Thursday, November 19, 2009

Tuan Guru Nik Aziz & Haji Dengan Wang Hadiah

SOALAN

Apa pandangan ustaz berkenaan seseorang pergi haji dengan wang hadiah orang lain, saya rasa ustaz faham isu ini berkait dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang membatalkan hasrat menunaikan haji pada tahun ini (2009) akibat pertikaian dan tuduhan rasuah. Tapi beliau masih bersedia menerima tajaan dari mana-mana pihak tahun hadapan.

JAWAPAN

Hukum asal bagi menunaikan haji dengan wang hadiah adalah HARUS tanpa sebarang khilaf. Walaupun seseorang digalakkan untuk menggunakan wang sendiri bagi menunaikan haji bagi memperolehi maksud haji yang menagih pengorbanan tenaga dari tubuh badan, minda dan wang.

Namun demikian, adalah tidak salah sama sekali sesiapa yang mampu untuk menghadiahkan sebahgain dari kurniaan kekayaannya bagi menaja sesiapa sahaja khsuusnya bagi mereka yang belum menunaikan haji untuk melunaskan rukun Islam yang kelima itu. Demikian juga diharuskan untuk menaja mana-mana alim ulama atau sesiapa juga bagi tujuan yang sama.Lebih digalakkan jika sekiranay yang taja BELUM PERNAH menunaikan Haji.

Namun begitu, hukum asal akan berubah mengikut keadaan dan situasi. Persoalan niat adalah persoalan yang sukar dijadikan sandaran dalam hal ini kerana ia adalah urusan hati yang tersembunyi, diketahui secara tepat hanya oleh Allah swt.

Justeru, jika ada mana-mana ilmuan yang menjawab dalam persoalan ini bahawa semuanya bergantung kepada niat. Sudah tentu begitu di sisi Allah, namun pandang sisi manusia juga perlukan penjelasan yang lebih mendalam sebagai satu panduan.

Menyatakan hukum dengan menyandarkan ia kepada niat semata-mata tidak akan menyelesaikan kekeliruan, malah dibimbangi akan disilap fahami oleh orang awam sehingga menyalahgunakan hujjah tersebut dalam tindakan yang terangan bersalahan dengan displin Islam, seperti berdua-duaan (berdating) di tempat sunyi kemudian mendakwa niat mereka baik dan sebagainya.

APA RASUAH ?

Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu difahami erti rasuah menurut istilah yang diterima pakai oleh perundangan Islam adalah :-

ما يُعطى لإبطال حق أو لإحقاق باطل

Ertinya : Apa-apa yang diberikan untuk membatalkan sesuatu yang benar dan membenar yang batil (melayakkan yang batil) ( Syarh as-Sunnah, Al-Baghawi, 10/88)

Namun demikian, takrif Rasuah menurut perundangan di Malaysia pula adalah lebih pelbagai dan boleh dibaca dari tulisan saya yang lalu di SINI .

JADI APA PANDUAN HUKUM DALAM HAL INI?

Bagi memahami perubahan hukum dalam hal ini, beberapa dalil dan situasi terpilih berikut boleh dijadikan rujukan.

  • 1) Hadiah buat seseorang berpangkat

من استعملناه على عمل فرزقناه رِزْقًا، فما أخذ بَعْدُ فهو غلولُ

Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

  • 2) Sebuah Hadis :

استعمل النبي صلى الله عليه وسلم رجلاً من الأزد يُقال له ابن اللتبية على الصدقة، فلما قدم قال: هذا لكم وهذا أهدي لي، قال: فهلا جلس في بيت أبيه أو بيت أمه، فينظر أيُهدى له أم لا.... ثم قال: "اللهم هل بلغت ثلاثًا"

Ertinya : Nabi bersabda kepada seorang gabenornya bernama Ibn Lutbiah yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :

"Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda

" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)

"Ya Tuhanku, adakah telah aku sampaikan (kepada umatku akan hal ini) sebanyak tiga kali..(Al-Bukhari, no 2597 & Muslim no 1832)

3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua; separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum Muslimin.

Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:

"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi) berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al Muwattha':1450].

4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].

BAGAIMANA KES MENTERI BESAR KELANTAN?

Bagi kes yang melihatkan Menteri Besar Kelantan, seorang tokoh agama yang dihormati lagi dikasihi oleh kebanyakan rakyat Kelantan dan usahawannya. Jika dilihat dari sudut rasuah menurut istilah Syariah, kemungkinan besar tajaan ini tidak berkait dengan ciri utama rasuah menurut Islam.

Berkaitan isu WANG KHIANAT pada pandangan Islam pula, ia juga mungkin TIDAK JATUH kepada beliau, jika benar-benar semua hadiah yang diberikan itu tidak bersangkut paut dengan jawatannya tetapi hanya kerana dirinya adalah seorang ulama.

PENGECUALIAN sebegini memang wujud dari teks-teks fatwa silam sebagaimana berikut

يجوز لولاة الأمور والعُمَّال قبول الهدية ممن كان يهدي إليهم قبل توليتهم مناصبهم، كهدية من قريب أو صديق بشرط أن لا تزيد قيمة هذه الهدية عما كان يُهْدى إليهم قبل تولي مناصبهم ولا تكون لها أيَّة علاقة بأعمالهم.

Ertinya : Harus hukumnya bagi seseorang pemerintah dan pegawai (pentadbir) menerima hadiah dari pemberian hadiah itu bermula semenjak sebelum ia memegang jawatannya, seperti hadiah hubungan kerabat atau rakan, namun ia dengan syarat NILAI HADIAH YANG DIBERI (SELEPAS NAIK JAWATAN) ADALAH SAMA dengan sebelum naik jawatan, serta MESTILAH HADIAH TERSEBUT TIDAK MEMPUNYAI ikatan dan kaitan sama sekali dengan jawatannya ( kuasanya) [1]

Imam AN-Nawawi pula menegaskan :-

وقد بين صلى الله عليه وسلم في نفس الحديث السبب في تحريم الهدية عليه وأنها بسبب الولاية، بخلاف الهدية لغير العامل، فإنها مستحبة،

Ertinya : Nabi s.a.w telah menjelaskan dalam hadis yang sama (di atas) bahawa sebab pengharaman terima hadiah sebegitu adalah disebabkan oleh JAWATANNYA, berbeza dengan hadiah yang diberikan kepada bukan pegawai yang mana ianya adalah digalakkan. ( Syarah Sohih Muslim, 6/462 )

WALAUPUN BEGITU

Kesimpulannya, dalam kes Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nikmat, saya dan ramai lagi yakin bahawa ia tiada unsur rasuah mahupun wang khianat. Ini kerana saya yakin, walaupun beliau tidak memegang jawatan Menteri Besar dan duduk di rumah sahaja sekalipun, masih ramai yang berlumba-lumba untuk memberikannya hadiah tajaan Haji dan lain-lain disebabkan kelebihaan ilmu dan amalan yang terzahir pada diri beliau dan bukan pada JAWATANNYA, sehinggakan seliparnya juga dicuri kerana ‘berkat'. [2]

Namun demikian, kita tidak boleh memandang hanya kepada mereka yang bersangka baik sahaja. Apa yang perlu diteliti kini, semua menyedari bahawa beliau bukan semata-mata seorang tokoh agama, namun juga adalah tokoh politik dan ketua eksekutif pentadbiran bagi sebuah negeri.

Justeru, atas dasar tersebut, menurut penilaian sederhana saya, adalah LEBIH WAJAR untuk beliau menolak sebarang tawaran hadiah haji sedemikian selagi mana beliau masih memegang jawatan Menteri Besar. Pandangan saya ini berdasarkan banyak aspek dan sandaran, sebahagiannya adalah seperti berikut :-

1) Mengelak tohmah dan sangka buruk yang memudaratkan.

Sekiranya kita menyusuri perbahasan hukum-hukum Fiqh di dalam kitab-kitab utama yang silam, akan didapati bagaimana beberapa amalan yang HARUS pada hukum asalnya menjadi HARAM atau ditegah akibat daaripada wujudnya unsur ‘tohmah' dan ‘kebolehan membawa sangkaan buruk' . Cukuplah kita ambil satu contoh dalam bab ini :

Imam Al-Kasani ketika membicarakan persoalan adab seorang qadhi (adab al-Qadha) menghurai :

ومنها : أن لا يقبل الهدية من أحدهما ، إلا إذا كان لا يلحقه به تهمة .

Ertinya : Sebahagian darinya (adab seorang qadhi) : Adalah tidak menerima hadiah dari salah seorang darinya (dua pihak yang sedang dibicarakan) kecuali jika ia tidak membawa kepada sebarang tohmahan (tuduhan buruk). (Bada'i As-Sona'ie, 7/10)

Walaupun teks di atas bukan dalam konteks menteri besar atau pemerintah, namun maqasidnya jelas, ia berkait dengan mereka yang memegang kuasa. PEMEGANG KUASA MESTILAH DIYAKINI DAN DILIHAT BERSIH OLEH ORANG-ORANG YANG BERGANTUNG DI BAWAHNYA, jika dia seorang hakim atau qadhi seperti dalam teks di atas, dia mestilah diyakini TIDAK BERAT SEBELAH oleh kedua-dua pihak di dalam mahkamahnya.

Jika dia pemerintah, hal yang sama juga terpakai, IAITU DIA MESTI DIYAKINI BERSIH DAN MAMPU MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA RAKYAT BERDASARKAN KELAYAKAN DAN BUKAN ATAS PENGARUH-PENGARUH SAMPINGAN SEPERTI KERABAT, HADIAH YANG DIBERI DAN SEBAGAINYA.

Justeru, dalam hal Menteri besar Kelantan, umumnya mungkin yakin dengan peribadi beliau dalam menjaga keadilan. Namun perlu diingat bahawa di bawah bidang kuasa seorang Menteri Besar, terdapat pelbagai pegawai, pelbagai jenis kuasa untuk menentu dan memutuskan keputusan khsuusnya melibatkan penganugerahan jawatan dan kontrak. Sebahagian besarnya memerlukan kepada nasihat dan rundingan pegawai-pegawai ini terlebih dahulu sebelum dilulus oleh Menteri Besar. Maka sejauh mana pula, orang ramai boleh yakin kepada pegawai-pegawai ini sebegaimana keyakinan mereka kepada Menteri Besarnya.?

Saya kira, ramai orang di bawah beliau tidak mampu menyamai krebiliti, ketahanan sehebat beliau dan keyakinan ramai kepada pegawainya juga tidak seperti keyakinan kepada Menteri Besar Kelantan.

Tatakala itu, orang ramai akan menggandaikan si pemberi hadiah akan dikenali oleh para pegawai beliau, yang sebahagiannya turut mempunyai kuasa tertentu, KEADAAN INI TIDAK DINAFIKAN AKAN MEMBAWA TOHMAHAN DAN SANGKA BURUK RAMAI.

Ia boleh membawa sangkaan ramai, BAHAWA PEMBERI HADIAH TAJAAN HAJI INI MENDAPAT LEBIH KEISTIMEWAAN BERBANDING YANG TIDAK MEMBERI HADIAH, Paling kurang, ia menjadikan syarikatnya LEBIH DIKENANG DAN DIINGATI OLEH PARA PEGAWAI. Hasilnya, mungkin lebih mudah untuk memperolehi tawaran kontrak tertentu.

Saya tidak menuduh, saya cuma menyedarkan bahawa ruang sangkaan dan tohmahan itu sangat boleh untuk terbuka. Atas asas itu, saya berpandangan AMAT WAJARLAH Menteri Besar Kelantan untuk MEMBATALKAN MENUNAIKAN HAJI TAHUN INI DENGAN BERBEKALKAN WANG DAN PAKEJ TAJAAN. Namun beliau tentunya MASIH boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Selain itu, saya juga berpandangan tajaan haji atau umrah di tahun-tahun akan mendatang juga wajar ditolak. Berikanlah sumbangan itu kepada alim ulama lain yang tidak berjawatan rasmi atau pembuat keputusan yang melibatkan wang dan kontrak, yang tidak mendatangkan tohmah dan fitnah dan sangka buruk. KECUALI jika ia dilakukan secara tertutup, ia terpulang kepada semua yang terlibat untuk menjaga displin hukum.

Nabi s.a.w bukan sahaja melarang umatnya bersangka buruk, namun kita juga diajar oleh baginda nabi s.a.w untuk CUBA SEDAYA UPAYA MENGELAKKAN diri dari membuak ruang yang boleh menyebabkan diri kita disangka buruk. Itulah konsep sad az-Zara'i. (penutupan pintu-pintu yang boleh membawa kepada haram oleh diri dan kepada diri).

2) Menolak kemudaratan adalah didahulukan berbanding mendapatkan kebaikan

Ia jelas dari kaedah Fiqh yang cukup terkenal. Benar, menunaikan haji membawa kebaikan kepada penderma dan yang menerima, namun jika ia sehingga menyebabkan nama baik kerajaan pimpinannya rosak akibat dari itu. Wajarlah ia dijauhi. Tidak kiralah mudarat itu akibat sangka buruk, fitnah atau dusta, namun ia tetapi membawa mudarat yang jelas. Lihatlah sekeliling dan media yang sedang mencipta sesuatu buruk dan mudarat dalam isu ini.

3) Maslahat umum didahulukan ke atas maslahat individu (atau yang lebih kecil)

Benar, menerima tajaan hadiah haji itu adalah sebuah kebajikan dan pahala buat dipenderma, pahala dan ganjaran juga bagi yang menerima. Namun jika ia jelas boleh membawa mudarat seperti tuduhan rasuah yang sehingga boleh memudaratkan kemaslahatan yang lebih ramai, bukankah ia lebih baik dijauhi. Si pemberi masih boleh menderma kepada ilmuan lain bagi mendapatkan pahala yang diinginya.

AKHIRNYA

Kesimpulan jawapan saya kepada persoalan yang dikemukakan, SAYA AMAT BERSETUJU untuk Menteri Besar Kelantan menolak tajaan hadiah bagi mengerjakan Haji pada tahun ini, namun beliau masih boleh pergi dengan wangnya sendiri tanpa perlu membatalkan terus.

Saya juga merasakan, TIDAK WAJAR untuk beliau menerima sebarang tajaan haji di tahun-tahun hadapan selagi beliau masih memegang jawatan Menteri Besar atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Sekdar itulah pendapat saya secara ringkasnya, ia bukan penentuan hukum, ia hanyalah sebuah pandangan dan nasihat yang boleh diterima atau ditolak oleh sesiapa sahaja. Perlu disedari juga, pandangan dan jawapan kepada soalan di atas bukan sahaja terpakai kepada Menteri Besar Kelantan ketika ini, namun bagi semua penjawat awam, swasta dan ahli politik dari mana-mana jua parti politik.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

17 Nov 2009

Royalti Petroleum Dan Maruah Rakyat Kelantan

"Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

UNTUK kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang wang ihsan yang katanya nak diberikan kepada rakyat Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, perkara ini tidak berbangkit kerana bumi Kuala lumpur yang dirujuk sebagai Kerajaan Pusat itu tidak mengeluarkan minyak walaupun setitik.

Hasil negeri dari mana-mana negeri berupa minyak dan gas yang diambil oleh Pusat itulah yang sepatutnya disebut sebagai pemberian secara ihsan dari negeri kepada Persekutuan.

Jika diikutkan logik, ini dikira sudah terbalik apabila kita yang beri dia (Pusat) melalui perjanjian, tiba-tiba setelah dia dapat, dia senang-senang istilahkan pemberian ini adalah hasil ihsan dan kasihan belas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan.

Kononnya, dengan sikap murah hati Persekutuan itulah, maka Kelantan dapat membangun dan menikmati rahmat pembangunan yang berterusan.

Pada saya ini memang sudah menjadi tunggang-langgang. Perkara ini asalnya hak negeri. Kami tidak boleh dilihat sebagai penagih ihsan atau pengemis simpati tetapi kami cuma meminta hak kami untuk ditunaikan.

Kami mahu membangunkan negeri kami dengan duit dari hasil bumi kami itu. Itu saja. Sebutlah royalti atau namakan apa saja tetapi gunalah saluran yang betul untuk kembalikan hak kami.

Maksud saya, berilah kepada kerajaan negeri. Bukankah kerajaan ini adalah kerajaan yang sah yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat? Kerajaan ini ada persidangan Dewan Undangan Negerinya dan ada bajetnya sama ada defisit atau surplus.

Ia dirasmikan sendiri oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.

Sepatutnya tidak timbul sama sekali memberikan royalti yang dengan pandai-pandai ditukar istilah kepada wang ihsan.

Saluran yang ditentukan pula ialah melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan bukan Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim. Bukankah ini suatu keanehan?

Kita kena faham bahawa JPP itu hanyalah sebuah jabatan kerajaan dan bukannya kerajaan! Jika diikutkan, langkah ini boleh ditafsirkan sebagai semacam satu bentuk penghinaan juga ke atas kebolehan dan kredibiliti pegawai-pegawai tadbir negeri (PTN) kami yang juga berkelulusan lebih kurang sama juga dengan pegawai-pegawai jabatan Persekutuan.

Inilah sedihnya kita apabila terlalu lama golongan sekular ini memerintah. Sesudah berpuluh tahun terbiasa dengan sekularisme, mereka sudah selesa dan sebati mengasingkan politik dari agama.

Melalui proses masa, kesedaran kasih sayang, keikhlasan, kemurnian, persaudaraan dan perasaan adik abang telah dilunturkan. Ini kerana dalam ajaran sekular, ajaran-ajaran seperti ini sememangnya tiada. Jika ada sekali pun, ia hanya dibuat-buat.

Terlalu lama diperap dan direndam dalam tempayan politik sekular yang keruh dan kotor ini menyebabkan semua nilai-nilai murni ini akhirnya hilang ditenggelam. Kini, amalan songsang yang menimbus ajaran murni dan nilai-nilai kesetiakawanan ini telah dilakukan melalui pentafsiran akta dan undang-undang.

Ia dibuat dengan tidak jujur dan dilakukan dengan sewenang-wenang.

Undang-undang 3 batu nautika yang dihadkan sebagai perairan negeri ini misalnya, siapa yang tentukan? Tidakkah musnahnya nasib dan masa depan Palestin itu bermula sejak kota suci itu dibelah dua oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Siapa yang memberi hak dan mengajar ini semua? Hatta, lima Kuasa Besar dalam anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diberikan kuasa veto; itu pun satu lagi konspirasi jahat.

Siapa yang ajar ini semua jika tidak kuasa yang zalim di pusat dunia? Semua ini ada kena-mengena dengan kuasa yang ada di pusat.

Ini sama jugalah dengan sistem pinjaman ah long di Malaysia dan amalan kapitalis dunia tajaan Amerika dan kuasa-kuasa besar yang sekular di dunia.

Atas nama ketamakan untuk menguasai petrol negeri yang bersempadanan dengan Rusia bertujuan untuk untuk menjadikan Afghanistan negeri penampan (buffer state), negara umat Islam itu telah dibedil dan dimusnahkan untuk dijajah tanpa sedikit pun perasaan persaudaraan, kemanusiaan, belas kasihan dan kasih sayang. Kalau iya nak tiru Amerika sekalipun, Umno malulah sedikit kepada semangat dan ikatan federalisme yang sama-sama kita bina melalui perjanjian persekutuan yang kukuh itu.

Perangai mengepung ekonomi kerajaan Islam ini bukan perkara baru. Ia boleh kita lihat dalam surat Al-Munafiquun ayat 7, maksudnya: "Mereka orang-orang (munafiquun) yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): 'janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (muhajiriin) yang ada di sisi Rasulullah s.a.w. supaya mereka (kumpulan) terbubar (meninggalkan Rasulullah). Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami."

Amalan ini pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ubai terhadap Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang bersama baginda. Pemimpin Umno nampaknya tidak pernah serik membuat diskriminasi.

Dalam keadaan dia menindas Kelantan selama ini, tidakkah dia sedar bahawa yang jatuh ialah Selangor dan Perak yang kaya sedangkan Kelantan semakin teguh?

Jika dalam pilihan raya umum 2004 PAS hanya mendapat 23 kerusi di Kelantan, kesan amalan penindasan Umno telah menjadikan kerusi yang dikuasai PAS pada tahun 2008 bertambah dari 23 kerusi kepada 39 kerusi.

Sepanjang pemerhatian saya, Umno ini hanya parti pak turut yang hanya taat kepada penjajah. Umno cuma meneruskan dasar-dasar Inggeris. Sebaliknya, kita di Kelantan sentiasa melakukan muhasabah, menilai dan mengubah amalan-amalan Inggeris lama dengan diperbaharui supaya semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa disemak agar selaras dengan kehendak Islam baik dari segi pembangunan kebendaan atau kerohanian.

Ini yang menarik minat dan perhatian rakyat. Kita ada dasar mengenai ubudiyyah misalnya, yakni kesedaran tentang pengabdian mutlak kepada Allah SWT semata-mata.

Kita ada itqan yakni kesedaran mengenai mutu dan kerja yang berkualiti dalam segenap segi.

Kita juga ada mas'uliyah yakni prinsip pertanggungjawaban supaya apa saja yang kita cakap dan kita lakukan hendaklah serupa dengan apa yang kita mahu jawab di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.

Bersifat adil dalam konteks memberi layanan kepada masyarakat berbilang bangsa pula, kita perkenalkan skim Kifaalah, Ladang Rakyat, masjid tiga budaya di Rantau Panjang dan pelbagai projek pembangunan sosio-ekonomi tanpa mengira perbezaan bangsa, bahasa, agama dan keturunan.

Umno sebenarnya sudah ketandusan moral. Selagi Umno menolak agama dari komponen pembangunan maka selama itulah dia tidak berjumpa dengan rahmat.

Menolak Islam samalah seperti mengakui Islam itu ada kecacatan. Ini boleh terbawa-bawa pula untuk mempercayai bahawa risalah yang dibawa Nabi s.a.w. juga adalah cacat dan Jibrail juga cacat.

Logiknya, Allah SWT juga akan turut dikira cacat. Maha Suci Allah, wal iya zubillah. Ini satu perkara yang cukup berbahaya.

Kembali kepada isu royalti, saya tidak rela rakyat Kelantan dihina apabila seolah-olah kita terpaksa menagih belah ihsan dari sedekah orang lain sedangkan minyak dan gas itu adalah milik kita.

Kita mahu suap rezeki rakyat kita dalam keadaan bermaruah. Kita tidak mahu diajar untuk menyembah orang. Kita mahu bebas dari berabdi sesama manusia. Tiada yang lain yang kita mahu melainkan kita hanya mahu memuja dan memuji Allah SWT semata-mata.

SPR main ulit mayang


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama Isnin.


"Isu ini telah menjadi satu isu akademik yang wajar diteliti, jadi elok SPR membawanya kepada Peguam Negara terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan," kata Wan Ahmad.Ketika membaca laporan ini, aku merasakan seolah olah berada di hospital bahgia Tanjung Rambutan kerana kenyataan sebegini hanya layak dikeluarkan oleh orang "GILA" sahaja, orang yang sudah hilang kemampuan berfikir dengan waras atau orang yang sudah dirasuk hantu ketika main ulit mayang.

Tak silap aku, Wan Ahmad ini orang Terengganu dan terfikir sejenak mungkin Wan Ahmad ini seorang kaki main ulit mayang, kerana itu dia boleh berkata demikian tanpa segan dan silu dan tanpa bimbang diketawakan orang.

SPR juga sudah hilang rasa malu dan hormat kepada undang undang dan sudah mula membuat undang undang sendiri sehingga kes ini turut dikaitkan dengan akademik atau ilmiah.Seolah olah mereka ingin memberitahu kita hamba rakyat bahawa isu ini perlukan kajian ilmiah dan ianya bakal memberi kesan besar kepada politik negara.Itulah mainan ulit mayang SPR nampaknya.

Aku teringat semasa belajar dulu, ada juga syarat yang mengatakan kehadiran tutorial mestilah sekurang kurang 70% dalam masa setahun dan sekiranya mana mana pelajar yang gagal mengekalkan tahap kehadiran seperti yang ditetapkan, maka pelajar berkenaan akan hilang kelayakan untuk menduduki peperiksaan akhir tahun.Jadi apa bezanya dengan kes ADUN Kota Siputeh ini?Bahkan secara terang dan jelas, beliau telah melanggar peruntukan dalam undang undang tubuh negeri jadi walaupun kes ini kes pertama tetapi tidak ada langsung kontraversial dan tidak ada sedikitpun nilai akademik atau ilmiah di dalamnya.Apa yang nak dikaji dan apa yang nak diperiksa?

Lebih gila, Apabila Wan Ahmad mengatakan akan merujuk kepada peguam negara. Apa ke jadahnya nak merujuk, sedangkan tiada apa yang nak dikaji atau diperiksa.Ianya sama dengan tindakan seorang gila yang memeriksa tayar kereta yang sudah cukup anginnya.Aku kira seorang pelajar universiti pun boleh memahami dengan jelas keputusan mahkamah tinggi ini yang tidak memerlukan sentuhan akademik tetapi tidak SPR dengan alasan bahawa ianya merupakan kes pertama di Malaysia.Wan Ahmad juga seolah tidak sedar bahawa kes ini boleh berlaku lama dulu tetapi oleh kerana selama ini BN yang berkuasa maka semua kes kes yang berkenaan didiamkan sahaja.

Kalau Wan Ahmad seorang yang waras, beliau patut merasa malu dengan kenyatan sedemikian rupa dan patut sedar bahawa bukan bidang kuasa SPR untuk merayu atau merujuk kes ini malah bukan bidang kuasa SPR juga untuk memutuskan bahawa ADUN Kota Siputeh tidak melanggar undang undang tubuh negeri.Tugas SPR hanyalah terhad untuk mengadakan pilihanraya apabila menerima notis daripada speaker dewan mengenai kekosongan mana mana kerusi jadi Wan Ahmad perlu sedar bahawa rakyat sedang menunggu SPR melaksanakan tanggungjawabnya seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan negara.

SPR sepatutnya menjadi badan bebas dan perlu membebaskan organisasi mereka dari pengaruh peguam negara.Itu yang sedang dinanti nantikan rakyat dan seandainya SPR gagal melaksanakan fungsinya, maka tidak keterlaluan untuk mengatakan pengerusi atau timbalan pengerusinya mungkin akan dipertanggungjawabkan satu hari nanti seperti pernah berlaku di Thailand bilamana pengerusi SPRnya dipenjarakan kerana penyelewengan kuasa yang dilakukannya. "

Mat Sabu:Berterima kasih kepada Chin Peng

Sekali lagi, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu membuat kenyataan yang "menghebohkan", apabila mendakwa bahawa "orang Melayu perlu berterima kasih kepada Chin Peng" (Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya), dan mengakui bahawa "agama sebagai candu masyarakat (pada kurun ke-19)".



Kenyataan sedemikian sebenarnya tidak "janggal" dalam forum yang dianjurkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tetapi, apabila kenyataan ini terkeluar dari mulut seorang pemimpin PAS, maka ia agak "membeliakkan mata" semua orang. Lebih-lebih lagi, apabila dihujahkan oleh penceramah yang popular dengan humornya, maka ia memberi kesan yang "menghiburkan".

"Agama sebagai candu"

Mat Sabu (gambar kiri) yang diundang sebagai ahli panel untuk perbincangan "Kuasa Ketiga?", dalam forum "Sistem Dua Parti di Malaysia: Suatu Analisa Kritikal" anjuran PSM pada 14 November itu, terpaksa memberi penjelasan apabila S.Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM mendakwa bahawa Mat Sabu pernah menyetujui bahawa "agama itu candu masyarakat".

"Agama sebagai candu masyarakat. Persetujuan saya pada masa itu bersyarat, bukan secara umum. Memang kalau kita lihat, pada akhir tahun 1800 dan awal tahun 1900, kebangkitan industri di Eropah melahirkan jutawan-jutawan, kekayaan-kekayaan yang dimiliki beberapa orang, terutama sekali pemerintah Eropah, raja-raja dan sebagainya," jelas Mat Sabu.

"Untuk mempertahankan kuasa mereka, maka mereka menggunakan paderi-paderi untuk membawa orang miskin ke gereja, menyanyi lagu ketuhanan pada hari minggu. Kemudian, pada masa yang sama paderi-paderi ini menyokong pemerintah yang zalim, melintah darat..."

"Oleh itu, untuk membuat satu perubahan, maka kuasa paderi yang mencandukan rakyat itu perlu dibanteras dahulu. Itu persetujuan yang saya kata. Pandangan Karl Marx dengan keadaan pada waktu itu, kalau saya hidup, saya pun bersetuju dengan beliau!" Penjelasannya menggelakkan satu dewan.

Penyalahgunaan agama

Mat Sabu menyambung, "penyalahgunaan agama ini sentiasa berlaku. Saya sebagai orang Islam, saya tetap berpegang kepada ajaran Islam. Saya tetap mengatakan ajaran al-Quran itu begitu indah."

Beliau seterusnya memetik ayat daripada al-Quran sebagai contoh, "Apakah kamu tidak melihat orang yang mendustakan agama, membohongi ugama..."

"Di hujung ayat itu menyebut, celakalah orang yang sembahyang, orang yang tidak memberi makan kepada orang miskin, orang yang mengherdik anak yatim!"

Mat Sabu menjelaskan, "Ini al-Quran, iaitu satu pengajaran, bahawa walaupun kamu pergi ke masjid, bersembahyang dan sebagainya, tetapi tak peduli orang miskin, tak membantu anak yatim. Allah menyebut, celaka kamu!"

Jurang kaya-miskin paling ketara di negara Islam

Mat Sabu bukan sahaja terkenal sebagai penceramah, tetapi sering terlibat dalam demonstrasi, terutamanya ketika kenaikan harga minyak beberapa tahun yang lalu.

Beliau bersambung, "tetapi kamu lihat sekarang di dunia, di negara Islamlah kaya-miskin paling ketara. Kenapa jadi begitu?"

Mat Sabu kemudian mengambil contoh Pakistan, Indonesia, Bangladesh, malah di Mesir yang memperlihatkan betapa dahsyatnya perbezaan kaya-miskin di negara-negara tersebut, walaupun penuh dengan ustaz dan imam.

"Di Mesir....ribuan ustaz. (tapi) orang duduk di atas kubur, (sebanyak) tiga juta orang. Dia tunggu hari nak masuk kubur!"

"Agama itu indah, tetapi penyalahgunaan agama itu berlaku dari semasa ke semasa," simpulnya.

Angka itu untuk syok-sendiri

Mat Sabu juga mempertikaikan angka "kadar pertumbuhan" sebagai kayu ukur taraf hidup masyarakat. Beliau mendakwa bahawa kadar pertumbuhan yang tinggi di negara dunia ketiga tidak semestinya mencerminkan keadaan sebenar, kerana mereka yang berpendapatan 10 rupee sehari, mungkin hanya dapat 12 rupee biarpun angka pertumbuhan melonjak.

"Angka-angka yang dipamerkan kepada kita selalunya untuk kita syok sendiri, padahal jauh daripada keadilan sosial," seterusnya berkata bagaimana situasi masyarakat dunia ketiga seperti yang digambarkan dalam filem Slumdog Millionaire.

"Sebab itu, keadilan sosial ini mesti menjadi agenda semua pihak pada masa yang akan datang," tegasnya. Beliau berkongsi pandangannya bahawa perubahan pemikiran pada 8 Mac 2008, yang diibaratkan sebagai "tsunami politik", mungkin boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, tetapi belum cukup untuk melakukan reformasi sosial.

"Perubahan pemerintahan boleh, tetapi perubahan reformasi sosial jauh daripada boleh. Sebab kita lihat beberapa negeri Pakatan Rakyat ambil alih, tak berlaku reformasi sosial, hanya mengambil alih tempat. Tukar MB, tukar Exco, tukar wakil rakyat... (tapi) cara projek, cara kehidupan Menteri Besar, cara penguasaan harta...serupa!"

Beliau menambah, "bahkan kadang-kala menguatkan lagi status quo terutama sekali kuasa raja berperlembagaan, taat setia tak tentu hala sekarang ini!"

Setuju untuk menjatuhkan BN

"Sebab kita mahu berlaku perubahan, dan pada masa yang sama berlaku perubahan sosial. Ini yang paling penting!"

Walau bagaimanapun, Mat Sabu mengaku, "... saya setuju BN (di-)jatuhkan. Saya setuju. Sebab bila rakyat jatuhkan sebuah kerajaan yang menyeleweng, bila kerajaan baru naik, menyeleweng, mudah rakyat jatuhkan! Itu yang kita harapkan."

"Oleh itu, kalau Pakatan Rakyat naik memerintah, jangan berangan nak memerintah 50 tahun. Barangkali satu penggal pun payah, kerana rakyat sudah mula criticize..." Mat Sabu menyusuli dengan penghargaan kepada mereka yang mengkritik Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz, yang diheret ke dalam pertikaian tajaan ke Mekah. Sambil berseloroh Mat Sabu berkata, "bila ada tajaan, ada udang di sebalik mee..."

Perubahan pemikiran masyarakat Melayu

Ketika mengulas perubahan pemikiran dalam masyarakat Melayu, Mat Sabu berkata, "bila rakyat sudah buang satu kepercayaan karut, yang misalnya satu parti itu tidak boleh jatuh sampai bila-bila, ini perubahan yang kita alu-alukan."

"Memang nak ubah pemikiran rakyat cukup susah, tambahan pula di masyarakat orang Melayu. (Di masyarakat Melayu) Hang Tuah ditabalkan sebagai hero, Hang Tuah yang mengorbankan kekasihnya sendiri, diberikan kepada Raja, kemudian diberi sirih supaya lupa pada dirinya...ini hero."

Beliau sambung, "Ini bukan hero, ini binatang pondan. Sepatutnya kalau kita hero, tahi mata harimau lagi ku buang, itu pula kekasih... Inilah hero yang ditabalkan dalam masyarakat Melayu."

Untuk mengubah pemikiran masyarakat Melayu, Mat Sabu berpendapat bahawa sejarah perlu diperbetulkan, sama ada sejarah Hang Tuah mahupun sejarah kemerdekaaan.

Berterima kasih kepada Chin Peng

Beliau menceritakan pengalamannya ketika berceramah di sebuah masjid yang dihadiri pegawai tentera. "Di antaranya saya menyebut, kita berterima kasih kepada Chin Peng (gambar kiri) kerana membunuh Henry Gurney. Habis masjid tu saya nampak terkejut. Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng?"

"Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya," jelasnya.

"Dan Chin Peng bunuh orang seperti ini. Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"

Beliau menyimpul, "sebab itulah hal sejarah, perjuangan rakyat penting diperbaharui. Sebab itu mereka amat amat takut Chin Peng kembali... bukan soal keganasan dan sebagainya, sebab kalau Chin Peng kembali, ceramah pertamanya, kalau boleh kita nak buat di Setiawan...Saya yakin lebih daripada setengah juta rakyat akan hadir!"

"Kita dalam perjuangan ini, kadang-kala tidak tercapai dalam masa hidup, akan disambung oleh generasi yang lain. Memanglah saudara nak idealis sosialis, saya nak Islam yang tulen. Tapi kita boleh berbincang, kita boleh bertemu, yang utama sekali mestilah ia berfungsi untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan elit."

Beliau sempat menyatakan ketidakpuasan beliau terhadap prestasi Pakatan Rakyat di beberapa negeri, dengan terus terang beliau berkata, "Di sudut struktur buang kepentingan elit tak banyak berubah. Hanya bertukar menteri besar, bertukar exco, tapi style kepimpinan tidak berubah!"

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

Wednesday, November 18, 2009

Akan Sampai Masanya, Hudud Akan DiTerima

Akan tiba masanya dimana semua pihak akan menerima perlaksanaan undang-undang Islam termasuk Hudud dan Qisas. “Tak apalah, akan sampai masanya, kita tanam ubi kalau ubi setela kan, ubi keledek ni tiga bulan boleh makan, tapi kalau tanam kelapa sepuluh tahun boleh makan, “projek besar kita tengok, Islam ni projek besar, sepuluh tahun dua puluh tahun, nabi Muhammad 23 tahun, saya ni dua puluh tahun doh, pelik apa kalau lambat sikit,” kata Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat kepada para wartawan selepas Majlis Pelancaran Jentera Bantuan dari Negeri Kelantan bagi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, di Masjid Hiliran, di sini semalam.

Beliau berkata setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. ”Kita tak boleh beri pahala, pahala mari dari Allah, Allah berikan siapa yang ikhlas kepada dia (baca ayat Quran) berabdi dengan penuh ikhlas kalau abdi tidak ikhlas tak boleh pahala, “UMNO awal-awal lagi tolak Islam, ambil kebangsaan, sudahlah begitu dia lawan pulak PAS parti yang terang-terang sebut al-Quran dan Hadis, maca mana boleh pahala, “Sebab itu dia bagi duit, dia ganti dengan duit, ganti duit dengan pahala,”katanya ketika menjelaskan kenyataan dalam ucapannya dalam majlis tersebut yang menegaskan bahawa paa pengundi yang mengundi PAS akan diberi ganjaran pahala.

Sehubungan dengan itu beliau berkata tidak ada sebab bagi orang-orang Melayu Islam mengundi calun UMNO kerana UMNO terlalu banyak kelemahan dan tidak patut wujud. “Tentulah (UMNO beri duit untuk minta sokongan), kalau tak beri duit kerana apa nak sokong dia, (buat) pembangunan, PAS boleh buat pembangunan, Pakatan Rakyat boleh buat pembangunan, nak jaga Melayu, dia jaga PAS lebih jaga lagi, kerana PAS ni jaga (Melayu) dari dunia sampai akhirat, “UMNO dia tolak Islam, dia tak sampai akhirat, dia jaga setakat dunia sahaja, ini kelemahan-kelemahan UMNO, dia tak patut wujud atas muka dunia ni,”kata beliau yang turut yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Keyakinan beliau adalah berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakin meningkat kepada PAS kini berbanding dengan beberapa tahun lalu. ”Tentulah (menang), kalau menang kita boleh dua, pahala pun dapat, negeri kita memerintah, kalau tak menang, kita dapat pahala, tak apa tak rugi (baca ayat Quran) hei orang kafir, mu nak tunggu apa kami, tunggu satu daripada dua baik, kalau kita menang AlhamduliLlah, negeri kita perintah, kalau kita tak menang, kita boleh pahala tak apa lah tahun depan kita dapat lain,” “benda-benda hok (yang) PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima, dulu, ni cerita (pasal) Hudud lah kan, terima Hudud, dulu usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima, sekarang ni Melayu PAS pun terima, Melayu UMNO banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,”katanya.

GAJI DAN ELAUN PM, TPM, MENTERI, AGONG DLL.


Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18, 168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4, 112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga
Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia
adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14, 907.20 x 2) + RM4,112.79 = RM56,753.84.

Elaun Agong, Sultan, Menteri dan sebagainya , Sila lihat berapa duit
tax payers keluar bagi pada mereka ni

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong Ini adalah dibawah
Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982)

Aku ada akta ni dalam pdf file. Tapi aku ringkas kan saja lah untuk
info kita. Tapi kalau ada siapa nak akta tu aku boleh letak dalam ni.

Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada
Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun
Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000) 3. Elaun
diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan s eorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM6 million untuk
perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia.
Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM5,259,100 2. Gaji
kakitangan istana - RM1,004,880 3. Bounty Diraja, pemberian dan
khidmat khas - RM50,000

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong
yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia

Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas
Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan,
macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat
tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500
sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong,
just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua
bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati
semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni.
Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati
masa tu dia tengah jadi Agong kan. Kira untung lah Siti Aishah ni
sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang
Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang
pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk
driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal
RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah
peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan
Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun
lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah
sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga.
Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and

kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2
juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Berapa ramai kerabat? Bayang kan berapa Malaysia habis kan duit untuk
mereka semua ni.

Twitter, Berhala Baru Kaum Yahudi

YERUSALEM (SuaraMedia News) – Selama berabad-abad, orang-orang Yahudimenuliskan segala macam doa dan pengharapan mereka dalam secarik kertas, kertas tersebut kemudian dimasukkan ke dalam celah “retakan kuno” di tembok ratapan yang terletak di Kota Tua Yerusalem.

Akan tetapi, dengan berkembangnya teknologi, dalam beberapa tahun terakhir, orang-orang Yahudi “diperbolehkan” untuk mengirimkan doa dan harapan mereka melalui fax maupun e-mail, bahkan yang terbaru, mereka juga bisa mengirimkan doanya dengan perantara Twitter.

Tembok ratapan kini sudah memiliki akaun tersendiri di situs jejaring sosial Twitter. Hal tersebut bererti bahawa orang-orang Yahudi yang ada di seluruh dunia dapat mengirimkan doa mereka kepada susunan batu yang – kabarnya – berusia 2.000 tahun tersebut tanpa harus beranjak dari sofa mereka.

Penggagas layanan tersebut, Alon Nil, mengatakan bahwa kaum Yahudi kini bisa mengirimkan doa mereka melalui perantara Twitter, doa-doa mereka kemudian akan dicetak, lalu dibawa ke tembok ratapan, dimana kemudian, kertas cetakan tersebut akan bercampur dengan ribuan kertas tulisan tangan yang dimasukkan oleh para pengunjung yang meyakini bahwa permintaan mereka akan dikabulkan dengan lebih cepat oleh Tuhan jika memasukkan permohonan ke tembok tersebut.

Ekonom berusia 25 tahun tersebut mulai membuat halaman Twitter khusus tembok ratapan sejak tiga minggu yang lalu, sejak saat itu pula, halaman tersebut sudah kebanjiran ribuan doa dari kaum Yahudi.

“Segalanya bermula tidak berselang lama setelah peristiwa kerusuhan Iran, saya kemudian menyedari betapa potensialnya Twitter,” kata Nil. “Jumlah pengguna Twitter amat banyak dan seolah tidak terhitung, saya kemudian memikirkan sebuah cara baru dan kreatif yang bisa saya lakukan untuk kepentingan orang-orang Israel.”

Ketika pemerintah Iran memblokir media-media tradisional pasca pemilihan presiden pada bulan Juni lalu yang disusul dengan demonstrasi yang rusuh, warga Iran mempergunakan Twitter untuk saling berbagi informasi dan foto dengan dunia luar.

Nil sebenarnya memonitor Twitter hanya sebagai hobi, namun dia berharap bahwa apa yang ia lakukan dapat membantu orang-orang (Yahudi) dari seluruh dunia.

“Sebutkan satu nama negara, saya sudah pernah mendapatkan doa dari negara tersebut,” katanya. “Saya berharap bahwa dengan mengirimkan doa melalui Twitter, maka kaum Yahudi dapat merasa terbantu. Jika seorang Yahudi memiliki keinginan, ia tinggal menuliskannya dalam 140 karakter atau kurang, maka ia sudah bisa langsung mengirimkannya.”

Kebanyakan dia dari kaum Yahudi dikirimkan melalui pesan pribadi, namun Nil justru mendorong “para pengikutnya” untuk mempublikasikan doa dan harapan mereka. Akan tetapi, baru segelintir orang – seperti seorang Yahudi yang hanya menyebut diri sebagai Yonatan – yang bersedia mempublikasikan doanya agar dapat terlihat oleh umum.

“Terpujilah Hashem atas segala yang telah ia berikan kepada saya, semoga ia memberkati segala usaha saya dan membimbing saya menuju kebijakan dan kebenaran,” tulisnya pada hari Rabu lalu, ia mempergunakan sinonim dari Tuhan dalam bahasa Ibrani.

Kaum Yahudi mengklaim bahwa tembok ratapan di Kota Tua Yerusalem, adalah satu-satunya yang tersisa dari bekas kuil Yahudi. Yahudi meyakini bahwa Kuil Solomon dihancurkan oleh bangsa Babilonia pada tahun 586 sebelum Masehi. Dan kuil kedua, yang dibangun di lokasi yang sama, dihancurkan oleh pasukan Roma pada tahun 70 Masehi.

Mengirimkan doa melalui Twitter tidak dikenakan biaya. Para pengunjung situs pendamping Twitter, tweet Yoir Prayers, diundang untuk memberikan donasi melalui kartu kredit. Situs tersebut memiliki sejumlah link sponsor dari sebuah balai resepsi di Guung Zaitun dan sebuah penerbit buku-buku doa Yahudi.

Kunjungan dari tokoh terkemuka ke tembok ratapan, terakhir kali dilakukan oleh Paus Benediktus XVI, Barack Obama ketika masih menjadi calon presiden, dan Leonardo DiCaprio, yang tiga orang pengawalnya ditangkap karena dianggap menyerang tiga orang fotografer ketika berusaha mengabadikan gambarnya di situs tersebut.

Dalam beberapa tahun belakangan, Yayasan Warisan Budaya Tembok Ratapan, telah mengoperasikan sebuah nomor fax dan sebuah situs internet dimana orang-orang Yahudi dari luar negeri bisa mengirimkan doa mereka dan kemudian dicetak dan ditempatkan di celah-celah tembok ratapan.

Dua kali setahun, tepat pada perayaan Passover pada musim semi dan tahun baru Yahudi pada musim gugur, para rabbi di tembok tersebut mengumpulkan seluruh kertas catatan, yang kemudian dikuburkan sesuai dengan adat Yahudi – yang melarang penghancuran tulisan yang menyebutkan Tuhan, seperti gulungan Torah yang rusak, buku-buku doa, dan bacaan keagamaan lainnya.

Namun Nil tampaknya masih belum siap untuk menyambut banjir antusiasme Yahudi untuk memanfaatkan Twitter. Pada hari Kamis malam, masih ada lebih dari 1.000 pesan yang belum terbaca.

“Saya merasa kewalahan. Saya tidak bisa menangani seluruh pesan yang masuk di Twitter,” katanya. “Yang saya lakukan ini bermula dari hobi, dan saya rasa saya tidak mampu untuk mengelola (halaman Twitter tembok ratapan) seorang diri. Namun saya berupaya agar tidak sampai kehilangan satu doa pun.”

Nil mengatakan bahwa dirinya berharap agar pihak sponsor bersedia membayar seseorang untuk membantu mengelola situs tersebut atau membeli sebuah layanan programming yang akan secara oromatis mencetak doa-doa Yahudi tersebut.

Perangai Mahathir Sudah Dijangka


Mahathir sebenarnya dengkikan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang ikhlas berjasa pada rakyat dengan elaun tetap RM1.00, Mahathir juga inginkan jawatan kerana kantungnya sudah kosong dan perlukan isian baru. Isiannya sudah pastilah wang rakyat yang banyak bertaburan, projek2 kosong, balak dan hutan belukau.

Dengan mengarahkan askarnya, Pengerusi Risda yang banyak terhutang budi kepada Mahathir, Rahim Tamby Chik hari ini menyarankan Najib Razak untuk melantik Mahathir sebagai Menteri Kanan persekutuan.

Sudah pastilah saranan ini berbau arahan terus dari Mahathir demi mengembalikan cengkamannya setelah didiamkan oleh Abdullah Badawi, Perdana Menteri sebelum Najib Razak.

Mahathir terkenal sebagai negarawan yang menyumbang kepada pertubuhan pesat negara memerintah Malaysia dengan kuku besi, kronisme, rasuah dan amalan diktator. Di bawah pemerintahannya, 4 orang Timbalan Perdana berkhidmat dengan 3 daripadanya ditendang.

Cuba Sama Sama Kita Fikirkan

BILA AGAKNYA MELAYU AKAN SEDAR MEREKA DITIPU



PROJEK PEMBODOHAN ORANG MELAYU

United Malays National Organisation berkhayal bahawa gerombolan mereka sahaja yang mewakili Orang Melayu. Ini sebenarnya satu dongeng. Kesah dongeng ini sengaja disebarkan untuk membodohkan fikrah orang Melayu.

Projek pembodohan Melayu ini adalah sebahagian dari strateji politik United Malays National Organisation. Selama lebih dari 50 tahun proses pembodohkan ini telah dilakukan. United Malays National Organisation amat amat sedar tanpa projek pembodohan ini mereka akan hilang kuasa untuk memerintah.

Kalau di zaman fedual dahulu – orang-orang Melayu dibodohkan dengan pelbagai dongeng tentang daulat raja, tentang hikmat raja, tentang kehebatan raja, tentang ilmu raja atau tentang raja yang mewakili tuhan di bumi ini. Ini semuanya dongeng. Semua ini adalah sebahagian dari projek membodohkan Melayu.

United Malays National Organisation tidak mahu orang Melayu memiliki fikrah dan berkeupayaan untuk berfikir secara bebas. Susuk yang memiliki fikrah dan berkeupayaan berfikir secara bebas pasti akan menjauhkan diri dari gerombolan ini. Manusia yang berfikir akan berkeupayaan untuk melihat tipu belit yang sedang dijalankan oleh gerombolan ini.

Projek pembodohan ini ada yang dijalankan dengan licik sehingga tidak dapat dilihat. Ada pula projek ini yang amat jelas dapat dilihat. Projek pembodohkan yang licik dan yang terang berjalan serentak untuk membonsaikan akal fikrah manusia Melayu.

Cara Pertama:


Menakut-nakutkan Melayu tentang bahaya orang asing. Orang asing yang dimaksudkan oleh gerombolan ini tidak lain dan tidak bukan ialah orang China. Orang-orang China akan dijadikan ‘hantu’ untuk terus menakut-nakutkan orang Melayu.

Akan ditimbulkan pelbagai cerita untuk membuktikan bahawa ekonomi negara ini dimiliki oleh orang China. Racun bencikan China ini telah memandulkan fikrah orang Melayu untuk melihat dengan jelas bahawa wujud persekongkolan yang maha intim antara kroni gerombolan United Malays National Organisation dengan para cukong China.

Para cukong China yang membuat harta kekayaan sebenarnya bekerjasama dengan gerombolan United Malays National Organisation. Kerjasama mereka seperti Abang dengan Adik.

Cuba kita kembali kepada kes Bank Bumiputera yang lingkup pada tahun 80’an dahulu. Nama seperti Hashim Shamsuddin dan Lorraine Osman akan muncul. Ini akan diikuti dengan nama George Tan. Siapakah Loraine Osman ini? Maloan ini tidak lain dan tidak bukan ialah bendahari gerombolan sendiri.

Ini hanyalah satu contoh dari bejuta juta contoh yang lain. Ini belum lagi diambil kira kes PKFZ, Bakun , Pewaja, Formula 1, Moonson Cup, KLCC – dimana wujud kerjasama antara gerombolan dengan ‘orang asing’ untuk menjarah negara.

Cara ke dua:


Menyebar berita dongeng bahawa sesiapa yang menentang United Malays National Organisation bererti menentang raja dan monarki. Ini bukan sahaja dongeng tetapi cerita lawak.

Orang-orang Melayu sengaja dibodohkan dan tidak diarifkan untuk memahami bahawa melawan/menentang/mengkrtitik sistem monarki ini bukan sesuatu yang pelik atau menghairankan.

Dalam sejarah negara Arab banyak raja-raja dalam telah dichampakkan ke dalam tong sampah sejarah. Raja Feisal dari Iraq, Raja Farouk dari Mesir, Raja Idris dari Libya, Raja dari Segala Raja Ahmad Reza Pahlevi dari Iran – semuanya dihumbankan. Justeru – menentang monarki bukan sesuatu yang asing dalam sejarah tamadun manusia. Malah menentang monarki adalah tindakan progresif dan maju.

Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa : menjunjung ke bawah duli itu ertinya menjunjung tapak kaki. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa : pacal itu ertinya anak anjing.

Patek pacal yang hina menyembah duli tuanku bermakna : saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu. Bukan kah ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri. Kenapa orang Melayu dibodohkan sebagini. Kenapa orang Mealyu mahu menjadi bodoh dan terus dibodohkan.

Cara ketiga:

Sesiapa yang menentang United Malays National Organistion di katakan menentang Islam. Ini juga adalah projek membodohkan orang Melayu. Bagaimana menentang gerombolan ini disangkut pautkan dengan agama tidak pula dilakar dengan jelas.

Islam ialah agama kepercayaan. Manakala United Malays National Organistion adalah satu gerombolan politik. Islam telah wujud 1500 tahun dahulu. Gerombolan yang beroperasi hari ini hanya wujud semenjak tahun 1988 dahulu. Manusia Melayu telah menganut Islam 500 tahun dahulu dan tidak ada sangkut paut dengan United Malauys National Organisation.

Manusia Melayu menganut Islam bukan kerana United Malays National Organisation. Mereka menganut Islam kerana satu kepercayaan agama.

Tetapi orang Melayu di Malaysia ini terus ditakut-takutkan seolah-olah gerombolan ini adalah wakil tuhan di atas bumi ini. Ini karut. Tidak ada sesiapa yang mewakili tuhan diatas bumi ini. Menentang United Malays National Organisation bukan menentang agama, bukan menentang Islam dan bukan menentang Tuhan.

Yang Maha Esa tidak pernah melantik United Malays National Organistion untuk menjadi wakil. Malah Yang Maha Esa tidak juga melantik Pope, Sami, Dalai, Ayahtollah, Padri, Rabbai – untuk menjadi wakil.

Apa yang terjadi ialah para agamawan ini adalah orang-orang yang beramal dan beribadat. Mereka mengikut selurus dan setepat mungkin ajaran-ajaran dari kitab-kitab suci. Semua mereka adalah manusia yang sama seperti Mak Cik dan Pak Cik di Felda Sungai Rokan – bezanya mereka boleh befikir dan berilmu.

Ahkirnya:


Projek pembodohan Melayu ini telah dibudayakan. Ini bererti ianya telah menjadi sebahagian dari proses budaya pemikiran Melayu. Lembaga-lembaga daulah yang wujud telah diarahkan untuk terus menjalankan projek pembodohan ini.

Kaedah pembelajaran dan media adalah dua lembaga yang digunakan untuk projek membodohkan Melayu. Media Melayu jika dibandingkan dengan media yang bukan Melayu amat ketara bezanya. Tahap laporan berita, tahap tulisan rencana, tahap soal jawab agama dalam media Melayu – semuanya memiliki nilai bodoh yang amat tinggi.

Bagitu kaedah permbelajaran dan keilmuan. Anak-anak muda Melayu terus diperbodohkan dalam sistem pembelajaran yang sedia wujud. Justeru kerana itu ibu bapa dalam masyarakat China tidak mahu anak anak mereka masuk ke sekolah aliran Melayu. Mereka tidak mahu anak anak mereka jadi bodoh. Dalam masa yang sama , makin ramai ibu bapa Melayu telah mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah aliran China. Di sekolah aliran bukan Melayu masih ada peluang untuk anak-anak sekolah ini diajar untuk berfikir bukan diajar untuk menjadi bodoh.

Kemelut politik hari ini adalah hasil dari projek pembodohan orang Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang bodoh sehingga mereka gagal untuk membezakan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang hak dan apa yang batil. Projek bodoh ini telah juga memesongkan nilai budaya orang Melayu.

Orang Melayu yang telah dibodohkan gagal melihat bahaya rasuah malah mereka dengan bangga akan mengangkat pemimpin pengamal rasuah. Orang Melayu yang telah berjaya dibodohkan gagal melihat bagaimana sistem kehakiman dan keadilan dalam negara ini boleh dijual beli. Mereka ini terus ingin menjadi bodoh.

Orang Melayu yang ingin terus menjadi bodoh ini gagal melihat pembunuh, pencolek, pengambil rasuah – bukan satu pekerjaan salah. Budaya songsang lagi bodoh ini melihat kejahatan itu baik dan suci kerana ianya dilakukan oleh manusia Melayu beragama Islam yang memiliki kad gerombolan United Malays National Organisation.(TT)

Siri 3 - Rintihan penduduk di lapan buah kampung di dun Stulang

Setinggan adalah tongkat kuasa kepada Umno Barisan Nasional sejak sekian lama, carilah dimana ada setinggan disitulah adanya cawangan Umno.
Sekarang ini ribuan penduduk yang tinggal dijajaran lebuhraya penyuraian timur (EDL) perlukan pembelaan, kita buang dahulu fahaman politik sempit mereka. Persoalan politik perlukan kematangan dan kewarasan untuk berfikir dalam membuat keputusan. Siapa pun yang teraniaya dan dizalimi mereka mesti dibela.


Sebanyak 2,932 unit rumah pangsa kos rendah (rumah mampu milik) untuk penempatan semula setinggan akan dibina sebagai ganti sewa beli kepada penduduk-penduduk kampung yang terlibat di Lot PTD 148146 dan sebahagian Lot PTD 148149 Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru.
Pengarah projek untuk penempatan semula setinggan ini diarahkan sendiri oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) dan projek ini dijangka siap pada 31 Januari 2012.
Penduduk yang pernah memiliki lesen menduduki sementara dikatakan akan ditawarkan rumah jenis pangsa kos sederhana rendah dari unit-unit tingkat 1 hingga 5 seluas 850 kaki persegi dengan harga RM80,000.00 dan penduduk hanya perlu membayar RM35,000.00 sahaja dan rumah RM50,000.00 pula ditawarkan kepada anak-anak penduduk dan penyewa rumah asal unit-unit dari tingkat 6 ke tingkat 12 untuk unit yang berkeluasan 750 kaki persegi.
Penduduk juga meminta supaya surat tawaran dari SUK Cawangan Perumahan Johor hendaklah menunjukkan harga yang ditawarkan adalah RM80,000.00 dan Surat Perjanjian Jual-Beli (S&P) juga menunjukkan harga yang sama walaupun harga yang perlu dijelaskan adalah RM35,000.00.

PKR Pahang Berjaya Bawa Perubahan Besar Ke Arah Menawan Pahang Dalam PRU-13

KUANTAN, 18 Nov - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, kini semakin diterima oleh segenap lapisan rakyat di negeri ini. Berbagai agenda telah dilaksanakan oleh kepimpinan PKR negeri, dalam usaha untuk membawa perubahan baru menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Pahang yang diakui antara kubu kuat UMNO BN sejak zaman berzaman. Malah, gelombang "Refromasi 98" dan "Tsunami Politik" yang melanda negara sebelum ini, ternyata masih belum dapat menggugat kerajaan negeri Pahang sebenarnya. PKR Pahang kini mengorak langkah yang lebih bersepadu dalam usaha untuk memastikan kejayaan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini dalam pilihanraya umum akan datang.

Kepercayaan yang telah diberikan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Dato' Fauzi Abd Rahman (foto) sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Pahang hujung tahun lalu tampak membuahkan hasil. Biarpun pada awalnya, kepimpinan Dato' Fauzi menimbulkan kontroversi, diragui sertamendapat kritikan dari pelbagai pihak terutamanya ahli PKR sendiri. Namun, kini ramai yang berbangga dengan gerak kerja yang dilakukan oleh Bekas Timbalan Menteri itu. Malah, PKR dilihat semakin kuat dan utuh serta diterima oleh berbagai lapisan kaum di negeri ini. Kini kelibat Dato' Fauzi cukup disegani oleh kawan dan lawan. Malah, saban hari semakin ramai ahli UMNO yang bertindak keluar parti dan menyertai Pakatan Rakyat samada PKR, PAS atau pun DAP di Pahang. Senario ini bukan sahaja dapat dilihat di kawasan bandar, malahan juga di tanah rancangan Felda dan penempatan orang asal (asli) seluruh Pahang. Penubuhan ranting (cawangan) baru terus digiatkan serta mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum.

Ketika ditemui oleh krew kami baru-baru ini, Dato' Fauzi menegaskan bahawa kejayaan sebenarnya sudah semakin hampir dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk melakukan kejutan dalam pilihanraya umum akan datang. Menurut beliau antara langkah yang diambil pada masa ini ialah terus memberi penerangan secara bersemuka dengan rakyat. Berbagai program dilaksanakan di seluruh negeri, bairpun ada sesetengahnya yang mendapat gangguan daripada pihak UMNO sendiri. "Kita terpaksa turun padang bertemu rakyat, setelah segala ruang yang ada dikawal oleh kerajaan. UMNO cuba mematikan amalan demokrasi dengan menganggu rakyat yang ingin mendapat penjelasan tentang isu-isu semasa. Mereka menyekat segala kemudahan, bersikap dengki dan sengaja menimbulkan provokasi murahan untuk menghalang rakyat mendapat maklumat yang lebih jelas dan tepat" kata Dato' Fauzi. "Tugas untuk memberi penerangan adalah penting, agar mereka dapat menerima perubahan bahawa pertukaran kerajaan sebenarnya lebih menguntungkan mereka dan bukannya membebankan seperti yang diwar-warkan. Pertukaran kerajaan senantiasa berlaku di negara maju seperti di Jepun, Britain malah negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat sendiri. Bila ada dua parti yang kuat sebenarnya rakyat yang akan mendapat untung. Hanya kerajaan UMNO BN sahaja yang takut dengan perubahan kerajaan. Bagi mereka, hanya UMNO BN sahaja yang layak memerintah negara ini buat selamanya. Inilah yang wajar diyakinkan kepada rakyat, agar mereka bersedia untuk menerima perubahan" katanya.

PKR Diterima Peneroka Felda Dan Orang Asli

Kenyataan beliau ini jelas bukan sekadar kata-kata atau omongan kosong semata-mata. Malah, Pakatan Rakyat terutamanya PKR sendiri sedang mengorak langkah ke arah itu. Kini semakin banyak ranting atau cawangan baru PKR telah tumbuh bagaikan cendawan di negeri ini. Jika dilihat di Parlimen Indera Mahkota iaitu salah satu kerusi parlimen yang dimenangi PKR dalam pilihanraya umum ke-12 lalu, ternyata banyak ranting baru ditubuhkan. Malah, kubu kuat UMNO di Sg.Ular sendiri kini telah berpecah dan ranting baru diwujudkan. Menurut Dato' Fauzi jika dulu dikawasan Felda di Pahang ini, PKR begitu sukar untuk masuk tetapi kini ramai peneroka Felda telah mula berani dan sedar keperluan untuk melakukan perubahan. "Dulu, jika mahu cari 30 orang ahli pun ia cukup susah. Kini, perkara itu sudah tidak mustahil lagi. Malah di Felda Panching Selatan dan Utara dekat sini PKR mendapat keahlian antara 200 hingga 300 orang setiap ranting. Ia merupaka sesuatu yang amat mengejutkan dan tidak pernah diimpikan selama ini. Tambahan pula umum mengetahu bahawa peneroka Felda sering dicengkam dengan berbagai tindakan drastik yang cukup menegelirukan mereka" tambah beliau. Selain gugusan Panching, PKR juga telah berjaya menembusi gugusan Jengka, Mempaga, Keratong, Lepar dan banyak lagi. Cawangan ranting baru juga telah diwujudkan di Felda Kota Gelanggi di Jerantut dan Felda Jenderak Utara di Krau, Temerloh. Hasil gerak kerja yang kuat dan konsisten, kini PKR juga mula diterima di kawasan penempatan orang asal (asli) di negeri ini. Banyak ranting baru kini ditubuhkan, antaranya ialah Kg.Penderas, Kg.Pian, Kg.Sg Mai di Temerloh, Krau dan Jerantut. Manakala itu di kawasan Rompin pula terdapat juga ranting baru di penempatan orang asli Kg.Setajam. Kejayaan menubuhkan ranting-ranting baru di kawasan penempatan orang asli ini cukup membanggakan sebenarnya. Tambahan pula, umum memang mengetahui bahawa kawasan ini merupakan "kubu kuat BN" untuk memastikan mereka senantiasa menang dalam setiap kali pilihanraya.

Rakyat Berbilang Kaum Mahukan Perubahan

Selain daripada itu PKR juga telah berjaya melebarkan sayapnya ke kawasan penempatan Melayu, Cina dan India baik di desa mahupun di bandar. Di Sg.Lembing misalnya, ranting baru telah ditubuhkan oleh seorang ahli dan aktivis UMNO terkenal di kawasan itu iaitu Tengku Abdul Jalil. Sementara itu di Rompin pula sebanyak tiga ranting baru telah ditubuhkan baru-baru ini termasuk di Bandar Kuala Rompin sendiri. Banyak kawasan penempatan yang selama ini kubu kuat UMNO telah berjaya ditembusi. Manakala itu banyak juga ranting baru telah ditubuhkan melibatkan masyarakat Tionghua, seperti di Air Putih, Kuantan. Paling mengejutkan, sejak Dato' Fauzi mengambil alih tanpuk pimpinan PKR di Pahang, ramai pemimpin UMNO setempat telah bersama PKR. Terbaru di Temerloh, dimana beberapa orang AJK UMNO Bahagian itu telah menyertai PKR. Ini merupakan satu tamparan hebat buat UMNO dan BN di negeri ini. Cabang PKR Kuala Krau juga telah dirasmikan baru-baru ini, manakala satu ranting baru telah ditubuhkan di kawasan kubu kuat UMNO Temerloh iaitu Kg.Dato' Sharif Ahmad. Kekuatan jentera PKR ini telah dibantu oleh pemimpin seperto Tn.Hj Suhaimi Said yang bertanggung jawab untuk memastikan masyarakat Felda dan orang asal menerima perubahan yang mahu dibawa oleh Pakatan Rakyat terutamanya PKR itu sendiri. Rakyat berbilang kaum mula menerima kehadiran PKR sebagai parti alternatif yang dapat membela nasib mereka. Perubahan besar dijangka akan berlaku di negeri Pahang dalam pilihanraya umum akan datang jika senario ini terus berkekalan di masa akan datang.

[Pahang Daily Online mengucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Fauzi Abd Rahman dan kesemua kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah berjaya meyakinkan rakyat terhadap parti itu. Jika senario yang berlaku ini berterusan, nescaya harapan besar untuk melihat perubahan di Pahang akan terlaksana jua akhirnya. Dalam pada itu, kepimpinan Kerajaan Negeri Pahang dibawah pentadbiran Dato' Seri Adnan Yaakob haruslah menerima hakikat ini dan perlu melakukan sesuatu jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Apa yang berlaku kepada Khir Toyo di Selangor haruslah dijadikan ikhtibar dan pengajaran yang berguna. Jika tidak mereka sudah pasti akan berputih tulang melihat negeri Pahang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

Disalin dari http://pahangdaily.blogspot.com

Rahsia Bintang Enam Israel-Jahanam Israel


Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid.Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.





Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)

Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel .kisah selanjutnya klik di bawah

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya.

"Aku tahu apa yang engkau fikirkan" kata beliau.

'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan "? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

" Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.

"Emmm, kenapa ya?" Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

"Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ".

Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu".

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.


Benarlah kata hukama':-

"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia .


"Universiti Kehidupan, Universiti Sepanjang Zaman"


Al-Fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

12 Mei 09 jam 12.55 malam.

Elaun Seringgit DiAnggap Lawak,PKFZ Rugi Berbilion Buat Pekak!


Saya tak tahu apa dah jadi dengan negara ini selagi Umno@BN dibiarkan terus berkuasa. Apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 ramai yang anggap ia sebagai lawak dan sudah tandus idea untuk mendapat sokongan politik.

Tun Dr.Mahathir pula menyifatkan Anwar tidak pandai sangat ekonomi. Habis tu semasa beliau jadi PM lantik Anwar sebagai Menteri Kewangan adakah sesiapa yang paksa? Siapa yang tak pandai atau tak cerdik? Sekaligus sindiran Mahathir balik kena atas batang hidung sendiri.

Sebelum ini diumumkan kerugian Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) mencecah berbilion ringgit tetapi ramai yang buat-buat pekak.

Dari pemimpin Umno@BN yang atas-atas, SPRM semuanya macam buat-buat tak nampak. Saranan siasatan dilakukan PAC diketuai Tan Sri Azmi Khalid agar semua dalang dan mereka yang terlibat diheret ke muka pengadilan dipandang sepi seolah-olah PKFZ cuma rugi seringgit dua. Tak perlu nak kecoh-kecoh.

Kenapa jadi begitu? Mudah je kerana ia melibatkan bekas dan pemimpin atasan kerajaan Umno@BN. Kalau seorang kena habis yang lain-lain terbongkar dan terjebak.

Masing-masing cuba buat muka selamba seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Jadi isu seperti lembu korban, kepala lembu dan elaun seringgit akan dijaja serata ceruk kampung supaya orang melupakan penyelewengan yang berlaku di era Umno@BN.

Maka ramailah terutama kaki ampu yang mengeleng-geleng kepala macam lembu yang menunggu masa untuk dikorbankan raya haji ni nanti!

Disalin dari http://angkasanuri.blogspot.com/