Saturday, November 14, 2009

Mampukah Jais tegas pertahan peraturan?

Oleh Subky Abdul Latif

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas mufti Perlis kerana berceramah agama di wilayahnya tanpa tauliah mengundang kontrovesi malah dipersoal Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.Jais, seperti lain-lain penguasa Islam negeri, ada peraturannya sendiri yang diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional.



Tindakan Jais itu adalah kontrovesi kedua menarik perhatian perdana menteri yang berkuasa. Yang pertama semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, atas arahan mufti Selangoir ketika itu, Datuk Ishak Baharom bertindak menahan tiga wanita Muslim memperaga diri dalam peraduan ratu cantik di Selangor.

Ia mengundang campur tangan perdana menteri, lalu sultan Selangor menamatkan perkhidmatan Ishak yang kontraknya baru saja dibaharui.

Ada juga tindakan Jais yang menjolok mata tetapi tidak disensasikan sebelum Selangor diperintah Pakatan Rakyat seperti meroboh bangunan persendirian di Bangi yang dijadikan tempat pengajian dan ibadat. Kesnya tokoh agama yang bukan penyokong Umno seperti Datuk Dr. Haron Din diundang berkuliah.

Pernah juga surau membatalkan ceramah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang atas arahan Jais.

Semuanya itu berlaku kerana Jais ada peraturannya sendiri dan ia cuba menguatkuasakan apa yang diperaturankan. Begitu juga dengan yang terbaharu, menahan Asri berceramah tanpa tauliah sekalipun ilmunya mungkin lebih tinggi dari mufti Selangor. Asri sudah dihadapkan ke mahkamah. Dakwaan belum disebutkan kecuali dia tidak ada tauliah.

Ulas perdana menteri, mengapa dia ditahan sedang ramai penceramah lain tidak ditahan? Mungkin Jais melihat ulasan perdana menteri itu seperti bantahan seorang kerana melanggar lampu isyarat jalan, mengapa dia saja ditahan sedang ramai lagi yang melanggar lampu isyarat tidak ditangkap? Polis dan hakim tidak melepaskan orang itu atas bantahannya itu.

Isu yang ditimbulkan selepas penangkapan Asri ialah apa pentingnya tauliah bagi orang sudah jelas ada kelulusannya? Lulusan Azhar dan lain-lain institusi pengajian tinggi Islam, pensyarah Islam universiti dan pernah jadi mufti, perlu tauliah lagi? Bahkan Asri yang pernah jadi mufti tentunya juga pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Kebangsaan?

Logiknya tauliah itu dulu bagi menentukan tahap ilmu dan keupayaan guru-guru agama lepasan pondok. Tidak diketahui berapa lama mereka mengaji dan apa yang dipelajarinya? Mereka tidak memegang sijil. Dan bagi memastikan tiada guru ajaran sesat.

Ada pendapat mengatakan asalnya tauliah itu dikuatkuasakan oleh Mustafa Kamal Ataturk di Turki bagi menentukan yang mengajar hanya yang akur kepada ajaran duniawi Mustafa Kamal.

Memang kukuh hujah orang lulus Azhar seperti Haron Din dan Nik Aziz, apa perlunya tauliah.

Tetapi yang menyelubungi persekitaran Asri, bukan tentang tahap ilmunya, bahkan pertembungan dan pertempuran minda sesama penceramah agama sekarang.

Asri mewakili golongan ulama yang tidak terikat dengan mazhab sedang mazhab rasmi Malaysia kecuali Perlis ialah Mazhab Syafie.

Banyak kejadian di kuliah-kuliah maghrib di surau dan masjid guru-guru agama berbalas hujah tentang apa yang dikatakan bidaah oleh seorang tok guru, bukan bidaah oleh tok guru yang lain.

Wujud suasana panas tentang fahaman Wahabi dan bukan Wahabi. Isu qunut Subuh, tahlil dan talkin, membaca Yasin malam Jumaat menjadi pertikaian. Ia mengelirukan orang awam.

Ia mengembalikan suasana seperti hampir 100 tahun dulu pertempuran fahaman kaum tua dan kaum muda. Para ulama bertempur sesama sendiri. Di Indonesia ditegakkan gerakan Muhamadiah bagi mengembangkan fahaman kaum muda. Kemudian tumbuh pula Nahdatul Ulama yang asalnya mempertahankan mazhab Syafie.

Pertikaian kaum tua dan kaum muda reda. Tok Guru Nik Aziz hampir sepuluh tahun lalu, dalam seminar mengenai mazhab Imam Syafie di sebuah universiti di wilayah selatan Thailand ditanya oleh ulama setempat tentang rahsia kontrovesi kaum tua dan kaum muda itu dapat diselesaikan. Hingga masa itu isu itu masih panas di kalangan umat Muslim di sana.

Jawabnya, kami bersepakat menghadapi Umno yang tidak pedulikan Islam. Golongan yang saling bertentangan mahu menegakkan Islam. Yang tidak peduli hanya Umno. Maka masing-masing bersama dan bersatu dalam PAS menghadapi satu musuh iaitu Umno.

Al-Marhum Ustaz Datuk Fadzil Noor mengingatkan penyokong-penyokong PAS supaya jangan sama sekali membangkitkan isu-isu yang berlegar sekitar perbalahan antara kaum tua dan kaum muda dulu, kerana pertikaian seperti itu mengundang perpecahan sesama umat Islam.

Baginya kedua-dua pihak ada hujah yang kukuh tentang pegangan masing-masing. Jangan satu pihak menyalahkan pihak yang lain. Masyarakat merasa aman apabila ia terbendung sendiri. Tiada siapa untung jika ia dibangkitkan, bahkan ia menguntungkan musuh Islam.

Tetapi isu perbezaan fahaman ini berkembang panas dan mulai merata. Maka Jais yang diberi tanggungjawab menjaga kesejahteraan Islam dan umatnya di Selangor memulakan tindakannya terhadap Asri. Ia menghadapi teguran banyak pihak termasuk perdana menteri.

Dapatkah ia bertahan mempertahankan peraturannya?

APA MUNKEE INI CAKAP

YANG MATI INI BUKAN RAKYAT?



JANGAN POLITIKKAN TRAJEDI JAMBATAN GANTUNG KUALA DIPANG -melayau

Tragedi jambatan gantung runtuh yang mengorbankan tiga murid di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar di Kuala Dipang baru-baru ini, tidak wajar dijadikan isu politik oleh pihak tertentu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jika tragedi tersebut dijadikan isu politik, ia boleh memberi kesan psikologi serta trauma kepada mereka yang terbabit terutama kalangan para guru terlibat.

"Ada pihak menuduh guru bersalah dalam apa yang berlaku dan ini menyebabkan trauma kepada guru terlibat.

KAH KAH KAH….

woit… NAK POLITIK KAN MACAM MANA?.... kah kah kah…

kah kah kah… TIGA NYAWA TERKORBAN… kah kah kah…

woit… MEMANG LAH ISU INI ISU POLITIK… kah kah kah..

kah kah kah... INI ISU RAKYAT... kah kah kah..

kah kah kah... CAKAP RAKYAT DI DAHULUKAN... BUKAN DI TENGGELAM KAN...kah kah kah

kah kah kah… INI BETUL BETUL NAK MENIPU MELAYU…kah kah kah…

kah kah kah… BILA PULAK GURU BESAR DI SALAHKAN …kah kah kah…

kah kah kah…SATU MALAYSIA NAK TAHU INI PROJEK SIAPA?... kah kah kah…

kah kah kah …SIAPA KONTREKTOR BUAT JAMBATAN INI?... kah kah kah..

woit… JANGAN ALIH ALIH CERITA… kah kah kah...

kah kah kah..BUAT CERITA GURU BESAR… GURU KECIL… GURU SEDANG…kah kah kah…

woit… BILA NAK TANGKAP KONTREKTOR… INI KES BUNUH…kah kah kah..

Disalin dari http://tukartiub.blogspot.com/

KOMUNIS CINA DISAMBUT CHIN PENG PULA DIHALANG?

Setiausaha Agung Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wong Ruen Yuan berasa kesal dan kecewa dengan jawapan "Chin Peng masih musuh (bayangan) negara", oleh Timbalan Menteri Pertahanan Abdul Latiff Ahmad, ketika menolak pemohonan Chin Peng untuk kembali ke tanah air.

Wong Ruen Yuan berkata, kerajaan kita menyambut secara besar-besaran ketibaan Setiausaha Agung Parti Komunis China, parti komunis terbesar di dunia, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Militari Pusat (Central Military Commission of CCP), Hu Jintao, tetapi mengapa tidak membenarkan seorang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali ke tanah airnya?

Beliau berkata, Chin Peng kini ialah orang tua yang tidak bersenjata, dengan usia melebihi 80 tahun, boleh dikatakan tiada ancaman langsung. Takkan Kementerian Pertahanan negara kita yang dilengkapi dengan senjata moden perlu takut kepadanya? Ini tidak masuk akal langsung!

Wong berkata, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian pendamaian dengan PKM pada tahun 1980-an. Malah, PKM telah pun menyerahkan senjata. Sesetengah anggota PKM telah kembali ke tanah air, sementara ada pula yang bermastautin di negara Thai. Bekas anggota PKM tidak berpengaruh, malah tidak memberi ancaman kepada negara kita sepanjang tahun-tahun ini. Nampaknya pemikiran pegawai dalam Kementerian Pertahanan masih berada di zaman 1970-an dan 1980-an, tidak maju langsung.

Wong berharap, kerajaan tidak harus sentiasa berada di tempat asal dan tidak maju ke depan. Sebaliknya, kerajaan harus membuka dada untuk menunjukkan bahawa kerajaan terbuka dan toleransi, dengan membenarkan Chin Peng (gambar kiri) kembali ke tanah air untuk hari-hari terakhirnya. Langkah ini akan meningkatkan imej negara tanpa mengundang sebarang keburukan.

Wong berkata, musuh utama kita ialah peragut, sindiket jenayah, pendatang asing tanpa izin yang berkelakuan jahat. Merekalah musuh rakyat dan sasaran polis atau tentera. Adalah tidak wajar, apabila kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap musuh yang sebenar, tetapi mengambil tindakan terhadap "musuh bayangan".

*Kenyataan media oleh Wong Ruen Yuan, Setiausaha Agung Gerakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diterjemah daripada edisi bahasa Cina.

Sokong Pakatan Rakyat atau sentimen "Asal Bukan Umno" (ABU)?


Benarkah banyak orang mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 kerana bukan sangat menyokong PAS, DAP atau KeADILan, tetapi sebab menolak Umno? Maknanya mereka memilih tidak kira siapa asalkan calon pilihan raya itu bukan Umno. Asal bukan Umno atau ABU.

Disebut sebagai asal bukan Umno dan bukannya asal bukan Barisan Nasional kerana kebencian dan kemarahan pengundi, tidak kira Melayu, Cina atau India, pada Umno. Justeru, mereka menyokong PAS, DAP atau KeADILan.

Hakikatnya kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 mempunyai banyak faktor. Walaupun terdapat sebahagian pengundi memilih PAS kerana ABU tetapi tentunya tidak semua berbuat demikian.

Ada banyak yang sememangnya memilih PAS kerana mendokong parti itu, serta program-programnya. Atau fahamannya, atau budaya serta para pemimpinnya.

Kalau dilihat setiap kawasan pilihan raya, tidak boleh dinafikan bahawa terdapat calon-calon PAS yang jauh lebih baik daripada Umno dan mereka menang.

Dalam hal ini pengundi memilih calon berkenaan dan bukannya parti. Tidaklah pula mereka memilih seseorang asal bukan Umno. Ini kerana calon itu begitu kuat, walaupun katakan seseorang pengundi tidak begitu cenderung untuk menyokong PAS.

Justeru, dalam memilih calon untuk disokongnya, terdapat banyak faktor yang terlibat. Lain pengundi, lain pula motivasinya. Untuk mengatakan bahawa orang memilih PAS kerana menolak Umno adalah suatu yang simplistik.

Kajian sememangnya boleh dibuat, dan daripada angka-angka itu hendak ditunjukkan bahawa orang muda menolak Umno, dan mereka memilih PAS hanya kerana tidak mahu Umno. Tetapi untuk mengatakannya secara menyeluruh, ia adalah tidak wajar, dan merupakan satu mitos.

Bagi diri penulis, sebagai pendokong PAS sejak tahun 1982, tentunya tidak pernah timbul mengundi parti Islam dalam pilihan raya 2008 kerana menolak Umno.

Sebagai pendokong, PAS jiwa penulis adalah memihak kepada pembangkang. Tidak kira siapa, asalkan ia menolak Barisan Nasional pimpinan Umno. Adakah penulis mengundi sepanjang hidup ini kerana asalkan bukan Umno?

Dalam pilihan raya tahun 1982, di kawasam penulis, yang bertanding ialah DAP, yang dilawan MCA. Penulis sebagai pendokong PAS, iaitu pembangkang memilih DAP. Pada zaman di mana PAS dan DAP menentang dengan keras pada satu sama lain. Semasa itu orang belum terfikir tentang Barisan Alternatif apatah lagi Pakatan Rakyat.

Dari satu segi, sememangnya penulis memilih DAP kerana asalkan bukan BN kerana dokongan adalah pada pihak pembangkang. PAS pula adalah pembangkang. Kawasan itu terus dipegang oleh DAP termasuk dalam pilihan raya umum lalu.

Pada pilihan raya umum 1986, penulis berpindah kawasan. Di kawasan penulis, yang bertanding adalah PAS lawan Umno. Itu mudah kerana penulis memilih PAS, walaupun kalah di kawasan itu. Pada tahun 1990 dan 1995, PAS terus bertanding menentang Umno. Penulis tetap mengundi untuk PAS. Tetapi PAS terus kalah di kawasan itu. Tetapi undi bertambah setiap kali pilihan raya umum pada tahun 1999 dan 2004.

Tetapi pada tahun 2008, buat pertama kali PAS mengalahkan Umno. Adakah pengundi memilih PAS hanya kerana asal bukan Umno? Sedangkan jelas setiap kali pilihan raya umum, undi bagi PAS terus bertambah.

Pada tahun-tahun itu, penulis sudah berpindah kawasan. Di kawasan baru ini, dalam pilihan raya umum tahun 1999 dan 2004, PAS bertanding menentang Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri dan KeADILan di kerusi Parlimen. Seperti biasa penulis memilih PAS dan KeADILan.

Penulis memilih KeADILan bukan kerana ia sekutu PAS. Parti itu dipilih kerana ia adalah pembangkang. Katakan KeADILan memusuhi PAS, penulis tetap memilih KeADILan. Begitu juga kalau DAP yang bertanding. Penulis mengundi DAP. Iaitu kalau PAS tidak bertanding.

Pada tahun 1999, buat pertama kalinya PAS dan KeADILan menang di kawasan-kawasan itu. Dalam pilihan raya tahun 2004, penulis sekali lagi memilih PAS dan KeADILan di kawasan itu. Tetapi kali ini Umno menang untuk kedua-dua kerusi. Namun pada tahun 2008, PAS dan KeADILan menang semula.

Dalam pilihan raya kali ini, anak sulung penulis sudah boleh mengundi. Dia memilih PAS dan KeADILan. Sebab apa? Dia berasa bahawa BN dan Umno sudah tidak wajar diberikan sokongan. Kalau DAP yang bertanding, adakah dia menyokong? Katanya, dia memihak kepada pembangkang. Dan sekarang kepada Pakatan Rakyat. Kalau Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding? Dia memilih parti itu. Adakah pemilihannya kerana asal bukan Umno atau asal bukan BN?

Bagi dia, tidak. Sememangnya dia menolak Umno dan BN. Tetapi dia memilih Pakatan Rakyat bukannya kerana menolak BN. Sememangnya dia menyokong Pakatan Rakyat. Tetapi bukannya PAS, DAP atau KeADILan. Malah bukan kerana pembangkang pun.

Dia memilih PAS, DAP dan KeADILan kerana fahaman parti-parti itu yang segar, bersih dan bebas, walaupun banyak masalah. Apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan, dia gembira kerana akhirnya ketiga-tiga parti itu menyerlahkan fahaman bersama. Baginya ia berbeza daripada BN. Generasi muda sememangnya memilih Pakatan Rakyat, dan bukannya asal bukan Umno.

Perang tiga penjuru di gelanggang internet

Malaysiakini akan menyambut ulang tahun ke-10 pada 28 November tahun ini. 10 tahun yang lalu, Malaysiakini memasuki gelanggang media pada hari penamaan calon PRU ke-10, dalam suasana laungan "reformasi" bergema di udara.Media internet ini bukan sahaja tidak tertumbang, malah mendapat nafas baru dalam tempoh satu dekad ini, menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban di Malaysia.



Sepanjang 10 tahun ini, pemerintah menyerang Malaysiakini, pada masa yang sama melabel gelanggang media internet sebagai "pro-pembangkang" atau "anti-kerajaan".

Malah, sebelum PRU ke-12, label sedemikian telah menjadi lumrah sehingga pihak pembangkang sendiri menganggap Malaysiakini sebagai “gelanggang pembangkang”.

Selepas PRU ke-12, bekas Pengerusi BN Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa "perang-siber" (cyberwar) mengakibatkan kekalahan BN di lima negeri. Ramai antara Pakatan Rakyat turut menganggap cyberwar ini salah satu punca kemenangan PR.

Namun, selepas PRU ke-12, terdapatnya kesan-kesan yang menunjukkan bahawa gelanggang internet juga bagaikan air laut yang dapat mengapungkan perahu, malah bisa mengaramkan perahu.

20 bulan selepas PRU ke-12, gelanggang internet, terutamanya media dan blog, seandai dilihat dari segi kuantiti dan kandungannya, mungkin menyanggah sendiri label yang dilontarkan terhadap media internet. Jikalau kita meneliti tulisan dalam gelanggang internet dari segi kandungannya, "pro-pembangkang" sebenarnya tidak bersamaan dengan "anti kerajaan".

Sebaliknya, wacana yang mendominasi gelanggang internet ini, kini cenderung menuju ke arah "mengkritik kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang".

Kuasa tiga penjuru

Mungkin kita boleh mengandaikan wujudnya tiga kuasa yang saling menyaingi di gelanggang internet, dan bakal menjadi salah satu ciri-ciri keistimewaan pada PRU yang akan datang. Kuasa pertama yang dimaksudkan adalah "mengkritik kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang". Kuasa ini memperlihatkan peralihan gelanggang internet kepada "kuasa baru sosial" setelah melalui 10 tahun, dan juga merupakan usaha masyarakat sivil untuk membebaskan diri dari kongkongan lama.

Kuasa kedua adalah "gelanggang BN", terutamanya cyber-trooper yang terdiri daripada orang UMNO, sama ada dalam bentuk media mahupun blogger. Bos di sebalik tabir semuanya kaya dan berkuasa. Dalam "gelanggang BN" ini, elit UMNO bukan sahaja menguasai maklumat dalaman, malah telah mengambil iktibar daripada PRU ke-12, bahawa pengabaian terhadap cyberwar bakal mengundang malapetaka. Dalam PRU yang akan datang, "gelanggang BN" ini bakal menunjuk kekuasaan politiknya di medan internet buat kali pertama dalam cyberwar.

Kuasa ketiga adalah gelanggang PR yang nampaknya kukuh tetapi rapuh ketika diserang -- rapuh kerana andaikan "kritikan terhadap pemerintah bersamaan dengan sokongan kepada pembangkang"; rapuh kerana usaha kurang memuaskan dalam membina "gelanggang PR" yang mampu memberi cabaran kuat kepada "gelanggang BN".

Dengan kata lain, antara tumpuan PRU yang akan datang, cyberwar bukan lagi berada dalam senario "sekadar mengkritik kerajaan", tetapi bakal wujudnya situasi saling mengimbangi antara ketiga-tiga kuasa di atas.

Namun, antara ketiga-tiga kuasa tersebut, "gelanggang kritikan" (terhadap kedua-dua pemerintah dan pembangkang) sudah memiliki kekuatannya tersendiri, malah "gelanggang BN" pula disokong dengan wang dan kuasa. Sebaliknya, "gelanggang PR" pula jelas dilihat lebih lemah dalam senario sedemikian.

UMNO bangkit, PR termusnah?

Sejarah selalunya sinis terhadap dirinya. Reformasi sosial mengorak langkah ke depan, tetapi penggerak reformasi kadang kala pula jahil, malah gagal mengenalpasti masalah dalam proses perubahan ini.

Maka, penggerak reformasi sosial perlu mengatur semula langkah, mempercepatkan langkahnya, ketika berdepan dengan batas untuk melaksanakan perubahan. Kalau tidak, medium reformasi bakal menjadi saksi untuk melihat bagaimana penggerak reformasi itu tertumbang sendiri.

PR tidak boleh membuaikan dirinya dalam "gelanggang kritikan" yang lalu. PR perlu menunjukkan kekreatifan dan berpijak ke tanah untuk bertindak, mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU yang bakal menjelang dalam masa 20 bulan atau lebih awal. Kalau tidak, PRU yang akan datang mungkin menyaksikan kebangkitan UMNO dan kemusnahan PR dalam perang siber yang akan datang.

*Sedutan daripada artikel berjudul "Malaysiakini, Pakatan Rakyat, Pancung!" dalam Merdekareview, edisi bahasa Cina. Ooi Heng ialah penganalisa politik. Tulisan itu diterjemahkan dan disunting Lim Hong Siang.