagi kes seperti ini, malah Anwar pasti dibebaskan tanpa disuruh membela diri.

Mari kita imbau kembali segala kebobrokan yang berlaku semasa perbicaraan pertama dahulu. Dalam bahagian 2 nanti, kita akan membincangkan mengenai lain-lain isu pula:

1. Polis mengakui bahawa memang tidak pernah ada laporan polis terhadap Anwar dan bahawa asas bagi memulakan pendakwaan adalah khabar angin dan kandungan sebuah buku.

2. Orang yang dikatakan menjadi mangsa liwat, iaitu Azizan, telah melalui proses 'turn over' untuk mengatakan bahawa Anwar meliwatnya ('turn over' adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada 'memaksa') – mahkamah diberitahu bahawa inilah amalan 'biasa' polis Malaysia.

3. Sebelum pendakwaan dimulakan, Cawangan Khas (polis) ada menghantar laporan kepada Perdana Menteri, iaitu bahawa tuduhan terhadap Anwar adalah pembohongan semata-mata. Ia dilakukan pengkomplot tertentu bagi menjatuhkan Anwar.

4. Jenayah liwat itu dikatakan berlaku ‘pada suatu hari dalam bulan Mei 1994'. Polis mengatakan bahawa tarikh ini adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi semasa mereka menyoal siasat ‘mangsa’. Inilah tuduhan pertama yang dibuat.

5. Tetapi kemudian, ‘mangsa’ mengatakan bahawa dia tidak pernah diliwat selepas Mei 1992. Jadi, pertuduhan 'Mei 1994' tidak dapat diteruskan. Pertuduhan kemudiannya diubah kepada 'Mei 1992', yakni supaya ia konsisten dengan kenyataan ‘mangsa’. Kesilapan ejaan pula digunakan sebagai alasan bagi meminda pertuduhan.

6. Anwar kemudiannya memfailkan Notis Alibi, sekaligus membuktikan bahawa pada Mei 1992, Tivoli Villa, iaitu tempat di mana liwat dikatakan berlaku masih dalam pembinaan. Jadi, adalah mustahil bagi jenayah liwat itu berlaku masa, tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam pertuduhan.

7. ‘Mangsa’ kemudiannya disoal siat buat kali kedua bagi 'membantunya mengingati tarikh yang sebenar'. Selepas dia 'ingat tarikh sebenar', pertuduhan itu sekali lagi dipinda kepada 'suatu hari antara 1 Januari 1993 dan 31 Mac 1993'.

8. Ketika Pembelaan berhujah bahawa undang-undang menghendaki pertuduhan yang lengkap dengan waktu, tarikh dan tempat kejadian yang spesifik, dan apabila Anwar berjaya memberikan alibi bagi kesemua 90 hari dari 1 Januari - 31 Mac 1993 untuk membuktikan bahawa dia tidak pernah berada di tempat kejadian, Pendakwaan membalas dengan mengatakan bahawa ‘sejak dahulu lagi, tarikh tidak penting’. Menurut mereka, meskipun mereka tidak dapat menentukan waktu dan tarikh yang tepat berkenaan ‘jenayah’ yang dilakukan Anwar, ini tidak penting selagi mereka dapat menentukan tempat kejadian.

9. Hakim perbicaraan tersebut akan menyoal peguam Anwar sebelum mana-mana saksi dipanggil, dengan tujuan untuk mengetahui tentang keterangan yang akan diberikan oleh saksi itu. Sang hakim kemudiannya akan memutuskan bahawa saksi-saksi berkenaan tidak relevan dan tidak membenarkan mereka dipanggil.

10. Ketika saksi pembelaan memberikan keterangan, hakim akan mencelah dan tidak membenarkan mereka untuk menyudahkan keterangan mereka.

11. Setiap kali Pendakwaan gagal mematahkan mana-mana keterangan dan keterangan itu dianggap dapat menjejaskan hujah Pendakwaan, maka si hakim akan memutuskan bahawa bukti/keterangan itu tidak relevan dan akan membuangnya dari rekod mahkamah.

12. Dalam jenayah seks, keterangan daripada mangsa sahaja tidak mencukupi. Ia perlu disokong bukti tambahan. Walau bagaimanapun, dalam pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar Ibrahim, tiada bukti yang menyokong keterangan mangsa.

13. Apabila Pembelaan meminta agar ‘mangsa’ dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi menentukan sama ada dia diliwat ataupun tidak - masih ada masa untuk melakukannya, Pendakwaan menolak. Mereka mengatakan bahawa pemeriksaan kesihatan tidak konklusif (dapat dipertikaikan).

14. Pada masa yang sama, adik angkat Anwar, Sukma, yang dituduh bersubahat dengan Anwar bagi melakukan ‘jenayah’ ini dan dituduh secara bersama dengan Anwar - dan sebelum itu, dia dipenjarakan selama enam bulan kerana 'membenarkan Anwar meliwatnya’ - diperiksa oleh Dr. Zahari Noor, yang mengatakan bahawa dia tidak menemukan bukti bahawa Sukma pernah diliwat. Bahkan, Sukma didapati menderita dari buasir. Ini disebabkan saluran duburnya yang sangat kecil. Jadi, adalah tidak mungkin bagi Anwar meliwatnya - Sukma terpaksa dibedah untuk membesarkan saluran duburnya, yakni bagi membolehkannya membuang air besar. (Sukma didapati bersalah dan dipenjarakan atas 'pengakuannya', yakni yang diperolehi melalui penyeksaan yang dilakukan oleh polis).

15. Saksi-saksi memberikan keterangan bahawa individu-individu tertentu dengan kedudukan yang tinggi merasuah ‘mangsa’ dan pengkomplotnya untuk memalsukan bukti terhadap Anwar. Namun begitu, Pendakwaan enggan memanggil individu-individu terbabit ke mahkamah untuk membantah ataupun mengesahkan dakwaan ini. Apabila mereka cuba disepina oleh Pembelaan pula, mahkamah tidak membenarkannya. Hakim kemudiannya memutuskan bahawa keterangan saksi-saksi itu adalah 'khabar angin' - kerana ia tidak pernah disahkan mahupun dinafikan - dan menolak untuk mempertimbangkannya.

16. Saksi Pendakwaan memberikan keterangan yang bercanggah dan sentiasa mengubah keterangan mereka. Walau bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa walaupun mereka tidak konsisten, ‘ketidaktekalan ini telah dijelaskan' dan mahkamah berpuas hati dengan penjelasan tersebut. Mahkamah juga mengatakan bahawa tiada manusia yang dapat menjadi 100% konsisten dan bahawa setiap orang, walau sejujur mana sekalipun, pasti tidak dapat konsisten sepanjang masa.

17. Seorang peguam terkemuka dan bekas pengerusi Majlis Peguam Malaysia, Manjeet Singh Dhillon memberikan keterangan dan menandatangani Akuan Bersumpah, yang mana dia menyatakan bahawa Peguam Negara dan Ketua Pendakwaan mengugut anak guamnya, yang mana anak guamnya akan dijatuhi hukuman mati jika dia tidak memberikan keterangan bahawa dialah orang tengah bagi Anwar mendapatkan perempuan. Tiada tindakan yang diambil terhadap mereka dan mereka terus mengetuai pendakwaan terhadap Anwar. Pada masa yang sama, tiada tindakan yang diambil terhadap peguam yang melakukan 'penipuan berniat jahat’ ini. Jadi, tuduhan ini tidak pernah dipersoalkan.

Misteri wahabi di Malaysia


Perkataan “wahabi” dalam penulisan Barat mempunyai berbagai huraian. Kesemuanya menjurus kepada aliran Islam yang dilihat begitu berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-Sunnah secara literal dan enggan melihat tafsiran yang lebih moden atau tafsiran yang agak “western influence”. Clinton Bennet memasukkan “wahabis” dan deobandis di bawah kelompok “traditionalists” yang bererti sekali gus berada di bawah aliran “fundamentalist” (lihat: Muslim and Modernity 18-20, London: Continuum).

Sebahagian penulisan Barat melihat wahabi sebagai aliran yang menganggap “hanya Islam agama yang benar”, wajib menegakkan “Islamic State”, adanya “jihad” menentang kuffar dan lain-lain ciri-ciri yang dianggap unsur “padang pasir” sekaligus cuba dikaitkan dengan terrorism.

Di Malaysia pula, perkataan “wahabi” adalah perkataan misteri. Apa tidaknya, ramai yang menyebutnya atau menfitnah orang lain dengan menggunakan perkataan itu, padahal mereka pun tidak faham.

Bagi mereka, itu adalah senjata untuk mempertahankan diri ketika dikritik. Saya masih ingat, di satu tempat di sebelah Utara, apabila ada imam yang mengenakan bayaran untuk solat dan zikirnya, lalu dia dikritik atas sikap salah guna agama untuk kepentingan diri, dengan mudah dia menjawab: “siapa tak setuju dengan saya dia wahabi”.

Pemberi nasihat yang barangkali tidak terdedah kepada banyak maklumat dan kali pertama mendengar perkataan itu, terpinga-pinga bertanya: “apa itu wahabi?”. Jawab tok imam: “Siapa yang mengkritik ustaz dia wahabi”. Maka tidaklah berani lagi “penasihat” itu berbeza pandangan dengan “tok imam” dan mempertikaikan “infallibility” ustaz, takut jadi wahabi.

Di sesetengah tempat seseorang dituduh wahabi kerana menentang amalan-amalan khurafat. Umpamanya, menggantung gambar orang tertentu seperti sultan atau tok guru dengan kepercayaan boleh menambah untung atau rezeki, atau mengikat benang hitam di tangan bayi yang baru lahir atas kepercayaan menolak sial atau bala dan berbagai kekarutan yang menghantui sebahagian masyarakat. Malangnya amalan-amalan ini bukan sahaja mendapat restu sesetengah yang bergelar “ustaz”, bahkan merekalah puncanya. Jika ada yang mengkritik, untuk mempertahankan diri maka “sang ustaz” itu dengan mudahnya akan menyebut: “awak wahabi”.

Sama juga, mereka yang tidak bersetuju dengan kenduri arwah dituduh wahabi. Padahal kitab Melayu lama Bughyah al-Talab karangan Syeikh Daud al-Fatani sendiri menyebut: “(dan makruh) lagi bid”ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid”ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya”. Jika pun mereka tidak dapat menerima bahan mereka sendiri, mengapa mereka merasa diri “infallible”, dan mengharamkan orang lain berbeza dengan mereka dengan menggunakan senjata “awak wahabi”.

Sesetengah kelompok agama pula, mereka membaca dan menyebarkan riwayat-riwayat yang tertolak; seperti Israliyyat yang bercanggah dengan nas-nas Islam, hadis-hadis palsu atau kisah-kisah wali atau sufi yang menjadikan manusia keliru tentang keanggunan Islam.

Mereka menyebarkannya dalam ceramah dan sesetengahnya menjadikannya modal untuk “bisnes” mereka. Islam menjadi kabur dengan cerita-cerita itu dan menyebabkan agama agung ini kelihatan bagaikan “kartun” dan “lucu”. Jika ada yang menegur para penceramah ini; jawapannya “awak wahabi”. Walaupun yang menegur itu tidak pernah pun membaca buku Muhammad bin Abdul Wahhab.

Lebih buruk lagi apabila isu wahabi digunakan oleh pihak berkuasa agama. Jika ramai pegawai agama itu atau yang sealiran dengan mereka bertarekat, atau pembaca hadis-hadis palsu dan lucu, maka mana-mana sahaja guru yang mengajar al-Quran dan hadis sahih serta tidak bersetuju dengan kekeliruan itu akan disenaraikan sebagai wahabi dan diharamkan mengajar di masjid dan surau. Nama sultan akan digunakan.

Dalam masa yang sama mereka membiarkan kemungkaran yang jelas di sana sini, lalu sibukkan diri dengan kelompok revivalist yang tidak mengancam masyarakat sama sekali. Jika ada pun, ancaman itu kepada pemikiran kejumudan dan kekolotan, bukan kepada masyarakat. Untuk menjustifikasikan kesibukan mereka dengan kelompok ini sehingga meninggalkan kemungkaran hakiki, mereka kata: “ini lebih bahaya kerana wahabi”. Apa itu wahabi? Jawab mereka wahabi itu wahabi!

Sikap ini menjadi lebih panas apabila munculnya di Malaysia “aliran pengkafir umat” yang bernama Ahbash yang bersekongkol dengan sesetengah pihak agama.

Di peringkat yang lebih tinggi, istilah wahabi dikenakan kepada mereka yang tidak terikat dengan mazhab al-Syafi”i. Kononnya, mereka yang tidak ikut mazhab itu wahabi. Saya telah sebut nas-nas ulama tentang hal ini dalam artikel-artikel yang lepas.

Persis seperti yang disebut oleh Dr al-Qaradawi:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah swt” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru” wa al-Tafarruq al-Mazmum , m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Apa yang menariknya di Malaysia, sesetengah “mereka ini” apabila menjadi “penasihat-penasihat” bank, bagi memenuhi keperluan bank-bank yang beroperasi atas nama Islam itu, mereka bersetuju pula dengan pandangan-pandangan hukum yang diambil tanpa mengikut mazhab.

Bahkan pandangan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h begitu banyak diambil dalam masalah muamalat ini. Ini kerana, di seluruh dunia pandangan-pandangan beliau memang dikutip dalam memajukan masyarakat Islam. Padahal “sesetengah mereka ini” di luar mesyuarat bank yang ber”elaun” itu, mereka menuduh Ibn Taimiyyah wahabi, dan sesiapa yang bersetuju dengan Ibn Taimiyyah sebagai “wahabi”. Bahkan di luar bank mereka bersekongkol dengan golongan yang mengkafirkan atau menyesatkan Ibn Taimiyyah.

Demikian ketika saya menjadi mufti dahulu, apabila saya memberikan padangan larangan mengintip (tajassus), boleh menjawab salam bukan Muslim, wajib membinkan kepada bapa asal sekalipun bapanya bukan Muslim, masjid untuk kaum cina, keluasan menerima pandangan dan lain-lain lagi, maka pandangan-pandangan ini dituduh oleh sesetengah pihak agama sebagai wahabi. Padahal pandangan tersebut jika dibincangkan di Barat dianggap dalam aliran modernism atau rationalism dan penentangnya mungkin akan dimasukkan kepada kelompok wahabism.

Di Malaysia, sebaliknya, yang terbuka itu wahabi dan sesat, yang tertutup itulah yang “membolot segala kebenaran”. Cara fikir beginilah yang menguasai sektor-sektor agama kerajaan dan mencepatkan “pereputan” kekuatan kerajaan yang ada. Cara fikir begini jugalah yang menguasai sesetengah aliran agama dalam pembangkang. Sebab itu barangkali, 50 tahun kemerdekaan, bukan Muslim bukan sahaja tidak bertambah faham, sebaliknya bertambah keliru dan tegang mengenai Islam.

Tindakan mereka ini mengingatkan saya kepada artikel David Brubaker bertajuk “Fundamentalism vs Modernism: A Consideration of Causal Conditions” bahawa penentangan terhadap pembaharuan lebih merujuk kepada masalah survival kelompok. Dalam usaha untuk hidup dan terus mendapat tempat dalam masyarakat dan kerajaan, maka golongan pembaharuan akan ditentang.

Bagi saya, bukan isu wahabi sebenarnya, tetapi bimbang terpinggirnya tempat dan kedudukan. Namun, apabila mereka merasa ada ruangan untuk mendapat “kedudukan” seperti isu perbankan tadi, mereka dapat pula menerima pandangan yang berbeza tanpa menuduh bank yang memberi elaun bulanan dan elaun mesyuarat itu sebagai “bank mazhab wahabi”.

David Brubaker menyebut untuk survival mereka terpaksa memilih antara dua “occomodation or resistance”. Maka, di Malaysia ramai yang dituduh wahabi, namun ia adalah tuduhan misteri. Saya juga tidak menafikan ada yang dianggap wahabi itu sendiri perlu bertolak ansur dalam sebahagian pendapat. Namun, untuk menuduh orang lain wahabi hanya kerana perbezaan pendapat, itu adalah sikap jakun yang cuba hidup di zaman globalisasi.

*Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas Mufti Perlis

Tuesday, November 10, 2009

Dungukah Jais? Terburu-Burukah Asri?


Semakin hari semakin menjadi isu perbalahan Dr. Asri dengan JAIS. Sampai jadi melalut-lalut. Yang lain tumpang sekaki. Penulis juga naik semak serabut. Apalah kita orang Melayu Islam ini. Benda sebesar tahi hidungpun, nak tunjuk juara dan kuasa, sampai mempelengongkan orang awam.

Jalan selesainya mudah. Pegawai JPJ bagaimana kualitinya pun dalam kerja hal-hal JPJ, kalau tak ada lesen memandu, dia tetap salah. Polis boleh tangkap. Tapi ingat, ilmu JPJnya tidak terjejas. Dia tetap pegawai yang mempunyai kepakaran pengurusan JPJ.

Air yang mengalir dari puncak gunung, meleleh turun melalui katur dan lurah, mengalir ke hulu sungai, mengalir ke batang kalinya, tidak boleh disekat dan di ampang begitu-begitu. Dan akhirnya air itu mengalir atau menerjah ke kuala. Di kuala mereka berkompol. Mereka tetap bernama air.

Dr. Asri diumpamakan pegawai JPJ yang tak ada lesen memandu. Titik. Pemikiran, aliran fahaman, ilmu yang dipelajari kemudian menjadi pegangan ada dalam otak Dr. Asri dan orang-orang yang seumpamanya. Ertinya mereka belajar. Bukan berguru; kepalang berguru bagai bunga kembang tak jadi. Masakan Profesor yang menjadi gurunya iblis? Masakan Universiti Jordan bangsal tunggu durian?

Kalaulah Dr. Asri akur dengan penangkapan kerana tanpa permit, kita fikir perkara ini selesai. Kalaulah JAIS pula tidak menunjuk ‘bodoh sombong’ yang ternyata menjadi tunggangan pihak lain, kita juga rasa hal ini tidak jadi melilau macam layang-layang putus tali.

Apabila membaca wawancara wartawan Utusan, Mohd. Radzi Mohd. Zin dengan AJK Pegawalan Aqidah Majlis Agama Islam Selangor, (MAIS) Mahfuz Muhamad, ternyata sarang tebuan yang dipelihara Dr. Asri telah dijolok. Mahmud Muhamad kita rasa telah menyorot pendangan dan pemikirannya ke 100 tahun ke belakang.

Dr. Asri mempertahan dari segi pemikiran. Ilmu ilmiahnya dan tidak salah sama sekali jika dia pegang sampai mati. Bukan tuduhan Wahabi yang penting, tapi apakah yang dipegang,yang diamal, yang diyakini dan yang menjadi aliran pemikirannya itu salah.

Kafirkah Asri kalau tak baca qunut solat subuh? Kafirkah Asri kalau tak baca talqin ayahnya meninggal? Zindiq atau mulhidkah Asri kalau tak buat tahlil?

Apakah syumul Islam jika budaya Israk Mikraj, Maulid, Marhaban dilakukan setiap tahun?

Kita hairan dalam rencam pemikiran kita melebar aliran pemikiran, berjuang kearah kebebasan berfikir, keterbukaan akal dalam agama, tiba-tiba kita disempit dengan hanya menerima petua dan kitab jumud hal-hal furuk atau cabang. Kita tinggal perkara asas.

Kita rasa cukup malu apabila ditimbulkan hujah hendak mematah tengkuk Asri dengan alasan membawa implikasi kepada syiriknya amalan Maulid, marhaban, menziarahi kubur dan tabarruk.

Ya Tuhan, kona mereng, cabut ceninin, tiba-tiba undur 100 tahun yang lalu. Tak pula berani bertegas tidak sah solat subuh di Mekah kerana tak ikut Syafiee, tak Ahlussunnah Waljamaah?

Tulisan ini bukan menidak aliran pemikiran Ahlussunnah Waljamaah ( saya lebih selesa menamakan aliran pemikiran dari hukum) dan tidak pula menyebelahi apa yang sangat elegik oleh JAIS, MAIS, iaitu Wahabi.

Tapi dari sudut ilmu dan ijtihad para ulama, apakah kita berpendapat Ahlussunnah Waljamaah saja yang betul, terpakai dan muktabar? Mau dilempar ke mana ilmu dan pemikiran ulama-ulama lain. Nak dihumban ke mana Hambali? Nak ditolak ke mana Hanafi dan ramai lagi pemikir, failasuf, ulama yang terdahulu yang tidak sealiran dengan Ahlussunnah Waljamaah.

Mahukah kita kata mereka tak terpakai? Mereka sesat? Mereka penghasut?

Mungkin orang akan menuduh, menolak Ahlussunnah Waljamaah bererti menolak Hadis Rasulullah, harapan Rasulullah. Tapi bagi kita, yang menjadi harubiru, caca merba dan pertelingkahan ini bukan itu, tetapi ketaksuban, kefanatikan kita tentang aliran pemikiran yang lebih terbuka.

Isu ini seingat saya sudah berlarutan di tahun 50an lagi. Penerbitan majallah Qalam sudah mendahului MAIS, mendahulu Mahfuz Muhamad.

Apakah MAIS atau JAIS beranggapan dengan menyekat dan menangkap orang yang beraliran berfikiran seperti ini membawa kebaikan dan ia satu kejayaan?

Hal Ehwal Agama Negeri Selangor selalu silap. Beberapa tahun yang lalu, ketika Datuk Rahman Palil jadi Pengerusi Agama Kerajaan Selangor (BN) ditangkap ahli Arqam (Rufaqa) kononnya ajaran sesat. Tapi yang ditangkapntya ialah mencungkil rumah kedai, menghimpun kueh baulu, karipap, kek yang dibuat oleh Rufaqa, seolah-olah ajaran sesat, seolah-olah Tuhan Rufaqa ada di kuih-kuih itu.

Mengawal aliran fikiran tidak seperti itu dan tak bukanrnya dengan cara menangkap orangnya. Aliran pemikiran seperti air yang mengalir. Ia seperti kepulan asap. Yang penting kita menafikan, berhujah dengan ilmu juga.

Apa salahnya aliran pemikiran begitu dibiarkan berkembang? Apakah mereka ini tidak mengucap? Apakah mereka ini menduakan Tuhan? Apakah mereka ini bersekongkol dengan ‘Ayah Pin?’ atau Rasul Melayu.

Ternyata JAIS atau MAIS tidak ada persediaan dalam usha membasmi apa yang mereka tidak suka aliran pemikiran seperti itu sama ada Ahlussunnah atau bukan, baik Wahabi atau Labu Labi. Dan apa yang mereka bertindak hanyalah kerana ‘tidak ngam’ bukan berdasarkan ilmu dan aliran pemikiran.

Kalau wawancara Mahfuz Muhamad AJK Pengawalan Aqidah MAIS diambil kira sebagai satu aliran pemikiran yang merbahaya, termasuk penangkapan Dr Asri juga dianggap membawa aliran pemikiran yang merbahaya, kita rasa MAIS, JAIS sekali lagi silap besar.

Ketika Arqam diharamkan, adakah aliran pemikiran Arqam itu berkubur? Hanya Asyari saja yang menjadi mangsa. Aliran pemikiran Arqam tetap hidup. Ketika hebuh buku Hadis Satu Penilaian Semula dan diharamkan, apakah pemikiran itu juga berkubur? Yang jelas ia merebak ke pusat pengajian tinggi.

Ada beberapa buku yang mencabar pemikiran umat Islam dijual secara terbuka, termasuk di Pustaka Indonesia Kuala Lumpur. Di antaranya Einstein Mencari Tuhan, Melalui Musik, Falsafah, Sains. 10 Filsuf Pemberontak Tuhan Dengan Argument Ateisme Modern, memperoalkan kenapa ‘ADA’ malah buku Unsur-unsur Menurun Dalam Persembahan Teater Melayu Tradisional oleh Dr. Amran Kasimin.

Juga novel ‘Tuhan Singgah Di Pelacuran’. Tahun enam puluhan dulu ada novel ‘Perjalanan Ke Akhirat oleh Jamil Suherman. Ada novel Atiehs malah buku-buku kerohanian. Tiba-tiba yang diharam hanya buku ‘Sembahyang Rasulullah’ oleh Abu Bakar Shaari yang kononnya dikatakan Wahabi.

Apa ni? Cerdik dan logikkah kita? Pada hal buku-buku pengaruhnya lebih dari Dr. Asri berceramah tanpa permit. Yang murtad bukan orang Perlis, tapi seorang gadis yang ikut boy freindnya.

Kalau beginilah sikap kita, yang berlegar hanya ke kawasan kenduri aruah, bacaan Yasin Malam Jumaat, Berzanji, Marhaban seolah-olah itulah tonggak Ahlussunah Waljamaah, mau ke mana umat Islam Malaysia?

Mempersoalkan bercanggah dengan hukum juga kita selalu ‘melepas pandang’ (bukan terlepas pandang.) Mana lebih bahaya (kalau benar) soal qunut solat subuh dengan doktrin agama dengan politik tidak sangkut paut. Mana lebih bahaya tidak tahlil dengan pengakuan isme atau aliran politik sekular lebih baik dari Islam? Mana lebih bahaya kenyataan Nik Aziz Umno tidak masuk syurga dengan tidak baca Fatihah ketika jenazah di usung?

Masukilah ke dalam rumah Umno dan Pas ketika membahas politik dan Islam. Tak seorang pun kata kafir atau murtad. Tak seorang pun kena tangkap.

Buka internet. Dalam bilik di rumah pegawai-pegawai JAIS dan MAIS pun ada. Mana lebih buruk dan bahaya terhadap Islam lebih dari Dr.Asri tak ada tauliah.

Inilah kita. Dalam masa kita hendak mencegah agar Islam itu terpelihara, agar aqidah itu terjaga, kita tidak sedar yang lebih dari itu kita tidak peduli.

Saya terlupa siapa yang menulisnya di dalam buku Dunia Yang Dilipat. Katanya lebih kurang begini:

Kita menanam pokok, tapi tak mengajak tanah. Kita menyuburkan tanah, tapi tak mengajak air.

Disalin dari http://aziziabdullah.blogspot.com/


6 perkara Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.' Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.Ttelah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam.

Disalin dari http://pemudajiwakacau.blogspot.com/

Tanggungjawab Besar Ahli Gerakan Islam..


Kedatangan para anbiya di muka bumi ini adalah untuk melaksanakan segala perintah Allah SWT, sama ada yang berupa arahan/perintah-Nya, hukum-hakam yang termaktub dalam al-Quran di mana pada akhir-akhir ini ia hanya jadi bahan bacaan semata-mata tetapi tidak dilaksanakan. Kesungguhan para anbiya melaksanakan segala titah perintah Allah walau menghadapi segenap bentuk tribulasi adalah menjadi lumrah dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah SWT, atau ia dikenali dengan istilah asam garam dalam berdakwah.
Tujuan dakwah adalah bagi memastikan agar ummah berada pada tahap penerimaan segala ajaran Islam sebaik mungkin, iaitu melaksanakan perintah Allah pada masa yang sama meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya bagi meraih sebenar-benar takwa kepada-Nya.
Kisah perjuangan para anbiya dalam menjalankan tugas sebagai para utusan daripada Allah diabadikan dalam al-Quran agar ia menjadi rujukan dan inspirasi kepada ummah hari ini untuk menjalankan tugas masing-masing sebagai golongan hamba Allah yang berhak meraih pahal sekali gus dijanjikan syurga Allah pada hari akhirat. Ia diakhiri dengan Sirah Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul terakhir yang membawa kebenaran daripada Allah SWT menghadapi makhluk perosak yang sengan menghalang kemaraan kebenaran dengan pelbagai kaedah dan cara bagi memastikan ia tidak dapat sampai memasuki ruang hati-hati manusia ketika itu.

Sesungguhnya apa yang ditonjol dan ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. adalah satu sunnah dan tanggungjawab yang ditinggalkan kepada ummah ini seperti yang difirmankan oleh Allah menerusi ayat 104 surah Ali Imran yang bermaksud:

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Ayat di atas dengan jelas menuntut orang yang beriman menjalankan tugas dakwah dengan menyampaikan ajaran Islam kepada ummah khususnya umat Islam hari ini yang banyak disogokkan dengan unsur-unsur cara hidup yang negatif hingga terdapat di kalangan mereka yang masih belum mengenal Islam dengan baik seperti yang dikehendaki oleh Islam.

Sirah Rasulullah menjadi pegangan dan rujukan kepada golongan pendakwah/dai'e kerana ia adalah sumber pelaksanaan Islam secara praktikal, ia terbukti bagaimana baginda Rasulullah s.a.w. mempraktikkan Islam dalam bentuk pentadbiran sebuah negara Islam di kota Madinah, begitu juga dengan hal-hal yang lain seperti aspek kejiranan, kemasyarakatan, perekonomian, politik dan lain-lain, kesemuanya dibuktikan secara praktikal. Pada masa yang sama, kerja-kerja dakwah tidak terlepas daripada menerima segala macam ujian bagi mematangkan tahap emosi, tekanan diri, tidak mudah berputus asa, bersedia menerima tohmahan yang direka-reka oleh mereka yang tidak senang dengan Islam walaupun ia datang daripada mereka yang bernama Islam.

Menurut Ustaz Mustafa Masyhur dalam risalahnya bertajuk 'Zad ad-Du'ah' / 'Bekalan para pendakwah' ada menegaskan, bahawa mana-mana individu yang mewarisi kerja-kerja dakwah seperti yang ditampilkan oleh baginda Rasulullah mesti melalui ujian sama ada dilabelkan dengan pemecah belah masyarakat, pengganas dan lain-lain, ia tidak lebih daripada menguji tahap kecergasan minda dan sanubari dan mematangkan kesungguhan untuk terus berdakwah. Apa yang disebut oleh Ustaz Mustafa ada kebenarannya, kerana untuk meraih syurga Allah SWT bukanlah satu perkara yang mudah, ia terpaksa dilalui dengan ujian yang pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: "Golongan paling dahsyat menerima ujian Allah adalah para anbiya dan kemudian golongan yang serupa dengan mereka (para ulama/pendakwah)."

Keadaan ummah hari ini

Apa yang dapat disaksikan pada hari ini ialah, keadaan ummah hari boleh disifatkan sebagai separuh tenat, khususnya dari sudut kefahaman mengenai agama Islam itu sendiri. Terdapat masih ramai lagi ummah yang tidak mengenal Islam pada bentuk yang sepatutnya mereka perlu tahu.

Persoalan majlis perkahwinan yang masih kabur pelaksanaannya, hubungan ipar duai dari sudut aurat dan adab, penglibatan dalam aspek sukan, hiburan melampau dan banyak lagi yang memperlihatkan kecetekan cara berfikir mereka lantaran tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu agama. Pada masa sama mereka jadi juara dalam mengendalikan program-program hiburan dengan pengendalian yang cukup mantap, tetapi ia berlaku pada urusan yang bersifat keagamaan.

Remaja-remaja perempuan yang mendedahkan aurat begitu berleluasa khususnya di kalangan anak-anak orang Islam. Ia bagaikan mereka seolah-olah tidak mempunyai kedua ibu bapa yang sepatutnya menasihati mereka, membonceng motosikal dengan penunggang lelaki ke hulu dan ke hilir tanpa matlamat hidup yang jelas.

Justeru, bagi ahli-ahli gerakan Islam, ia merupakan satu tugas besar serta tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Kerahan tenaga perlu digiat dan dilipat-gandakan bagi menyelamat mereka yang telah tersasar matlamat hidup mereka yang sebenar, kelas-kelas fardu ain perlu juga digandakan peranannya dan mencari kaedah bagaimana ummah/masyarakat berminat untuk datang mendengar kuliah, ceramah, forum dan sebagainya dengan menggunakan bahan teknologi terkini bagi menarik perhatian mereka.

Jika tugas dakwah tidak disampaikan, dikhuatiri ummah akan hanyut dalam arus kebendaan yang menjanjikan seribu pembohongan untuk berjaya, kerana kejayaan sebenar adalah menyampaikan 'amar makruf nahi mungkar' seperti dijelaskan dalam ayat di atas.
Sahutlah para pendakwah daripada kalangan ahli gerakan Islam, seruan Allah menerusi ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."

Kita tidak akan mencapai status ummah yang baik melainkan dengan menjalankan tugas menyelamatkan manusia melalui program amar makruf nahi mungkar, kerana ia adalah program yang diperakui oleh Allah berbekalkan pengetahuan mendalam mengenai ilmu-ilmu alat seperti Sirah, ulum al-Quran, fiqh, akidah, mantiq, tafsir, hadis dan lain-lain. Para pendakwah berusaha untuk merintis jalan mempelbagaikan teknik dakwah yang mudah sampai kepada golongan sasaran yang akhirnya meyakinkan mereka bahawa Islam adalah agama yang memimpin manusia ke jalan kebenaran untuk mendapatkan rahmat Allah sekali gus disediakan bagi mereka tempat yang kekal abadi di dalam syurga.

"Bersiap Kearah KeMeNangan"

disalin dari http://faridmukhlis.blogspot.com/