Tuesday, November 17, 2009

2 beranak setan

AMPANG: Dua beranak setan. Ungkapan itu sesuai buat seorang bapa dan anak lelakinya yang sanggup menjadikan darah daging mereka sebagai bahan pemuas nafsu sejak setahun lalu.

Difahamkan, akibat perbuatan terkutuk itu, mangsa yang berusia 13 tahun yang juga seorang pelajar tingkatan satu, kini trauma dengan sikap ayah dan abang kandungnya.

Mangsa dikatakan pernah dicabul ayah dan abang kandungnya itu sejak tahun lalu dan kejadian terakhir berlaku Jumaat lalu kira-kira jam 1 pagi di rumah mereka di Bukit Permai, di sini, apabila ayahnya sekali lagi mencabul pelajar malang terbabit.

Kejadian terbaru itu meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa yang akhirnya terpaksa menceritakan pengalaman keji itu kepada guru di sekolah sebelum dia dinasihati membuat laporan polis.

Susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun dan anaknya berusia 17 tahun bagi membantu siasatan.

Menurut sumber polis, pelajar itu mendakwa perbuatan jijik itu berlaku ketika dia tidur apabila bapanya menggesel kemaluannya.

“Bagaimanapun, mangsa yang mula menyedari perbuatan itu adalah salah namun dia hanya mampu mendiamkan diri kerana terlalu takut dengan bapanya.

“Keesokannya, ketika di sekolah mangsa yang sudah tidak dapat memendam rahsia itu menceritakan kejadian kepada guru dan dia membuat laporan polis,” katanya.

Sumber terbabit berkata, dalam laporannya mangsa mendakwa selain kejadian terbaru yang berlaku membabitkan bapanya, dia juga pernah menjadi mangsa cabul abang sendiri pada tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.

Menurutnya, mangsa sudah dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital dan laporan menunjukkan dia tidak dirogol namun siasatan masih dijalankan sama ada pelajar terbabit benar-benar dicabul bapa dan abangnya.

“Berikutan itu, dua beranak terbabit ditahan dan bapanya kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan manakala abang mangsa akan dibebaskan kerana dia bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Siasatan mendapati, bapa mangsa mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah yang pernah dilakukannya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan yang berlaku di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Ampang, di sini, seorang remaja lembam menjadi mangsa cabul beberapa lelaki ketika dia dalam perjalanan pulang selepas mengaji al-Quran di tingkat 12 pangsapuri terbabit.

Bapa remaja berusia 18 tahun itu pada mulanya hairan kerana anaknya tidak pulang rumah selepas tamat mengaji kira-kira jam 9 malam.

Menurut sumber polis, lelaki terbabit dan isterinya yang risau keselamatan anak mereka mencari di sekitar kawasan berkenaan sebelum remaja itu ditemui kira-kira dua jam kemudian di tingkat lapan pangsapuri berkenaan.

“Remaja terbabit ditemui dalam keadaan ketakutan dan ketika ditanya dia hanya mampu memberitahu yang dia dibawa ke sebuah rumah yang mempunyai tiga lelaki.

“Bagaimanapun, dia tidak dapat mengingati rumah yang didakwanya itu kerana dia mempunyai masalah lembam,” katanya.

Menurutnya, tidak lama selepas dibawa pulang, remaja terbabit menceritakan kepada adik perempuannya yang tubuhnya diraba sekumpulan lelaki dalam rumah itu.

“Adik perempuannya memberitahu bapa mereka sebelum lelaki terbabit membuat laporan polis kerana khuatir anaknya menjadi mangsa rogol.

“Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mendapati mangsa tidak dirogol dan polis kini masih menyiasat dakwaan remaja itu yang mengatakan dia dicabul sekumpulan lelaki,” katanya.

ISA: 'Saya akan sumpah SB-SB yang jahat!'

Written by Lim Hong Siang (Merdeka Review)

Ditangkap: Mat Sah Mohd Satray, seorang juruteknik yang berkhidmat dengan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada ketika itu, dikaitkan dengan Abu Bakar Bashir yang dituduh sebagai pemimpin Jemaah Islamiyyah (JI). Mat Sah mengenali Abu Bakar kerana menghadiri khususnya, yang diwajibkan oleh DBP sendiri.

Ditekan: April 2002, Mat Sah disoal siasat sepanjang hari oleh tiga orang pegawai secara bergilir. Malah, Mat Sah yang menggigil di bawah penghawa dingin itu tidak dibenarkan ke tandas, hanya dibekalkan botol air mineral ketika membuang air.

Keesokannya April 18, 2002, media cetak arus perdana menyiarkan berita bahawa Kumpulan Militan Malaysia (KMM) cuba sabotaj untuk meletupkan pelabuhan Klang. Masyarakat ketika itu diselubungi ketakutan berikutan tragedi serangan di Amerika Syarikat pada 9/11.

Ditahan: Permohonan habeas corpus untuk mencabar prosedur penahanan Mat Sah berakhir dengan kekecewaan setelah ditolak dengan penghakiman yang berbunyi “masyarakat dunia kini sedang memerangi pengganas”.

Tetapi, seandainya Mat Sah benar-benar pengganas, apa pula program ‘pemulihan’ yang disediakan di Kamunting?

Di tempat: Yang tiada lampu dalam bilik. Tujuh tahun dilalui … tanpa bukti, tanpa keadilan; tanpa bulan, tanpa bintang.

Dilepaskan: Sept 15, 2009, “Dia (Mat Sah) bukan dibebaskan. Dia dicampakkan keluar dari kem Kamunting ke depan rumah saya,” demikianlah luahan isterinya, Norlaila Othman.

Diikat syarat: Beliau hendaklah tinggal dalam kawasan daerah polis Ampang Jaya, Selangor; dan tidak boleh meninggalkan kawasan tersebut tanpa kebenaran bertulis Ketua Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan. Dengan kata lain, Mat Sah hanya bebas bergerak di sekitar Ampang.

Dikurung di rumah: Malah, Mat Sah wajib melaporkan diri di balai polis setiap Isnin, dan berada di rumah dari jam 9 malam hingga 6 pagi, kecuali mendapat kebenaran polis.

Diarah: Tidak boleh berucap di khalayak ramai; tidak boleh berpersatuan; tidak boleh berpolitik.

Wawancara Merdeka Review bersama Mat Sah dan Norlaila


“Kesian dia Mat Sah, bila sampai dia mati orang akan kata dia terrorist. Padahal, Mat Sah orang baik, dianiaya dan dijadikan scapegoat (kambing hitam),” kata Norlaila yang bergiat aktif memperjuangkan pembebasan suaminya melalui gabungan NGO dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Kerajaan semakin tertekan lantaran demonstrasi ‘Mansuhkan ISA’ pada 1hb Ogos yang lalu, menjurus kepada pembebasan lima orang tahanan ISA sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Demikianlah jangkaan Mat Sah, menyanggah hujah bahawa tahanan ISA dibebaskan setelah “dipulihkan secara menyeluruh”.

Bahang kemarahan rakyat terhadap ISA turut dirasai Mat Sah yang terkurung di dalam Kem Tahanan Kamunting (Kemta), melalui interaksi Special Branch (SB) dengannya.

SB dari Bukit Aman yang sebelum ini mengunjungi Kemta enam bulan sekali, bertemu dengan Mat Sah hampir dua minggu sekali, selepas puluhan ribu manusia membanjiri pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan laungan ‘Mansuhkan ISA’.

Mat Sah menceritakan bagaimana SB kelihatan terdesak setelah demonstrasi tersebut. Beliau dibawa ke Police Remand Centre di Kuala Lumpur, menjalani program brainwash. Mat Sah dihujani pelbagai soalan, di samping propaganda mengapa ISA perlu dikekalkan.

Tahanan dikenakan ujian poligraf

Pada malam Apr 17, 2002, Mat Sah ditangkap di bawah ISA. Kediamannya dirempuh 12 orang polis, Mat Sah digari, sementara rumahnya digeladah. “Apabila saya tanyakan mana waran tangkapan, mereka kata ‘tak payah waran’ kerana mereka ‘pegawai gred A’,” kata Norlaila.

Mat Sah kemudiannya dilemparkan label ahli JI dan KMM, tanpa dibicarakan di mahkamah. Namun, “Mereka tak sebut pun perkataan ‘JI’ atau ‘KMM’ (semasa tangkapan), cuma kata ‘kami ada alasan-alasan untuk menahan anda di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mengancam keselamatan negara’.”

Ingatan Mat Sah masih segar, mengimbas pengalamannya setelah genap dua tahun pertama beliau ditahan.

“Mat Sah, saya tak boleh bebaskan awak. Malaysia dah buat komitmen dengan Asean untuk combat (banteras) terrorism, lebih-lebih lagi Amerika Syarikat. Kalau kami bebaskan awak, apa kata mereka?” – Demikianlah alasan yang diberikan kepada Mat Sah dari Bukit Aman.

Malah, tahanan ini perlu menjalani ‘ujian poligraf’ untuk menguji sama ada dirinya berbohong kepada pihak berkuasa. “Dua kali dia buat, tahun sudah ada, tahun ini pun ada. Dulu dia (polis) kata tak lulus, kali ini lulus pula. Tapi serupa saja, jawapan saya itu juga.” Kemudian, Mat Sah menambah, “saya nampak dia memang nak bebaskanlah. Alasan (lulus ujian poligraf) untuk bebas itu saja.”

‘Isteri awak kena slow sikit’

Apa pula alasannya untuk dilanjutkan tempoh tahanan?

“Pertama, tak ikut peraturan; kedua, pasal isteri vocal...” ujarnya kepada wartawan, sambil melihat ke arah Norlaila. Malah, Mat Sah dijadikan ‘bad example’ kepada tahanan lain, untuk menghalang keluarga tahanan lain daripada tampil memperjuangkan isu ISA.

Walaupun bukan secara terus-terang, tetapi Mat Sah dapat merasakan SB cuba menyampaikan mesej tersirat “isteri awak kena slow sikit” dalam perbualan bersamanya.

Wartawan menyusul dengan soalan, pernahkah terlintas dalam otak Mat Sah, untuk menasihati isterinya agak “tidak terlalu ke depan”? Dengan jujur Mat Sah mengakuinya, “Saya cuma cakap, SB cakap macam tu...” Sambil ketawa, wartawan membalas, “berlapik jugalah macam tu...”

Norlaila yang berada di sisi Mat Sah tidak sabar untuk melakonkan semula perbualan mereka ketika itu. Dengan lembut Norlaila berkata, “Kalau you tak bagi I pergi kempen, I tak datang kem-lah...”

Wartawan tertawa dengan gelagat pasangan suami isteri ini, walaupun menyedari di sebalik gelagat hari ini, tersarat dengan kepiluan yang lalu.

Mat Sah kembali menceritakan pertimbangannya ketika itu. Beliau mengakui bahawa fikiran ini sekadar ‘terlintas’ dalam otak, memandangkan Dr Abdullah Daud dari Johor turut dilanjutkan tempoh tahanan walaupun isterinya tidak berbuat apa-apa.

Enggan nyanyi Negaraku

Walau bagaimanapun, Norlaila bukan bergiat aktif sebermulanya suaminya ditahan. Malah, Mat Sah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dalam kem dengan harapan agar beliau dapat dibebaskan selepas dua tahun.

Namun, Mat Sah dapat perhatikan bahawa tahanan Al-Ma’unah yang ‘baik’ (mematuhi segala peraturan) tetap ditahan, sebaliknya tahanan ‘reformasi’ yang ‘jahat’ (tidak bekerjasama dengan pihak kem) pula dibebaskan.

Bertitik tolak daripada itu, Mat Sah mula tidak bekerjasama dengan pihak kem, seperti enggan menyanyikan lagu Negaraku pada jam 7 pagi saban hari. Sementara itu, Norlaila mula bergiat di luar, melalui serahan memorandum kepada Suhakam, ceramah dan sebagainya.

Perjuangan Norlaila gagal membebaskan Mat Sah, sebaliknya mengakibatkan suaminya itu dihukum lebih berat lagi.

Pada Feb 23, 2006, Norlaila memilih jalan untuk ambush Perdana Menteri dalam satu aktiviti yang dianjurkan Felda. Norlaila sempat menyerahkan memorandum kepada Abdullah Badawi, yang dibalas dengan ungkapan “Insya-Allah” daripada pemimpin itu.

Tindakan di luar dugaan ini mengundang hukuman penahanan bersendirian selama tiga tahun terhadap Mat Sah. Hukuman ini dilihat sebagai amaran kepada tahanan lain, supaya keluarga mereka tidak mengulangi apa yang dilakukan Norlaila...

‘Kerajaan telah rosakkan suami saya!’

Kesan ISA meresap dengan begitu mendalam di hati mereka, dalam kehidupan harian mereka.

“Saya rasa dia telah dibodohkan dalam tujuh tahun, bukan ‘dipulihkan’...” secara terus terang Norlaila menceritakan. Pengasingan ketika dalam tahanan, peraturan-peraturan yang dikenakan ke atasnya telah membuatkan Mat Sah semakin mundur dari segi fikiran.

Ketika ditanya apakah perwatakan Mat Sah tujuh tahun yang lalu, Norlaila menjawab, “Dia seorang yang sangat cheerful (ceria)..., seorang bapa yang mesra dengan kami.

We lost everything for seven years, including the job. (Kami kehilangan segala-galanya dalam tujuh tahun ini, termasuk pekerjaannya)”.

Norlaila mengimbas kembali bagaimana dia perlu membayar untuk ‘membaiki suaminya yang rosak’ ketika dalam tahanan. Norlaila menanggung kos rawatan gigi dan kaki Mat Sah ketika dalam tahanan, sementara berbelanja untuk membelikan makanan yang lebih baik untuk suami dan tahanan yang lain apabila melawat Kemta.

“Dia bukan banduan!”

Penahanan Mat Sah mengubah segala-galanya. Norlaila berkata, “Dia macam seorang yang baru keluar dari gua. Dia tak tahu apa-apa... bila saya bawa dia berjalan, banyak benda baru, banyak bertanya...”

Pernah sekali Norlaila membawa Mat Sah ke pasar, dikejutkan apabila Mat Sah menjerit ‘Ikan!’ sambil menuding kepada ikan yang dijual di situ. Gelagatnya mencungkil minat Norlaila, sambil membelek ikan tersebut untuk melihat apa yang luar biasa. Rupa-rupanya Mat Sah tidak pernah melihat ikan yang sebesar itu dalam tujuh tahun tahanannya.

Malah, Mat Sah merasakan semua orang hendak melanggarnya apabila berjalan di pasar raya. Dunia Mat Sah semakin mengecil, kekosongan, malah tertinggal dari rentak zaman apabila berasa pelik dengan alat-alat teknologi canggih seperti telefon bimbit, smart-tag, komputer dan Internet.

Bahkan apabila pertama kali Mat Sah melangkah ke rumahnya selepas tujuh tahun, beliau merasakan rumahnya seolah-olah penuh dengan ‘semak-samun’, walhal hanya sofa dan sedikit hiasan yang ada pada ruang tamunya.

Anak hidup tanpa ayah

“Jadi saya tak puas hatilah. Dan saya akan sumpah orang yang... SB-SB yang jahat, bekerja untuk menahan orang bawah ISA, membuatkan mereka ditahan bertahun-tahun, mereka cipta pelbagai alasan untuk menahan mereka dengan lebih lama...”.

Berbeza dengan tahanan lain yang bersyukur kepada kerajaan setelah ‘dibebaskan’, Norlaila memesan Mat Sah untuk hanya bersyukur kepada Tuhan, dan bukannya kepada kerajaan kerana kerajaan inilah yang menyusahkan keluarganya.

Untuk tujuh tahun yang lalu, jarak antara Mat Sah dengan anak tunggalnya, Suhaib disarat penuh dengan kerinduan. Jarak ini belum dirapatkan walaupun Mat Sah telah kembali ke pangkuan anak lelakinya yang separuh umurnya hidup tanpa bapa.

Menurut Norlaila, Mat Sah menjadi serba salah apabila ingin menegur anaknya. Begitu juga apabila Suhaib ingin bercakap dengan ayahnya, Suhaib akan memandang ke Norlaila.

“Terlalu lama mereka berpisah...,” Norlaila mengaku bahawa belum lagi kedua-dua bapa dan anak ini mesra semula setelah dipisahkan sekian lama. Norlaila sendiri berdepan dengan keadaan yang sama, apabila merasakan ada seorang lelaki asing berada di biliknya, pada malam pertama Norlaila balik dari Sabah untuk bertemu dengan Mat Sah di rumah.

Malah, Mat Sah yang agak kendur dalam pergerakannya dan pemikirannya, kadang-kala mencungkil kesangsian Suhaib. Suhaib pernah tanya kepada ibunya Norlaila, sambil melihat ke arah Mat Sah dan menuding ke arah otak dirinya, “dia tu, (mental) ok tak?”

Kebanyakan mangsa ISA ialah puak kiri

Bukan seperti Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini berperanan sebagai ‘isteri Timbalan Perdana Menteri’ sebelum suaminya ditendang dari puncak kuasa, Norlaila hanyalah seorang guru sekolah menengah. Ketika Anwar Ibrahim ditumbangkan, keluarganya disokong gerakan reformasi dari setiap pelusuk, dijadikan tumpuan media antarabangsa sebagai desakan untuk membebaskan tahanan politik tersebut.

Lainnya pula keadaan keluarga Norlaila. Malah, PAS yang ketika itu ditonjolkan dengan imej pengganas oleh propaganda kerajaan BN, turut berasa ragu-ragu untuk membantu keluarga Mat Sah.

Namun, Norlaila bukan bersendirian dan dia tidak melupakan bantuan yang dihulurkan wartawan dari Harakah, Malaysiakini dan sebagainya. Yang lebih penting, apabila Norlaila berdepan dengan jalan buntu, kawan-kawannya dari GMI dijadikan sandaran.

Norlaila yang rajin membaca, merujuk fakta sepanjang perjuangan memperolehi keyakinan daripada ilmu pengetahuan, lantaran berasa bertanggungjawab untuk membetulkan persepsi masyarakat tentang ISA.

Dari pembacaan, Norlaila mendapati tahanan ISA meliputi mereka yang digolongkan sebagai ‘orang kiri’. Mereka ahli kesatuan yang memperjuangkan kepentingan buruh, pekerja kilang, peladang dan sebagainya.

Dalam tempoh tujuh tahun, Norlaila cuba segala upaya untuk memperjuangkan pembebasan suaminya dan pemansuhan ISA. “Segalanya saya lakukan dengan beradab, tetapi apabila kerajaan kurang ajar dengan kita, perlulah kita untuk terus mengajarnya.”

Lim Hong Siang ialah pengarang ‘Merdeka Review’, edisi bahasa Melayu. Temuramah di atas ini dijalankan oleh Lim dengan rakan setugasnya Chen Shaua Fui. Ringkasan ini disunting dan disusun semula oleh CPI dengan izin Merdeka Review’.

Aduhai PAS Tolonglah, Please!


Saya masih tak faham, setakat saya tahu hukum melaungkan bacaan quran dan lain2 zikir di speaker adalah sunat. Jika hingga mengganggu ketenteraman orang lain hukumnya adalah haram . Kerana di dalam Islam, menjaga ketenteraman itu wajib.

Jangan dikelirukan dengan azan. Saya tidak mahu membangkitkan hokum azan. Itu syiar Islam. Banyak lagi seperti memasang ceramah melalui speaker, atau ceramah / kuliah yg kuat hingga mengganggu jiran sebelah.Kadang2 penceramah itu meninggikan suara , pasti mengganggu .Apatah lagi jiran sebelah bukan Islam.

Membaca/memasang ayat quran/zikir/kuliah agama dll yg kuat hingga mengganggu jiran.(terdapat corong speaker yg betul2 mengadap tepat ke tempat tidur atau telinga seseorang terutama yg sedang tidur)Bagi saya jika melakukan perkara ini serupalah dengan kita menjerit nama Allah ketelinga orang lain. Apatah lagi jika ia dilakukan pada waktu subuh (termasuklah tarhim-cuma barangkali hukum melaungkan tarhim dengan corong speaker dikawasan umat islam atau kawasan sekolah islam itu lain, sila beri penjelasan).

Kita perlu ingat laungan perkara sunat tersebut kekadang mengganggu anak2 kecil yg sedang tidur, murid2 yg sedang belajar untuk menghadapi peperiksaan malah sesiapa sahaja yg sedang tidur kerana letih bekerja shif dsb . Itu hak individu untuk tidak diganggu.

PAS kena segera beri penjelasan kepada ummat Islam dan bukan Islam bahawa Bukanlah ajaran Islam yang sebenar mengganggu ketenteraman awam. Lagi sekali ingat, saya tidak pertikakan azan-tetapi “perkara sunat yg dilaungkan melalui speaker”...

Saya yang tinggal di Pulau Pinang ni kadangkala terhiris hati disepanjang perkara sunat itu dilaungkan.Dalam hati saya terlintas ”Alangkah jahilnya.....mereka melakukan yg sunat hingga menjadi haram,bilakah suara yg kedengaran ini akan berakhir?.Kita kena mulakan segera dinegeri-negeri yg dikuasai Pakatan Rakyat. Jika kita masih lagi tidak bertindak, tak salah bukan islam menuduh islam bukan agama harmoni dan mementingkan

Kepentingan awam,Islam itu ekstrim dan sebagainya.

Saya rasa kita tidak perlu tunggu bukan Islam bangkitkan perkara ini. Barangkali mereka terlalu takut untuk membangkitkannya sedangkan hati didalam mereka meronta-meronta. PAS kena bertindak menghentikan perkara yg tidak sepatutnya berlaku, Islam sebenarnya yang harmoni. Di masa yg sama PAS kena menerangkannya secara ilmiah. Jika PAS tidak berdaya membendung perkara itu (mungkin sebab dipolitikkan umno), mungkin PAS boleh terangkan kepada semua ahli Parlimen bukan Islam bahawa sepatutnya masjid atau surau tidak harus membunyikan kuat speaker (untuk bacaan Quran,zikir, kuliah , ceramah dll yg sunat.) hingga mengganggu ketenteraman awam.

Saya mengharapkan penjelasan (hukum) yg sejelasnya dari anda yg faham. Saya utarakan bukan bencikan “suara-suara Islam” tetapi sayangkan Islam dan tak sanggup melihat Islam difitnah kerana kejahilan ummat....tolonglah.Diharap PAS tidak lambat bertindak..Apa pendapat anda? Please....

'BN Menang (di Kedah), Kroni Kenyang'


BN melancarkan slogan baru dalam usaha menawan kembali Kedah dari Pakatan Rakyat. Slogan yang berbunyi "BN Menang, Kedah Senang" itu dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Gerak Mesra 1Malaysia yang diadakan di kawasan Dun Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Muhyiddin turun ke Kedah, kononnya untuk lawatan kerja atas sifatnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tetapi semua program yang terkandung dalam Majlis Gerak Mesra 1Malaysia adalah program politik yang visinya ialah untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Seri Shafie Apdal juga hadir dan berucap selaku pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah. Muhyiddin dan Shafie berucap di hadapan orang ramai bagai sebuah rapat umum politik.

Program itu diuruskan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) Kedah, sebuah agensi pusat yang ditubuhkan di negeri ini kononnya bagi menyelaraskan pembangunan setelah pentadbiran negeri ditadbir Pakatan Rakyat.

Jemputan rasmi oleh Jasmaliza Jamaludin bagi pihak Pengarah Kemajuan Negeri Kedah, dihantar kepada semua jabatan meminta kehadiran 10 orang pegawai atau kakitangan bagi setiap jabatan. Jabatan Pelajaran juga meminta setiap sekolah menghantar 20 wakil. Begitu juga lain-lain jabatan. Rakyat dikerah untuk hadir dengan umpan cabutan bertuah yang pelbagai serta persembahan artis. Bukan kerana nak dengar pidato Timbalan Perdana Menteri.

Majlis Gerak Mesra 1Malaysia adalah program politik, medan pemimpin Umno memaki hamun PAS tetapi digerakkan oleh PPN yang merupakan sebuah jabatan kerajaan di mana pegawai dan kakitangannya dibayar gaji dari duit rakyat; termasuk cukai yang dikutip dari ahli-ahli PAS. Kos membiayai program tersebut juga ditanggung oleh kerajaan. Mereka langsung tidak rasa berdosa, makan duit gaji yang dibayar oleh rakyat tetapi melakukan kerja untuk parti politik.

Tiada bezanya dengan perangai RTM Kedah yang setiap siaran berita menyiarkan kegiatan Umno sebagai laporan utama, walhal Umno di Kedah sama tarafnya dengan pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Sejak dulu pun Umno sebagai sebuah parti politik tidak perlu bekerja keras untuk memenangkan parti mereka dalam pilihanraya. Jabatan kerajaan yang dijadikan lembu tunggangan.

Setelah separuh abad merdeka, mengapa semua penyalahgunaan itu masih berlaku? Sebabnya BN belum kalah di Pusat. Akibat terlalu lama berkuasa, mereka merasakan semua khazanah kekayaan negara adalah hak milik mereka. Pegawai kerajaan dianggap sebagai peon pejabat Umno.

Inilah bahananya jika sesebuah parti itu diberi kuasa memerintah terlalu lama. Keburukan (akibat terlalu lama berkuasa) inilah yang perlu diberitahu kepada setiap rakyat yang mempunyai akal fikiran supaya kewarasan yang mereka miliki dapat digunakan sebaiknya untuk menolak BN.

Jika sekali mereka kalah, jadi macam pentadbiran kerajaan negeri Kedah sekarang. Pegawai-pegawai tidak perlu bersusah payah melakukan kerja untuk parti politik. Ini hujah yang kuat mengapa Umno perlu dikalahkan di Pusat, walaupun untuk sekali.

Mungkin ada juga segelintir yang gemar melakukan kerja politik, lantaran tebalnya jatidiri Umno dan masih setia bertuankan pemimpin Umno tetapi ia cuma kes eksklusif, bukan gambaran keseluruhan.

Ada yang menghubungi saya meminta didedahkan kakitangan tertentu dalam kerajaan atau GLC yang sengaja mensabotaj imej kerajaan negeri dengan beberapa tindakan tertentu. Saya menjelaskan setakat ini tidak perlu, kerana Menteri Besar lebih bijak mencatur politik.

Hasil sikap tidak gelojohnya, ada beberapa individu yang cuba mengkhianati kerajaan sudah terjun dengan labu-labunya.

Sebuah akhbar harian primitif yang menjadi lidah rasmi Umno, menyiarkan sebuah artikel kononnya kekecewaan pegawai-pegawai kerajaan negeri Kedah (KCS) kerana dipinggirkan oleh Pusat. Pentadbiran negeri mempunyai mekanisme yang sudah established untuk penyaluran pembangunan supaya sampai terus kepada sasaran iaitu rakyat jelata.

Rangkaian pentadbiran di Kedah wujud lebih lama dari pentadbiran kerajaan Persekutuan. Tetapi lantaran sikap angkuh dan bebal pemimpin Kerajaan Pusat kerana pentadbiran negeri yang tidak sealiran dengan mereka, salurannya dilencongkan kepada rangkaian baru yang kebanyakannya melibat kepimpinan Umno negeri.

Dari segi amalan, saluran kewangan yang banyak dibuat melalui rangkaian Umno adalah "sangat baik" kerana ia mempercepatkan keruntuhan mereka. Duit dan perebutannya adalah peluru terbaik untuk menghancurkan Umno. Mati semut kerana gula, mati Umno kerana duit.

Dalam usaha mengambil kembali pentadbiran Kedah, BN sudah mula memukul canang "BN Menang, Kedah Senang". Kira-kira macam pelancaran Gelombang Biru di Terengganu selepas pilihan raya umum ke-11 lalu. Malangnya gelombang buatan di Kedah nampaknya belum menjadi.

Separuh abad BN memerintah Kedah, masih ramai rakyat yang dicengkam kemiskinan. Media massa saban hari menyiarkan kedhaifan rakyat dengan rumah dibuat dari dinding dan lantai buluh atau kayu-kayu hutan, terutama didaerah pendalaman seperti Baling, Sik dan Padang Terap. Kononnya atas keprihatinan terhadap penderitaan rakyat, media tersebut juga melaporkan YB, Pemuda atau Puteri Umno turun membantu. Mereka terhegeh-hegeh datang dengan beras, gula dan kopi.

Walhal yang sepatut dilakukan oleh BN sebagai pemerintah di Pusat ialah mempastikan tiada lagi rumah berlantai dan berdinding buluh. Kewujudan rakyat miskin di Kedah tidak bermula dari 9 Mac 2008. Berpuluh tahun golongan tersebut jarang merasai senang. Mengapa selepas BN jadi pembangkang di Kedah baru parti rasuah itu datang menjanjikan kesenangan?

Ternyata pertukaran kerajaan dari BN ke Pakatan sekarang pun tiada membawa kesusahan kepada rakyat, sebaliknya pemimpin BN yang 'susah'. Hilang banyak sumber pendapatan. Jika BN menang, tentulah juak-juak tersebut yang kenyang. Maka slogan "BN Menang, Kedah Senang" sepatut ditukar kepada "BN Menang, Kroni Kenyang".

Monday, November 16, 2009

Impak rancangan TV realiti terhadap remaja

Siapa yang tidak kenal dengan Zahid, Mawi mahupun Faizal Tahir? Kelibat anak-anak muda tersebut tiba-tiba menjadi buah mulut rakyat Malaysia setelah berjaya memenangi rancangan hiburan berbentuk TV realiti. Rancangan Akademi Fantasia, Malaysian Idols dan sebagainya menimbulkan kegilaan warga muda terutamanya untuk mengejar impian menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Apa yang menimbulkan kegilaan segelintir individu hasil daripada rancangan sedemikian? Kajian menunjukkan kepuasan untuk berhibur dan menyelami perasaan keseronokan membuatkan mereka leka untuk mengikuti perkembangan peserta rancangan TV realiti walaupun mengetahui ada kalanya apa yang dipertontonkan sesetengahnya lakonan semata-mata. Kebijaksanaan penganjur program memanipulasi emosi penonton berjaya menarik kesetiaan penonton kepada stesen televisyen tertentu.

Natijahnya, apabila timbul rasa ketagih kepada program sedemikian, maka timbullah masalah seperti pengabaian terhadap ibadah, percampuran ketika konsert mingguan, sanggup bersengkang mata dan mengabaikan tugas harian lantas menurunkan tahap produktiviti kerja. Unsur khayalan yang terlampau akan menyebabkan penonton sanggup berhabis wang untuk turut sama mengundi artis kesayangan. Sebanyak RM 7.5 juta dikaut oleh rancangan AF musim kedua melalui 15 juta SMS yang dihantar sejak rancangan itu disiarkan pada 12 Jun 2004 (Utusan Malaysia 16 Ogos 2004). Itulah penangan AFUNDI yang dicaj 50 sen satu SMS. Ini tidak termasuk kegilaan untuk memenuhi kotak peti suara telefon bimbit dengan nada dering yang pelbagai.

Begitulah sedikit sebanyak impak rancangan realiti televisyen terhadap minda dan sikap remaja. Bayangkan budaya ini terus meresapi minda anak-anak muda kita andainya tiada program alternatif disediakan. Berapa banyak wang yang akan terbuang begitu sahaja dan bagaimana masa ideal remaja dipenuhi hanya demi keseronokan yang tidak bersempadan.

Rancangan alternatif

Orientasi rancangan bercorak TV realiti harus ditelusuri kembali agar penonton tidak terus dibuai fantasi yang tidak berkesudahan. Usaha penerbitan rancangan berunsur dakwah di televisyen harus diperhebat bagi menyaingi rancangan sebegitu. Malah bukan tiada program TV realiti alternatif yang cuba menyaingi program hiburan selama ini disiarkan.

Rancangan seperti Akademi Nasyid siaran TV9 pernah mencetuskan fenomena baru bagi peminat seni . Ternyata ia memberi alternatif pencinta lagu dan nasyid untuk bersama menghayati erti kesenian Islam. Ia dapat menarik minat sebahagian remaja untuk menelusuri gaya hidup Islam yang tidak mengharamkan hiburan asalkan mengikut syarak dan tidak membawa kepada kelalaian serta kesesatan. Komen-komen juri yang ada kalanya menerapkan unsur dakwah menunjukkan tersedianya ruang dakwah melalui media. Hal ini membuktikan dakwah boleh diterapkan melalui kesenian di media.

Selain itu, TV9 juga pernah menyiarkan rancangan Cari Menantu dalam usaha mencari pasangan ideal yang hebat penampilannya serta kukuh ilmu agama di dada. Rancangan ini juga berjaya menarik minat golongan belia berdasarkan sambutan diberi ketika sesi uji bakat dijalankan. Selain daripada menerima ganjaran dan tajaan perkahwinan, ia memberi ruang dan peluang kepada pasangan untuk mendalami ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Ia penting sebagai persediaan buat melayari bahtera perkahwinan. Inilah bentuk program TV realiti ilmiah yang sesuai sebagai alternatif kepada program hiburan semata-mata. Program sebegini dilihat berbentuk dakwah melalui media yang juga mendedahkan nilai-nilai dan amalan budaya ketimuran buat golongan bukan Islam. Tidak mustahil ada yang tertarik kepada Islam setelah ditonjolkan keindahan adat dan ibadat golongan Melayu dan penganut Islam.

Bagi peminat seni taranum, program Akademi Al-Quran siaran TV9 adalah pilihan terbaik. Program yang telah melahirkan qari dan qariah muda berbakat memaparkan realiti pembelajaran seni taranum dan qiraat al-Quran yang pelbagai. Keindahan seni dalam bacaan al-Quran dapat dipelajari dan dihayati di samping penonton dihidangkan dengan aktiviti pembelajaran para peserta. Program dakwah sebegini walaupun masih baru sebenarnya mempunyai potensi besar dalam mempengaruhi dan menarik minat golongan muda.

Ringkasnya, kita tidak mahu remaja terus hanyut dengan dunia hiburan yang tidak berkesudahan. Usaha untuk menyediakan program alternatif khusus yang menjurus kepada usaha dakwah harus diperhebat. Semua pihat sama ada pihak penyedia rancangan TV mahupun golongan pendakwah seharusnya bekerjasama bagi memandu golongan remaja agar mereka muncul sebagai kumpulan yang hebat memacu kegemilangan ummah.

Melayu Terus Ditipu


FORMULA ONE – PROJEK TIPU RAKYAT Toyota memasuki Formula One pada tahun 2002. Toyata meninggalkan Formula One pada tahun 2009. Toyota hangus RM $8.11 bilion. Ertinya setiap hari Toyota wajib hangus RM $3 ringgit setiap hari selama 7 tahun! Honda tarik diri bulan April yang lalu. BMW akan tarik diri akhir tahun ini. Toyota, Honda dan BMW cabut tak tahan. Yang masuk Lotus F1. Gila apa ni? Ini projek Mokhzani Mahathir nak tipu orang Melayu. Ini sambungan rompakan dari eee Madey. Ini projek antara penyamun yang disokong oleh gerombolan. Ini cara untuk merembat duit Petronas. Nama Syarikat: 1Malaysia F1 Team Sdn Bhd Nama Pasokan: Lotus F1 Nama Negara : Malaysia Pengetua Pasokan: Tony Fernandes nota: bila agaknya orang melayu ini nak sedar.
tak sedar sedar. bodoh sampai ke lubang hidung.
tak faham faham. kena tipu sepanjang hari.
ini cara nak merembat duit. kalau pasokan toyota, bmw, honda semua blah kenapa
cicak kubin ini nak masuk.
nampak jelas sebagai satu helah untuk merembat duit negara.
bilalah melayu nak sedar. selama 50 tahun kena kelentong.
dulu ayah ee buat litar sepang – hancur.
dulu ayah ee buat putra jaya – runtuh
dulu patrik badawai buat monsoon cup – ranap
bila dah tinggal cawat dan seluar dalam mungkin
ini pun hanya mungkin orang melayu sedar.
yang menipou melayu ini gerombolan
nanti jangan tuduh orang lain.
jangan tuduh yahudi
jangan tuduh paul wolfowitz
jangan tuduh china
yang menjual negara ini gerombolan
dah nak ditimbang kati
singapura nak masuk pukul harga
tak pecaya sila tunggu

Disalin dari http://tukartiub.blogspot.com

Anwar isytihar perang pertahan S'gor

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..

"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.

Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.

Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.

Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.

"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.

"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.

Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.

"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.

"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya

Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.

Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.

Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.

"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.

Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.

"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya.

Disalin dari http://www.malaysiakini.com

Tauliah: Apakah kerana dia Dr Mohd Asri?


Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Bahkan PAS konsisten membantah tindakan tersebut. Cuma yang anehnya ialah kenapa UMNO bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor.

Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor. Begitu juga Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya. Begitu juga Dato' Ismail Kamus, Mufti Perak Dato' Harussani juga dihalang menyampaikan kuliah di beberapa negeri.

Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Bagi saya isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini.

Saya sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan pemimpin UMNO membela mereka yang bersalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari pemimpin UMNO akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.

Sekali lagi saya nyatakan bahawa jabatan-jabatan agama setiap negeri harus bezakan antara tokoh agama yang mempunyai ijazah dalam bidang agama, dan diiktiraf oleh masyarakat. Takkanlah mereka ini pun perlukan tauliah juga. Kena tengoklah siapa mereka, bukan tengok di negeri mana mereka berceramah sahaja. Kerana itu, pimpinan PAS kita konsisten menentang keperluan tauliah bagi golongan yang memang diketahui keilmuannya, diiktiraf oleh masyarakat dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama untuk menyampaikan ilmu agamanya di mana sahaja.

Disalin dari
http://tuanibrahim.blogspot.com/

PAS Perak Konsisten Pertahankan Hak Rakyat


PAS Perak, sentiasa memandang serius akan kemelut politik terkini di Perak. PAS Perak, berpendapat betapa konflik politik yang berterusan di Perak ini merupakan satu lagi ulangan sejarah hitam dalam demokrasi negara bilamana sebuah kerajaan sah yang diangkat melalui proses Pilihan Raya Umum Ke-12 akhirnya dijatuhkan secara tidak bermaruah dan ala “ gangster ” oleh kerakusa pimpinan UMNO / BN yang ternyata tidak dapat menerima hakikat akan penolakan rakyat serta kekalahan mereka dalam mana-mana Pilihan Raya di negara ini.

PAS Perak menempelak kepimpinan UMNO/BN supaya kembali melihat pengalaman sejarah politik tanahair yang lepas, yang satu ketika dahulu pernah membawa rakyat Malaysia, menyaksikan jatuhnya beberapa kerajaan negeri yang dipilih secara sah seperti Terengganu [1961], Kelantan [1978] dan Sabah [1994] gara-gara ketamakan kuasa Perikatan yang kini juga dikenali sebagai Barisan Nasional.

Hasil dari rampasan kuasa oleh pimpinan UMNO/BN di Perak ini, PAS Perak bependirian bahawa Barisan Nasional sememangnya sangat pakar darihal menggunakan strategi suapan kebendaan, pujuk rayu dan andainya itu semua tidak berjaya maka pimpinan UMNO/BN tanpa segan silu akan menggunakan pula strategi ugut dan ancam bagi memastikan kelangsungan agenda politik mereka.

PAS Perak, menyedari akan lakonan politik yang diwatakkan oleh pimpinan UMNO/BN yang bilamana mereka berjaya mengekalkan kuasanya dalam mana-mana pilihanraya mereka akan sering berlagak sebagai sebuah kerajaan yang baik dan meminta parti yang kalah untuk bersatu hati kononnya bagi membangunkan negara juga negeri, akan tetapi watak pimpinan UMNO/BN akan drastik berubah bilamana ia tewas dalam
pilihanraya. BN akan lupa akan nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru hara serta kekacauan sehinggalah mereka menemukan apa yang mereka dambakan sepertimana yang berlaku dalam krisis perlembagaan terkini di Perak.

PAS Perak, berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru hara dan porak peranda dalam politik negara setelah secara rakus selama lebih 50 tahun memporak perandakan ekonomi dan kekayaan negara.

PAS Perak, juga ingin menegaskan bahawa PAS bersama Parti Komponen Pakatan Rakyat tidak pernah kemaruk kuasa. PAS selama lebih 50 tahun berada di persada politik tanahair sangat konsistan untuk memelihara perpaduan bahkan kestabilan negara. PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya sudah melalui siri pengalaman kalah dan menang dalam PRU secara matang. Bahkan kita bersedia untuk melepaskan pemerintahan Pakatan
Rakyat di Perak atau di mana-mana sahaja seandainya itu yang diinginkan oleh warga pengundi bagi mana-mana negeri kerana kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin dan rakyat yang dipimpin.

PAS Perak, sangat menyedari betapa telah berlaku satu ”rampasan kuasa” di negeri Perak dan mahu agar semua institusi perundangan serta keadilan dalam negara ini mengambil pendirian yang jelas berpaksikan kepada prinsip berani kerana benar.

PAS Perak juga mempersoalkan sikap beberapa pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata terhadap realiti sebenar permasalahan yang timbul di Perak sangat dipersoalkan. Tindakan SPR yang ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah ternyata menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu dan para pedagang yang bersuakakan kuasa.

PAS Perak beranggapan, satu perkara yang amat malang bagi pihak-pihak tertentu yang selama ini bercakap soal moral, penghormatan terhadap mandat rakyat, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang- Undang serta pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan judiciary tetapi akhirnya tanpa rasa malu dan tanpa rasa bersalah membelakangi semua prinsip tersebut ketika mana membuat satu-satu keputusan yang sangat penting.

Bagi PAS Perak, sesungguhnya, perkembangan terbaru ini dipercayai akan menambah kemusnahan ke atas kepercayaan umum terhadap integriti semua pihak dan institusi yang terlibat dalam insiden ”rampasan kuasa” yang hakikatnya bukan menjadi budaya rakyat negara kita. Ketika ini kita seolah-olah disogokkan oleh pimpinan UMNO/BN dan konco-konconya dengan satu ajaran sesat dan budaya politik liar dalam subjek politik tanah air iaitu ”rampasan kuasa” dan tentunya ia bakal memberi implikasi yang sangat buruk juga ”signal” serta ”didikan yang sangat tidak baikkepada rakyat khususnya generasi muda.

PAS Perak inigin memberi amaran kepada kepimpinan UMNO/BN, sekiranya, insiden yang sama berlaku sekurang-kurangnya 15 tahun yang lepas iaitu di Sabah barangkali agak jauh untuk difahami dan diingati oleh kita khususnya generasi muda, maka apa yang dilakukan sekali lagi oleh BN dalam rampasan kuasa di Perak pada hari ini semestinya akan menjadi panduan yang sangat berharga dan bukti sejarah paling terkini untuk
rakyat Malaysia mengusung janji bagi menamatkan kuasa UMNO-BN di negara Malaysia ini pada PRU-13 yang akan datang.

PAS Perak, sangat bimbang terhadap segala kecelaruan yang berlaku di Perak dan PAS Perak sentiasa mendesak agar demokrasi di negeri Perak dipulihkan segera dengan memberi laluan kepada Pilihan Raya bagi keseluruhan kerusi DUN Perak.

PAS Perak , menjunjung kasih ke bawah Duli As Sultan Perak sebagai idola rakyat yang mendambakan keadilan dan sebagai ikon kita rakyat Malaysia; PAS Perak merafak sembah, merendah hina agar institusi mulia ini meneliti kembali realiti sebenar kemahuan rakyat jelata. PAS Perak menegaskan bahawa semua itu akan nantinya terjawab secara jujur menerusi pemilihan di peti undi.

Akhirnya, PAS Perak menyeru seluruh rakyat jelata agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu yang dibawa oleh pimpinan UMNO/BN dalam menghadapi krisis ini. Kita akan hadapinya dengan penuh kewarasan dan sunggu benarlah Jihad Yang paling Besar Adalah Berkata Benar Di Hadapan Pemimpin Yang Dzalim.

” ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN ”

A.F USTAZ ABU BAKAR HUSSAIN
Pesuruhjaya PAS,
Perak Darul Ridzuan

Nik Aziz ketuai Pakatan, Anwar bakal PM Pakatan?


Cadangan melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) mendapat reaksi positif di kalangan pemimpin parti itu namun ia menjadi polemik di kalangan pimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana semua beranggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ketua umum Pakatan Rakyat selama ini. Namun apabila Datuk Zaid Ibrahim mencalonkan Nik Aziz, semua melihat ia satu cadangan yang wajar.

“Saya setuju Nik Aziz menjadi ketua Pakatan Rakyat jika dipersetujui oleh para pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat,” kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Kenyataan Mustafa penting kerana beliau sebagaimana presiden dan timbalan presiden PAS dilihat berbeza kumpulan dalam PAS. Nik Aziz dilihat sentiasa menyerang beliau. Apabila dia sendiri bersetuju dengan cadangan ini, ia satu yang positif dalam mendekatkan perbezaan dalam PAS.

Cadangan Zaid juga datang ketika Anwar berhadapan dengan dakwaan di mahkamah. Jika beliau didapati bersalah, berlaku satu lompang besar dalam PKR dan juga Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya dengan cadangan Zaid ini, ia boleh mengisi lompong dalam Pakatan andainya itu yang terpaksa dihadapi Anwar.

Namun, apakah Nik Aziz yang bakal dinamakan sebagai perdana mentri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang? Seorang pemerhati politik mencadangkan Nik Aziz ketua Pakatan namun Datuk Seri Anwar lebih diyakini sebagai perdana mentri.

Oleh itu, amat wajar kalau Nik Aziz mengulas isu ini menegaskan sendiri perkara ini, katanya.

Dalam padas itu, ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah, berkata cadangan sebagai ketua Pakatan Rakyat itu selari dengan ketokohan Nik Aziz di samping hubungan baik beliau bersama seluruh kepimpinan PR yang lain.

Menurut Abd Rahim, Nik Aziz mempunyai kredibiliti tersendiri yang membolehkan beliau menerajui PR dengan lebih cemerlang berdasarkan pengalaman perkhidmatannya selama puluhan tahun di dalam parti.

“Saya percaya pengalaman itu boleh melengkapkan barisan pakatan terus maju ke hadapan,” katanya mengulas cadangan dikemukakan bekas menteri di Jabatan Perdana Mentri, Datuk Zaid itu.

Zaid mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz dikatakan amat mengenali keupayaan Mentri Besar Kelantan itu mencadangkan agar beliau dilantik sebagai Pengerusi PR sekiranya pakatan mahu terus diterima rakyat.

Katanya, jawatan yang dipegang oleh Anwar kini berbeza dengan cadangan tersebut. Jawatan Pengerusi PR masih belum dilantik.

“Saya percaya soal pengaruh kurang atau tidak bukan menjadi isu,” jelasnya.

Tambahnya lagi, soal automatik individu yang memegang jawatan tersebut dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya PR mendapat mandat rakyat membentuk kerajaan juga tidak timbul kerana sistem penentuan sesuatu jawatan di dalam pakatan tidak sama dengan Barisan Nasional (BN).

Sunday, November 15, 2009

Bai'ah Menjadikan PAS DiGeruni Hari Ini.


Sama macam cerita Tuan Guru Nik Aziz(TGNA) ke Mekah cerita tentang bai'ah telah disensasikan terutama oleh media milik Umno@BN dan mereka yang sewaktu dengannya. Bagi mereka yang mempertikaikan amalan bai'ah dalam Pas adalah mereka yang buta dengan Sirah Nabi SAW.

Amalan bai'ah wujud sebelum hijarahnya Nabi SAW ke Madinah. Bacalah Sirah Nabi SAW tulisan seperti Muhamad Sa'id Ramadhan Al Buti kita pasti akan menemui Ba'iah yang berlaku di zaman Nabi SAW. Cuma bai'ah talak tiga seperti yang didedahkan mungkin lebih kepada individu tertentu dan tidak menjadi pra syarat untuk menyertai perjuangan Pas. Itu adalah kehendak individu itu sendiri.

Semasa di universiti dahulu saya juga terlibat dengan bai'ah setelah berakhirnya Tamrin Qiyadi (pimpinan) di Markas Tarbiyyah Pas Taman Melewar pada sekitar tahun 1990-an. Masa itu tamrin itu telah dihadiri dan diberi pengisian oleh pimpinan tertinggi Pas antaranya Allamarhum Ustaz Fadzil Nor, Ustaz Hassan Shukri, Tn Guru Jaliludin Wahid dan ramai lagi. Saya masih menyimpan 'sijil bai'ah' berkenaan dan dijaga dengan elok sehingga hari ini.

Bai'ah ini menjadikan saya Insyallah kekal dalam Pas dan tidak mengkhinati parti sampai bila-bila.Selepas meninggalkan pengajian di universiti, dalam pilihanraya umum 1999 di Pahang misalnya , pada malam penamaan calon saya dan sahabat ditawarkan ratusan ribu ringgit oleh agen bekas timbalan Menteri Besar Pahang ketika itu ( Datuk Hassan Ariffin ) untuk mengkhinati parti dengan memberi kemenangan percuma kepada Umno. Tugasnya cukup mudah, cuma sengaja lakukan kesilapan pada borang penamaan calon. Tetapi dengan berkat tarbiyyah dan bai'ah bersama Pas menjadikan kami menyedari batas dosa pahala dan halal haram. Malah banyak lagi tawaran yang menyusul selepas itu.

Tawaran yang diterima oleh saya jauh sangat kecil berbanding tawaran yang kadang-kadang mencecah jutaan ringgit seperti yang diterima oleh wakil rakyat Pas di Kelantan misalnya selepas pilihanraya umum 2004 untuk menumbangkan kerajaan TGNA. Apa yang saya nak nyatakan di sini bai'ah menjadi Pas cukup digeruni pada hari ini. Menjadikan Pas kekal kuat dan utuh hari ini. Terlalu jarang-jarang kita mendengar pimpinan Pas mengkhianati parti berbeza dengan parti lain.

Peringatan saya buat Umno@BN bahawa orang Pas tidak gelap mata dengan kuasa dan harta yang dimiliki oleh mereka , buatlah tohmahan, fitnah dan sensasikannya pimpinan dan ahli Pas yang ditarbiyyah dan melalui proses bai'ah tidak akan sama sekali tergugat. Malah pimpinan dan ahli Pas tulen bukan sahaja sanggup berkorban harta malah nyawa untuk mendaulat dan menegakkan keadilan dan keindahan Islam di muka bumi ini.

Disalin dari http://angkasanuri.blogspot.com/

Najib perbodoh PM lalu dan balas dendam dengan rakyat Kelantan


Seluruh rakyat di negara kita telah sekali lagi menjadi saksi terhadap ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian mengenai pemberian hasil royalti minyak kepada negeri Kelantan. Dalam jawapannya, Dato Seri Najib menjelaskan bahawa negeri Kelantan, dan juga Terengganu, tidak mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum. Seterusnya Dato’ Seri Najib mengumumkan : “Dengan ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ihsan bagi negeri Kelantan sama seperti negeri Terengganu”. Kenyataan dari Perdana Menteri ini telah menafikan kewujudan Perjanjian Petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar, yang juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000. Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu. Terdapat begitu banyak bukti dokumen bertulis yang dapat dibaca oleh rakyat menerusi catatan penyata rasmi parlimen yang menjelaskan bahawa terimaan oleh negeri Terengganu umpamanya adalah terimaan royalti dari minyak dan gas – antaranya lihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain. Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 di mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Wong See Wah) menyatakan: “..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak”. Kesimpulannya ialah : 1. Kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dalam memberikan royalti minyak, bukan sebagai wang ihsan. 2. Pembatalan royalti petroleum kepada negeri Terengganu pula dilakukan di atas sebab dendam politik setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999. 3. Pembatalan royalti petroleum di Terengganu juga dalah hasil dari desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung Umno. Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi. Kita mencabar kerajaan pusat supaya merujuk perkara ini kepada mereka yang masih hidup yang terlibat dengan perjanjian berkenaan iaitu Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petrolium 1974 sewaktu menjadi Peguamcara Negara dan YB Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu. Kita juga meminta supaya permohonan kerajaan negeri Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu dibuka dengan segera dan dilaksanakan perbicaraan yang adil dan telus, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar. Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS

Mukjizat disebalik BISMILLAH

"BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani . . .

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR
ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH
tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari
kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh
binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan
pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka
bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga
neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata:
'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap
huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan
orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sama-samalah kita mengamalkannya.

AZAB KUBUR : SABIT BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Perkataan azab bererti hukuman, seksaan, kesengsaraan atau kesusahan. Manakala perkataan kubur pula bermaksud tempat menanam mayat. Jika disebutkan perkuburan bermakna tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang yang telah mati atau permakaman.
Mayat sama ada ditanam, ditenggelamkan, terbakar jadi debu atau dimakan binatang; mereka disebut berada di alam barzakh. Maka pengertian kubur yang dikaitkan dengan kesenangan atau azab ialah alam kubur yang berada di antara alam kehidupan dunia dengan alam akhirat iaitu alam barzakh.
Alam Barzakh
Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.
Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia. (Ensiklopedia Isam: 3/8-9)
Pengarang kitab Mu‘jam Alfaz as-Shawfiyah menyatakan perkataan barzakh dari sudut bahasa ialah sekatan atau pemisah di antara dua sesuatu seperti bercakap adalah pemisah di antara manusia dengan binatang. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya“
(Surah ar-Rahman: 19-20)
Barzakh dari sudut istilah pula ialah pendinding (hijab) yang terdapat di antara orang mati dan orang hidup. Pendinding inilah yang menghalang orang mati kembali ke dunia. Barzakh (pendinding) ini akan kekal sehingga hari Kiamat.
Jadi alam barzakh ialah alam yang terdapat di antara dunia dan akhirat. Alam ini boleh dikatakan sebagai tempat sementara penghuni dunia untuk sampai ke hari Kiamat.
Menurut al-Qurtubi ketika menafsirkan firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “… Sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)”
(Surah al-Mukminun: 100)
Beliau menjelaskan bahawa barzakh itu ialah alam di antara kematian dan kebangkitan. (Tafsir al-Qurtubi: 6/113)
Pengarang kitab Akidah al-Mukmin pula menyatakan tujuan wujudnya alam barzakh ialah untuk menghimpunkan semua roh dan bersiap sedia memasuki alam akhirat. Dengan kedudukannya yang seperti itu, maka alam barzakh berfungsi sebagai pendinding atau pemisah di antara dua kehidupan lain iaitu kehidupan dunia dan kehidupan akhirat. Dengan perkataan lain, alam barzakh ialah alam penantian atau ruang menunggu untuk masuk ke alam akhirat selepas kematian. (Halaman 409-501)
Dalil-Dalil Yang Menyatakan Azab Kubur Dalam Al-Qur’an
Pensabitan azab kubur di dalam al-Qur’an telah dijelaskan oleh para ulama tafsir yang muktabar lagi masyhor. Mereka itu termasuklah Imam al-Qurtubi, Ibnu Kathir, Imam Muhammad ar-Razi Fakhr al-Din dan lain-lainnya menyebut perkara tersebut dan kewajipan beriman dengannya di dalam kitab-kitab mereka.
Ayat-ayat al-Qur’an yang menjadi bukti wujudnya azab kubur antaranya ialah:
1. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan pertunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta”
(Surah Taha: 124)
Menurut Abu Sa‘id al-Khudri dan Abdullah bin Mas‘ud Radhdiallahu ‘anhum perkataan ضنكا (yang sempit) adalah azab kubur. Inilah pendapat yang shahih. Telah disebutkan dalam kitab at-Tazkirah, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata: “Disempitkan kubur orang kafir itu sehingga tulang-tulang berselisih”. (At-Tazkirah: 151-152 & al-Qurtubi: 6/3307)
2. Firman Allah Ta`ala:

Tafsirnya: “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya”.
(Surah Ghafir: 46)
Ayat di atas menceritakan tentang berlakunya pendedahan bahan-bahan api neraka di alam barzakh. Perkara ini bertepatan dengan pendapat jumhur ulama sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Qurtubi bahawa bahan-bahan api neraka yang didedahkan pada waktu pagi dan petang itu berlaku di alam barzakh. Sebahagian ahli ilmu pula menjadikan ayat di atas sebagai dalil sabitnya azab kubur. Pendapat ini disepakati oleh Mujahid, ‘Akramah, Muqatil dan Muhammad bin Ka‘ab. Mereka mengatakan bahawa ayat di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa azab kubur itu berlaku di alam barzakh. (Al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an, al-Qurtubi: 8/4415-4416)
Imam Ibn Kathir ad-Dimsyaqi menyatakan bahawa Ahli Sunnah menjadikan ayat di atas sebagai dalil yang kukuh berlakunya azab kubur di alam barzakh. Beliau berkata:
Maksudnya: “Ayat ini adalah sebenar-benar sumber mengenai pensabitan Ahli Sunnah terhadap berlakunya azab kubur di alam barzakh”.
3. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Mereka ditenggelamkan (dengan bah taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka”.
(Surah Nuh: 25)
Al-Qurtubi menafsirkan perkataan “dimasukkan ke dalam api neraka” iaitu selepas mereka (kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam) ditenggelamkan. Berkata al-Qusyairi:

Maksudnya: “Inilah bukti (berlakunya) azab kubur (yang berlaku ke atas kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam, ditenggelamkan dengan bah taufan dan pada hari akhirat dimasukkan ke dalam api neraka)”
Dengan perkataan lain sebagaimana riwayat Abu Rauq daripada ad-Dahak bahawa di dunia mereka diazab dengan api neraka sekaligus ditenggelamkan. Yakni mereka ditenggelamkan pada satu sudut dan pada sudut yang lain mereka dibakar di dalam air lautan. (Al-Qurtubi: 9/5187-5188)
Imam an-Nasafi menjelaskan bahawa mereka kaum Nabi Nuh ‘alaihisalam ditengelamkan dengan bah taufan dan dimasukkan ke dalam api neraka disebabkan oleh kesalahan-kesalahan mereka yang banyak. Huruf fa’ dalam ayat ialah )untuk pemberitahuan) iaitu mereka diazab dengan api neraka ketika ditenggelamkan. Inilah dalil dan bukti wujudnya dan sabitnya azab kubur. (Tafsir An-Nasafi: 4/297)
4. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain daripada azab yang tersebut”.
(Surah At-Thuur: 47
Al-Qurtubi menjelaskan dalam tafsirnya bahawa azab itu adalah azab kubur. (At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirat: 152 & Al-Qurtubi: 9/4786). Ini kerana Allah Ta‘ala telah berfirman:

Tafsirnya: “(Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad, dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa”.
(Surah At-Thuur: 45)
Menurut beliau (at-Qurtubi) hari yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah hari terakhir di dunia. Ini adalah bukti bahawa azab yang dihadapi (di dunia) itu ialah azab kubur. (At-Tazkirah: 152)
5. Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)!
(Surah at-Takathur: 1-3)
Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa surah di atas mengandungi perkataan-perkataan tentang azab kubur. Oleh itu beriman dengannya adalah wajib. Inilah pegangan ahli Sunnah wa al-Jama‘ah. (At-Tazkirah: 152 & al-Qurtubi: 10/5540-5541)
Ibnu Jarir at-Tabari pula menjelaskan ayat (sehingga kamu masuk kubur) sebagai dalil atau bukti keshahihan wujudnya azab kubur. Perkara ini disebut dalam beberapa riwayat, antaranya riwayat daripada Zirru bin Hubaisy, daripada Ali Radhiallahu ‘anhu katanya: “Kami masih ragu tentang azab kubur, lalu turunlah surah at-Takathur “. (Jami‘ al-Bayan li Ibn Jarir at-Tabari: 15/362)
Hadis-Hadis Yang Menunjukkan Sabitnya Azab Kubur
Berita dan khabar yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersumber daripada wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu, setiap hamba Allah Ta‘ala wajib mempercayainya dan beriman dengannya. Inilah i`ktiqad orang-orang Islam.
Maka banyak hadis-hadis shahih yang diriwayatkan oleh periwayat-periwayat hadis yang masyhur seperti al-Bukhari dan Muslim secara terang-terang menyebutkan tentang sabitnya kewujudan azab kubur, antaranya:
1. Riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, katanya:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur.
Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut.
Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian?
Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Daripada Aisyah Radhiallahu ‘anha telah berkata: “Telah datang kepada ku dua orang tua Yahudi Madinah sambil berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya ahli kubur itu diazab dalam kubur-kubur mereka.
Aisyah Radhiallahu ‘anha menjawab: “Kamu berdua berbohong dan aku tidak mempercayai kamu lalu kedua orang tua Yahudi itu pun keluar.
Tatkala masuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, aku bertanya kepada Baginda: “Ya Rasulallah! Sesungguhnya dua orang tua Yahudi Madinah telah berjumpa aku dan keduanya menyangka bahawa ahli kubur itu diazab di dalam kubur-kubur mereka.
Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Benar kata-kata kedua orang Yahudi itu, sesungguhnya mayat-mayat itu diazab sehingga didengar akannya oleh sekalian binatang.
(Aisyah Radhiallahu ‘anha) berkata: “Aku tidak melihat Baginda selepas sembahyang kecuali (berdoa) memohon perlindungan daripada azab kubur”.
(Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)
3. Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:
Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara.
Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya”
(Hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari)
4. Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
5. Dalam riwayat Imam Muslim:
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”.
(Hadis riwayat Muslim)

6. Daripada Zaid bin Sabit menceritakan ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melintasi beberapa kubur, Baginda bersabda:

Maksudnya: “Siapa yang mengetahui mayat-mayat di kuburkan ini?
Seorang Lelaki menjawab: “Saya”.
Baginda bertanya: “Bilakah mereka mati?
Lelaki itu menjawab: “Mereka mati ketika dalam kafir”.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya umat ini akan dicuba di dalam kuburnya. Jika tidak kerana kamu tanamkan (mayat-mayat) ini nescaya aku memohon kepada Allah supaya kamu diperdengarkan daripada azab kubur sebagaimana aku dengar daripada kubur-kubur ini.
Kemudian Baginda menghadapkan wajahnya kepada kami dan bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab neraka”.
Mereka berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada azab api neraka”.
Baginda bersabda: “Berlindunglah kamu kepada Allah daripada azab kubur”.
Mereka berkata: “Kami berlindung dengan Allah daripada azab kubur”…
(Hadis riwayat Muslim)
Maka jelas daripada segala hadis yang shahih di atas bahawa azab kubur adalah sabit dan benar dan sekalian umat Islam wajib mempercayainya dan orang yang mengingkarinya pula adalah ditakuti rosak akidahnya.
Al-Imam al-Qadi Ali bin Abi al-‘Izz ad-Dimsyaqi dalam kitab Syarh Thahawiyah berkata: “Dan telah mutawatir segala hadis daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sabitnya azab kubur dan nikmatnya serta perkara soal dua malaikat. Maka wajib beriktiqad akan sabitnya yang demikian itu”. (Syarh al-Aqidah at-Thahawiyah: 2/456)
Adakah Azab Kubur Berterusan Atau Sebaliknya
Ibnu Qayyim al-Jauziyah menyatakan bahawa azab itu ada dua macam iaitu azab yang tetap dan azab yang terputus Azab yang tetap berdasarkan ayat firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam Barzakh)”.
(Surah Ghafir: 46)
Walau bagaimanapun dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta‘ala azab boleh diringankan berdasarkan beberapa hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Antaranya:

1. Riwayat daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, katanya:

Maksudnya: “Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui dua buah kubur.
Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mayat ini sedang diazab dan bukanlah kedua-duanya diazab sebab dosa besar yang terlalu besar. Adapun salah seorangnya tidak bersuci daripada kencing dan yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu Baginda mengambil pelepah buah tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua bahagian. Kemudian Baginda pacakkan ke atas setiap kubur tersebut.
Mereka (sahabat-sahabat) bertanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian?
Baginda menjawab dan bersabda: “Mudah-mudahan diringankan azab kedua-dua mayat ini selama mana kedua pelepah ini belum kering”.
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
2. Riwayat daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu meninggal dunia akan dibentangkan kepadanya tempat duduk pada waktu pagi dan petang. Sekiranya dia ahli syurga maka dia penghuni ahli syurga dan sekiranya dia ahli neraka maka dia adalah penghuni ahli neraka.
Lalu dikatakan kepadanya: “Inilah tempat dudukmu sehingga Allah membangkitkan engkau semula di hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Bukhari)
Manakala azab yang putus ialah seseorang yang diazab dengan api neraka pada suatu waktu yang ditentukan kemudian ia dikeluarkan semula daripada azab tersebut. Sebagai contoh seseorang yang diazab disebabkan dosanya kemudian ia dikeluarkan atau diringankan daripada azab tersebut disebabkan oleh doa, pahala sedekah, pahala haji atau pahala bacaan al-Qur’an yang sampai kepada si mati oleh sanak keluarga atau orang lain. Ini sesuai dengan firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya”.
(Surah al-Baqarah: 255)
Ibnu Abi ad-Dunia menyebutkan satu cerita Abdullah bin Nafi‘ katanya: “Telah mati seorang lelaki daripada orang Madinah lalu aku melihat dia seolah-olah sebagai ahli neraka dan dia sangat berdukacita kerana yang demikian itu. Kemudian selepas beberapa ketika aku melihatnya pula seolah-olah sebagai ahli syurga. Lalu aku bertanya: “Tidakkah engkau berkata bahawa engkau tergolong daripada ahli neraka”. Dia menjawab: “Sememangnya begitu (sebagaimana yang aku katakan kepadamu) kecuali setelah dikuburkan bersama-sama kami ini seorang yang salih dan kerananya telah mendapat syafaat seramai empat puluh orang di sekeliling kuburnya dan aku termasuk daripada mereka yang mendapat syafaat itu”.
Inilah ringkasan perkataan Ibnu Qayyim di dalam kitabnya ar-Ruh mengenai persoalan azab kubur itu berterusan atau sebaliknya. (Ar-Ruh: 107-109)
Kedudukan Hadis Ahad Dalam Hujjah
Ada sebahagian orang yang mendakwa bahawa azab kubur tidak sabit kerana hadis-hadis yang mengkhabarkan keshahihan azab kubur adalah hadis Ahad.
Al-‘Allamah al-Kauthari berkata: “… Kemudian memakai hadis Ahad pada dalil hukum syara‘ adalah sabit dan nyata dengan disokong oleh dalil-dalil qath‘i dan pemutus bahawa hadis Ahad memberi ilmu yakin betul benar isi kandungannya tiadalah ada ragu-ragu padanya walau pun ia dinamakan hadis Tunggal (Ahad), bagaimana telah ditegaskan oleh al-Imam Abul Hasan al-Karkhi dan as-Sam‘aani dalam kitab al-Qawathi‘, al-Imam al-Ghazali dalam kitab al-Mustashfa dan al-Imam Abul Aziz al-Bukhari dalam kitab Syarh Ushul Fakhrul Islam. (Fatwa Mufti Kerajaan: 4/90 (Fatwa Berturut Bil: 71)
Menurut pengarang kitab al-Aqidah al-Islamiyah wa Ususuha bahawa kebanyakan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang sampai kepada kita ialah menerusi jalan Ahad. Jika hadisnya shahih, ia membawa ilmu zanni kepada periwayatannya. Ini memberi faedah bahawa ia difahami pasti datang daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, tetapi tidak seperti akidah kita kepada mutawatir. Walaupun begitu, sesetengah hadis Ahad yang mengandungi persoalan akidah ada yang diterima umat Islam pada zaman awal Islam dengan penerimaan sepenuhnya tanpa bantahan. Hadis Ahad seperti ini meningkat ke taraf “riwayat mutawatir” dengan mengambil kira kandungannya telah diambil dan diterima pakai umat Islam tanpa bantahan. Dengan itu hadis Ahad seperti ini jadilah “mutawatir makna”, dan dari itu pula ia membawa faedah yang sama pada riwayat “mutawatir lafzi”. (Abdul Rahman Hanakah al-Midani: h.37)
Imam Syafi‘e Rahimahullah telah mensabitkan bolehnya berhujjah dengan hadis Ahad sebagaimana terdapat banyak tempat di dalam kitab-kitab beliau khasnya ketika dalam perbahasan atau munazzah. Hadis Ahad dipakai beliau apabila hujjah yang diperlukan tidak dijumpai dalam al-Qur’an, sunnah dan ijmak atau yang semakna dengannya”. (Ar-Risalah: 596-598 & Abu Zuhrah, as-Syafi‘e: 308)
Al-Baqilani pula berkata: “Adalah wajib mengamalkan hadis Ahad jika perawinya bersifat adil dan tidak bertentangan dengan nas yang lebih kuat daripadanya …” (al-Baqilani, At-Tamhid: 164)
Penutup
Berdasarkan fakta atau hujah daripada al-Qur’an, sunnah dan perkataan ulama adalah sabit wujudnya azab kubur. Al-Imam al-Qadi Ali bin Al-‘Izz ad-Dimsyaqi dalam kitab Syarh al-Akidah at-Thahawiyah menyebutkan bahawa telah mutawatir segala hadis daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pada sabitnya azab kubur dan nikmatnya serta soal dua malaikat. Maka wajib beriktiqad akan sabitnya yang demikian dan beriman dengannya. Janganlah kita persoalkan atau bercakap mengenai kaifiyah (caranya) kerana akal tidak akan berhenti pada memikirkannya”. (Syarh al-Akidah at-Thahawiyah: 456)
Imam Abu Hanifah pula menyebutkan di dalam kitabnya al-Fiqh al-Akbar bahawa sempitnya kubur dan azab kubur itu adalah benar kepada mayat kafir sekaliannya dan sebahagian daripada yang derhaka daripada orang-orang yang beriman. (al-Fiqh al-Akbar: )
Maka ada pula dakwaan sesetengah penganut agama dan fahaman yang menyeleweng yang menyangka apabila jasad manusia dibakar dengan api sehingga menjadi abu atau ditenggelamkan ke dasar laut, jasad itu terlepas daripada azab barzakh iaitu azab kubur. Perkara ini telah disangkal dan ditolak oleh Al-Imam al-Qadi Ali bin Al-‘Izz ad-Dimsyaqi dalam kitab Syarh al-Akidah at-Thahawiyah katanya:
“Dan ketahui olehmu bahawa azab kubur itu adalah azab barzakh. Maka sesiapa yang telah mati adalah berhak bagi azab yang tertentu ke atasnya sama ada dikuburkan atau tidak dikuburkan, yang memakan akan dia oleh binatang buas atau hangus terbakar sampai menjadi abu dan diterbangkan ke udara, atau disalib atau tenggelam di laut, nescaya sampailah kepada roh dan jasadnya daripada azab sebagaimana yang sampai kepada mayat yang dikuburkan”. (Syarh al-Akidah at-Thahawiyah: 457)
Dari hujjah dan keterangan ini, maka tertolaklah segala pendapat dan anggapan orang yang mengingkari azab kubur sebagaimana pada akhir-akhir ini turut menyaksikan adanya pendapat dan anggapan yang sedemikian daripada penulis-penulis yang bertopengkan Islam tetapi sebenarnya mengingkari ajaran Islam.