Surah Isra' ayat 14 :
"Bacalah kitabmu,cukuplah dirimu sendiri hari ini JADI PENGHITUNG dosa pahalamu"
Telah
bergema dan berkumandang mengatakan pintu
ijtihad(kaji,selidik,pendapat,tafsir ikut fikiran sendiri)telah ditutup
oleh Imam Ghazali.
Bersumber dari mana maklumat menyatakan beliau menutup pintu Ijtihad tidaklah di ketahui hujung pangkalnya.
Telah
seabad lamanya terpacul dari mulut busuk pendusta dan si angan-angan
mengatakan mereka telah hadam akan kitab Ihya Ulumiddin.Namun hakikatnya
adalah mereka hadam ilmu tahi kambing yang mereka telan lalu berahi
mencari akan maksud hakikat dan makrifat.
Mukadimah Ihya Ulumiddin pun tak paham.
Tidakkah
sampai di telinga atau terpampang di depan mata, Imam Ghazali
membatalkan semua kitab karangan beliau kecuali kitab Ihya Ulumiddin?
Bukankah
beliau juga yang memancung beratus-ratus mazhab sesat yang muncul
sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w dan matinya para sahabat ?
Bukankah
beliau juga yang meninggalkan hanya 5 mazhab sahaja yang harus dipegang
oleh umat Islam pada hari ini?Itu pun beliau sanggup untuk
diperhitungkan oleh Allah s.w.t kerana membenarkan umat Islam
bermazhab.Hanya melayu tolol dan tengin sahaja yang beranggapan hanya
pada 4 mazhab !
Apakah tidak cukup bidang ilmu pengetahuan yang beliau tinggalkan kepada kita untuk dikaji dan diselidiki?
1.Ilmu
Mukasyafah-Maksud Ilmu Mukasyafah ialah agar terbuka tirai yang
menutup,hingga jelas kebenaran Allah pada sekeliannya ini dengan
senyata-nyatanya,laksana pandangan mata di siang hari.
2.Ilmi Muamalah,iaitu ilmu tentang gerak hati(sifat-sifat mazmumah(binasa) dan sifat-sifat mahmudah(selamat)...)
(Ihya Ulumiddin Vol.1 m.s.63)
...................................
Bukan maksud teman memperleceh Falsafah.
Kita perhati apa kata beliau tentang falsafah.
Adapun Filsafat bukanlah ilmu yang berdiri sendiri,tetapi terdiri dari 4 bahagian yaitu :
1)Ilmu Ukur dan Ilmu Hitung
2)Ilmu Mantik(Logika)
3)Ilmu Ketuhanan (Theologi)
4)Ilmu Alam (Physika)
Ihya Ulumiddin (Vol.1 m.s.67)
Kita
ambil sahaja penjelasan beliau pada bahagian 3)Ilmu Ketuhanan
(Theologi) yaitu pembahasan tentang sifat dan zat Allah s.w.t yang juga
termasuk Ilmu Kalam.Mengenai hal ini para ahli filsafat tidaklah
membawakan suatu cabang ilmu yang khusus,tetapi membawakan aliran-aliran
yang sebahagian berupa bid'ah dan sebahagian lagi jelas-jelas kafir
sebagaimana aliran Mu'tazilah bukanlah cabang ilmu yang
tersendiri,tetapi para pengikutnya terdiri dari segolongan Ahli Ilmu
Kalam,ahli dalam membahas dan meneliti,yang lalu menyendiri dalam
berbagai mazhab,begitu pulalah para ahli Filsafat,
...................................
Maka faham benor teman bahawa yang tercari-cari ialah Hakikat dan Makrifat.
Berlegar-legar dalam syariat dan tarekat untung-untung tembus Hakikat dan Makrifat dalam angan-angan.Kerja(amalan)tak buat.
Maksudnya, rupa(wajah)Allah s.w.t boleh dilukis ditulis,direka cipta macam cerita kartun atau komik.Begitu?
Tidak sia-sialah nasihat Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w :
"Jangan kamu kalungkan mutiara pada leher babi" (sambung...)
(sambungan)
Apakah dengan ilmu yang tidak berdiri dengan sendiri(Falsafah) dapat ditelanjang(bogel) zat Allah s.w.t pada umum ?
Bukankah jalan ini telah dibuka oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin ?
Adalah
menjadi tragedi sedih kepada beliau dan kita pada hari ini akan kisah
Mansur Hussin AL-HALAJ.Adakah beliau menempelak apa yang
diisytiharkan(ucapkan) oleh AL-HALAJ ? Tidak...!
Siapa AL-HALAJ DAN IMAM GHAZALI...?
Mereka adalah wali-wali Allah.
Siapa
kita untuk menyebut sewenang-wenangnya apa yang diucapkan oleh Al-Halaj
dan Imam Ghazali...?Sedangkan kita masih lagi makan-minum,tidur-bangun,
berak-kenching,beranak bebini,berangan-angan.....!
Agar tak
lupa....untuk memahami Ihya Ulumiddin(Jiwa/Nyawa Agama) adalah dengan
jalan Tauhid.Berlapis-lapis taraf pembaca.Kalau bab fekah wow..! suka
sangat ustad-ustad setan hari ini ?Dengan wirid dan doa yang lengkap
berhabis umur menghafal.Tetapi hakikat dan makrifat tak jumpa.
Apakah kita tidak faham akan maksud utusan Allah?
"Berbuat baiklah kamu"
"Menyuruh pada kebaikan,melarang pada yang batil"(Amar Makruf Nahi Mungkar)
"Wahai Muhammad ! tugas kamu hanyalah menyampaikan.Bukan tugas dan bidang kamu memberi petunjuk"
Saidina
Abu Bakar r.a tidaklah terkemuka kerana banyak sembahyang,rajin
berpuasa,banyak meriwayatkan Hadis,banyak fatwa dan bicara,tetapi
kelebihan beliau terletak pada sesuatu yang bersemi didadanya,menurut
pengakuan Nabi s.a.w sendiri(Ihya Ulumiddin Vol.1 m.s.70)
Tentang
mengenal Allah dengan segala sifat dan perbuatanNya,serta segala apa
yang telah kami utarakan dalam Ilmu Mukasyafah,tiadalah terdapat dalam
Ilmu Kalam,bahkan hampir-hampir ilmu ini menjadi hijab dan
penghalang.Ilmu Mukasyafah itu hanya dapat dicapai dengan kegiatan
maximal(mujahadah)yang dijadikan Allah sebagai pengantar bagi tibanya
petunjuk dengan firmanNya dalam surat 'Ankabut 69:
"Orang-orang yang bergiat sungguh menuju Kami,niscaya Kami tunjuki kejalan Kami-Allah beserta pembuat kebaikan".
(Ihya Ulumiddin Vol.1 m.s.69)
Kalas.
No comments:
Post a Comment