Sunday, November 22, 2009

Malaysia Yang Unik

"DiMalaysia memang banyak keunikkan dan kepelikkan dan kerana keunikkan inilah maka ramai pelancong berminat untuk datang melancong ke Malaysia.Mari kita lihat beberapa contoh antara keunikan Malaysia :

1. Orang yang merompak boleh lepas bebas,tapi orang yang melaporkan ada orang merompak boleh kena tangkap,kena dakwa dan ada peluang cerah untuk masuk penjara.

2. Orang yang membunuh adalah dianggap mulia dan tidak bersalah,tetapi orang yang melaporkan bahawa ada orang kena bunuh dan sipolan adalah pembunuh memang ada harapan untuk kena tangkap,kena dakwa dan silap-silap kena hukum gantung.

3. Orang yang membangkitkan isu perkauman tidak diapa-apakan tetapi sebaliknya orang yang melaporkan orang yang mengapi-apikan perkauman boleh ditahan dibawah ISA.

4. Orang yang memberi dan menerima rasuah memang tidak akan ditangkap tetapi orang yang melaporkan bahawa ada orang yang memberikan rasuah boleh kena tangkap,boleh kena dakwa dan silap haribulan boleh kena penjara.

5. Orang yang berbohong dan dah mengaku bahawa dia berbohong dilepaskan tanpa dikenakan sebarang tindakkan tetapi orang yang mempertikaikan keputusan tidak mengambil tindakkan kepada orang yang berbohong boleh kena tindakkan.Begitulah menariknya Malaysia negara kita yang tercinta,dan pastinya perkara-perkara tersebut tidak terdapat dinegara-negara lain didunia ini kecuali negara Malaysia nan indah ini.Unik memang cukup unik.

Adalah lagi beberapa keunikkan yang memang tidak terdapat dinegara lain,mari kita lihat beberapa contoh yang lebih unik dan lebih pelik,ia itu sebagaimana berikut :

1. Badan Kehakiman diketuai oleh orang yang jelas2 mengaku mengamalkan rasuah dan masih selambe je memegang jawatan tersebut tanpa rasa malu tanpa rasa hina.

2. Polis kita pulak dipergunakan sepenuhnya untuk kepentingan penyangak-penyangak yang berada ditahta pemerintahan.

3. BPR cuma menjadi pak turut,bila ada laporan rasuah dia buat pekak,hakim terang2 dah mengaku pernah mengamalkan rasuah dia buat sadin je,alasannya sebab tak de laporan,tapi bila Tok Guru Nik Aziz mengaku pernah ada yang cuba sogok beliau,BPR pun laju je terkam turun ke Kelantan untuk siasat.

Begitulah yang ada diMalaysia,aku pun kadang2 tak tau nak komen apa lagi dengan situasi yang berlaku dinegara kita tetapi aku hanya mampu berdoa semuga keunikkan dan kepelikkan ini akan segera lenyap dan keadaan akan kembali adil,itulah harapan aku dan aku yakin ianya juga merupakan harapan semua rakyat malaysia yang mempunyai akal yang sihat.

Cucu Tok Ayah

Royalti: Pahang Dah Nak Join Kelantan

Oleh YB Dato' Hj Husam Hj Musa

Saya amat gembira hari ini. Selepas Tok Guru Nik Aziz membangkitkan sense of natural justice - dalam isu royalti minyak - ADUN BN Pahang telah menyambutnya.

ADUN Padang Tengku dari BN, Datuk Abdul Rahman Mohamad meminta Kerajaan Pahang menuntut royalti minyak kerana hasil minyak yang digali di perairan Terengganu mungkin dari kawasan negeri Pahang - menunjukkan jiwa menuntut keadilan itu ada di mana-mana.

Hari ini ia tersembunyi, lama kelamaan, ia tidak tertahan lagi.

Sinar Harian selanjutnya melaporkan;

Abdul Rahman ketika membahaskan Bajet Kerajaan Negeri Pahang 2010 berkata, satu syarikat konsultan perlu dilantik bagi mengkaji perkara itu dalam usaha meningkatkan pendapatan baru Kerajaan Negeri yang sudah 12 tahun mengalami bajet defisit.

“Terengganu diberi royalti minyak, Kelantan juga diberi peruntukan ihsan, kenapa Pahang tidak diberi, Pahang juga berhak,” katanya pada Persidangan Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di sini, semalam.

Abdul Rahman berkata, kebanyakan pelantar cari gali minyak di Terengganu bersempadan dengan Pahang dan tidak mustahil minyak yang digali itu disedut dari kawasan perairan Pahang.

Jika nasihat saya ditanya, cuba lihat kemungkinan fenomena 'horizontal drilling' antara Pahang dan Terengganu. Undang-undang antarabangsa menetapkan pembahagian 50:50 kiranya fenomena itu benar berlaku. Peluang Pahang mendapatkan sama nikmat khazanah minyak masih terbuka.

Royalti - itu yang dituntut oleh ADUN BN sendiri. Wang ehsan tak main. Itu hanya silap mata UMNO.

Kalau Pahang yang belum tentu ada atau tidak minyaknya pun nakkan royalti dan bukan wang ehsan, bayangkan apa perasaan rakyat Kelantan yang memang berhak dan terhak.

Jika balak, hasil terbesarnya untuk negeri dan hanya sedikit ses dan cukai untuk Persekutuan. Begitu juga emas dan hasil logam yang lain. Kenapa pula minyak, Kerajaan Persekutuan dapat hasilnya sedangkan setiap titik minyak dan gas adalah berada di bumi Negeri? Persekutuanlah yang patut menerima ehsan Negeri dan bukannya Negeri tertakluk kepada ehsan Persekutuan.

Syabas Pahang! Nampaknya Petronas kena lebih telus dan terbuka tentang telaga-telaga pengeluarannya di seluruh negara. Penyata pengeluaran harus dibentangkan sama di Parlimen.

Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib

Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.



Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

"Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata beliau.

Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.

Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.

Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.

Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu.

Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5).

Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada 3 Julai 2008 adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam.

Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya.

Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris.

Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis.

Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri.

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya?

Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai.

Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya?

Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.

Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!