Showing posts with label Mahafiraun. Show all posts
Showing posts with label Mahafiraun. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Bersih 2 : Air mata saya mengalir demi tanahair ini-Paderi

Oleh ps joeann

Saya seorang paderi, malah seorang paderi perempuan.Walaupun saya tidak pernah menyertai perhimpunan sebelum ini, namun saya amat prihatin terhadap senario negara. Lebih-lebih lagi, negara kita seakan-akan keparahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemarahan meruap-ruap dalam hati saya. Maka saya mula mempertimbangkan sama ada turun ke jalan raya atau tidak kali ini.



Demi masa depan negara, dan supaya saya tidak kesal kemudian, maka saya mengambil keputusan untuk turut serta. Ia berlaku dua minggu sebelum tarikh perhimpunan berlangsung. Hati saya tidak tenang sejak itu.

Saya meronta-ronta dalam hati saya. Ketakutan, kontradiksi bergelut dalam diri saya.

Ini kerana identiti saya. Sekumpulan artis berada di bawah jagaan saya. Mereka juga tersentuh dengan keadaan sedemikian, namun mungkin ada yang menganggap mereka tidak sesuai untuk hadir aktiviti sedemikian kerana identiti mereka sebagai orang awam. Dan mungkin ada yang menganggap saya sebagai seorang paderi, hanya perlu menasihat agar mereka berdoa dalam rumah.

Namun demikian, selain identiti sebagai artis, mereka adalah warga sivil negara ini juga, dan mereka bertanggungjawab untuk mempertahankan negara ini.

Air mata saya mengalir...

Dalam dilema sedemikian, saya berdiam diri ketika berdepan dengan mata mereka yang mahu mendapatkan jawapan daripada saya. Saya tidak menggalakkan secara langsung, tapi juga tidak menghalang secara terbuka. Di samping itu, saya mendidik mereka, berkongsi dengan mereka senario dalam negara kita. Apa itu BERSIH 2.0? Apakah lapan tuntutan tersebut? Apakah tujuan perhimpunan tersebut...

Saya berharap mereka akan memahami sepenuhnya, menggunakan kematangan diri untuk menilai dan membuat keputusan, sama ada hadir atau tidak.

Sehingga sehari sebelum perhimpunan, dua orang artis menyatakan keputusan mereka untuk menyertai. Dan saya pun mendedahkan hasrat saya untuk hadir. Mereka agak terkejut, kerana paderi yang tidak menunjukkan pendirian pada hakikatnya sudah bersedia untuk berdepan dengan apa yang mungkin berlaku.

Pada hakikatnya, saya bukannya berani, saya juga ketakutan.

Malam sebelum perhimpunan, hati saya tidak tenang. Tak lena tidur saya. Ketika saya berdoa untuk tanah air yang mana saya lahir dan membesar, air mata saya mengalir. Hati saya berat sekali.

Saya bangun dari tidur pada jam 5 pagi, 9 Julai. Saya bersembahyang, mendoakan agar perhimpunan aman ini berjalan dengan lancar.

Pelan A,B, C

Pada jam 9 pagi, saya bersarapan dengan dua orang artis, sambil berbincang bagaimana menembusi sekatan ke dalam bandar, malah kami mempunyai pelan A, B, dan C! Akhirnya kami mengambil pelan A, masuk ke bandar dengan kereta, dan pergi ke rumah seorang kawan yang berdekatan dengan Stadium Merdeka.

Tanpa diduga, polis memberi laluan kepada kami. Hallelujah! Tuhan mendengar doa kami!

Kami memasuki sebuah bandar yang sepi, lancar, dan dingin. Rasanya cukup pelik.

Orang ramai menyuntik semangat

Kami singgah di rumah kawan sehingga kira-kira jam 1 tengah hari, kemudian bertolak dengan resah dan gelisah. Kami tiba di bangunan Chan See Shu Yuen (bertentangan dengan Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor), mendapati jalan memasuki Stadium Merdeka telah disekat dengan dawai besi, dan beberapa orang polis, pemerhati dari Majlis Peguam berada di situ. Kami tidak nampak orang ramai di situ.

Kira-kira 20 minit kemudian, hujan turun dengan lebat. Pada ketika inilah kami nampak kumpulan orang berganding tangan berjalan dari arah Masjid Negara dan Jalan Petaling menuju ke arah kami. Walaupun orang tidak ramai di pihak kami, namun hati saya disuntik semangat setelah nampak mereka. Kami menyambut mereka dengan tepukan.

Tiba-tiba saya menjadi cemas pula. Saya memanjangkan leher saya untuk melihat apa yang berlaku, walaupun dengan ini saya yang berteduh di bawah jambatan akan dibasahi hujan.

Namun, tiba-tiba mereka berhenti, dipercayai dihalang polis. Saya nampak ramai orang berganding tangan dalam air hujan yang mencurah. Hati saya panas, dan mengeluh, apa yang telah kita lakukan? Mengapa negara ini bertindak sedemikian terhadap rakyat jelatanya?

Sejenak kemudian, mereka bergerak lagi ke depan dengan perlahan-lahan, dan akhirnya berdiri di hadapan dawai besi. Kini, polis juga berganding tangan menjadi satu barisan, bersemuka dengan peserta demonstrasi. Jarak mereka adalah dekat, boleh menyentuh satu sama lain jika menghulurkan tangan. Mujur kedua-dua pihak berjaya mengawal diri, dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.

Kawal diri

Pada ketika ini, hujan semakin lebat, semua orang basah kuyup dibuatnya. Namun kita terus melaungkan slogan. Ada yang memakaikan baju kuningnya. Kita hanya mahu menunjukkan kuasa rakyat.

Pada masa itu, saya berhubung dengan kawan saya yang berada di Hospital Tung Shin. Beliau berkata keadaan di sana sangat sengit. Gas pemedih mata dan meriam air berkimia dilepaskan. Saya amat gelisah dan tidak berhenti mendoa. Malah ada seketika kawan yang berada di hujung talian panggilan sana menjerit, kemudian talian putus. Hati saya menjunam, hanya mendoakan agar ini tidak berlaku apa-apa terhadapnya. Hati saya lega apabila beliau memanggil balik untuk melaporkan bahawa dirinya selamat.

Demikianlah yang berlaku di tempat saya berada pada 9 Julai. Hati saya terkapai-kapai. Cemas, lega, kemudian resah... Hanyut tenggelam mengikut perkembangan yang berlaku. Tiada rempuhan, tiada bahasa kesat dikeluarkan di tempat saya berkumpul, malah seorang pemimpin mengulangi peringatan bahawa perhimpunan ini adalah aman.

Ada masanya sesetengah yang berdoa, dan kami pun menyertai bersama. Biarlah kita serah kepada Tuhan untuk menentukan. Hati saya kembali damai. Semoga Tuhan bersama kita untuk berdepan dengan segala ini.

FRU muncul untuk menangkap orang ketika kami bersedia untuk bersurai. Keadaan menjadi cemas ketika itu. Artis saya menarik saya untuk menyeberangi jalan. Kasut saya rosak pada saat-saat itu. Tapi saya tidak peduli, berlari untuk meninggalkan tempat kejadian. Mujur kami tidak ditangkap. Tercungap-cungap kami dibuatnya. Perhimpunan BERSIH 2.0 berakhir dalam suasana cemas berbaur ghairah.

Hati saya masih tersentuh

Setelah kembali ke rumah, saya melayari laman internet. Gambar, tulisan, klip video yang dimuatnaikkan ke laman internet tetap menyentuh hati saya. Rupa-rupanya tempat saya berada kemungkinan tempat yang paling "aman". Tiada gas pemedih mata dan meriam air berkimia, dan tiada keganasan yang berlaku.

Namun, saya tetap marah apabila mendapati keganasan berlaku di tempat perhimpunan yang lain. Mereka hanyalah rakyat jelata tanpa senjata, mengapa dilayan sebegini? Apakah polis tidak mempunyai saudara-mara atau adik-beradik? Bagaimana mereka sampai hati untuk menggunakan kekerasan sedemikian?

Untuk saya, tujuan perhimpunan ini bukan sahaja menyedarkan masyarakat Malaysia, malah menarik tumpuan seluruh dunia. Ini perhimpunan aman, tiada kereta yang dibakar, tiada kedai yang dirompak, tiada seorang pun anggota polis dicederakan, tiada orang yang menangguk di air keruh. Yang ada semangat tolong-menolong ketika berdepan dengan serangan tanpa simpati. Kita mengawal diri dengan baik. Bukankah ini makna sebenarnya Satu Malaysia?

Sebagai seorang paderi, saya gembira apabila mengetahui ramai penganut kristian yang hadir dalam perhimpunan. Saya harap lebih ramai penganut kristian akan tampil ke depan, mencintai negara kita dengan tindakan kita!

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada dua orang artis yang bersama saya. Keberanian mereka, semangat patriotik mereka, telah diterjemahkan kepada tindakan, bersama menyaksikan sejarah ini. Semua pejuang yang berani, dari semua kaum, terima kasih kerana keberanian anda, membubuh tanda noktah yang sempurna dalam perhimpunan ini, semoga Tuhan memberkati anda semua!

Wednesday, November 25, 2009

PERHATIKAN BETUL BETUL - ADA BERAPA MOTIF LAMPU JALAN DALAM SATU JALAN INI?

PERHATIKAN BETUL BETUL - ADA BERAPA MOTIF LAMPU JALAN DALAM SATU JALAN INI?




nota:
disiarkan kembali kedua-dua tulisan
agar pembaca dapat mengetahui
apa sebenarnya yang sedang
cuba diterangka
.( TT)

KUASA, TANDA, DAN MAKNA ISTANA SAEKOR LIPAS

Hishamuddin Rais
Oct 10, 2003

(Semiotik ialah ilmu untuk memahami cara manusia berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan tanda, simbul dan signal. Ilmu semiotik ini muncul bila manusia ingin memahami tanda dan makna bangunan hasil dari seni bina. Ilmu ini juga digunakan untuk memahami dan mengkaji gambar/lukisan/filem. Teori filem mis en scene - atau apa yang didalam bingkai - hanya dapat difahami melalui pendekatan semiotik.)


Putrajaya telah dinobatkan sebagai ibu kota kepada Malaysia. Sama seperti Canberra, Islamabad, New Delhi atau Brazilia - semua kota-kota ini direka secara terancang, untuk dijadikan ibu kota baru. Apa yang menarik terhadap kota-kota ini ialah ianya dibangunkan secara artifisial - tidak natural - seperti kota-kota yang terdahulu.

Kota-kota tua dan kuno bangun secara tersendiri kerana kepentingan ekonomi manusia. London, Paris, New York, Lisbon, Athens, Baghdad, Melaka, Praque dan termasuk Kuala Lumpur bangun berhampiran dengan arus air - jalan asal manusia mecari penghidupan dan perniagaan. Atau kota dibangunkan dipersimpangan jalan/lorong perniagaan kuno seperti Mekah, Kabul, Kandahar, Peshawar, Samarra atau Xian. Justeru semua kota-kota ini membangun secara natural kerana keperluan manusia untuk mencari dan merayakan kehidupan.

Kehidupan dan tamadun manusia yang terdahulu dari kita bergantung pula kepada musim alam semula jadi. Dalam keadaan ini manusia akan mendirikan didalam kota-kota ini tanda dan simbol kepada Yang Esa. Bangunan-bangunan suci seperti gereja, citadel, kuil, masjid atau arca akan didirikan untuk memohon keselamatan dan limpah kurnia yang Maha Esa.

PENGAJARAN KOTA KUNO

Di kota kuno Roma atau kota Greek kuno seperti di Athens didirikan 'patheon' (kiri) sebagai tanda manusia bersujud kepada Yang Esa. Di tebing sungai Tagus, di Portugal didirikan patung Nabi Isa sebagai tanda penyembahan untuk keselamatan setiap kapal yang meninggal kan kota Lisbon.

Bagitu juga disebuah pulau kecil dihadapan kota San Sebastian, di negara Basques Sepanyol, tersergam patung Isa dari Nazareth sebagai tanda sujudnya warga kota terhadap agama mereka.

Bagitu juga dengan kota Venice dengan gereja wali Markus yang kudus. atau kota Paris dengan gereja Hati Suci yang angkuh tegak berdiri diatas bukit yang melindungi warga kotanya.

Kota arab/Islam kuno berpusat/bermula dari makam atau masjid. Dikota-kota ini seluruh jalan/lorong akan membawa warganya ke wilayah suci ini. Kota Mekah dengan Kaabah, kota Najaf dengan makam Hussein/Hassan , Delhi Lama bermula dengan Masjid Merah, di Marakesh di sebelah Jamaah al-fana (Medan Roh Berkumpul) wujud sebuah masjid tua yang menjadi pusat kota ini.

Bangunan-bangunan ini semuanya memiliki bahasa dan nahu sebagai tanda pengucapan untuk difahami oleh warga yang terkemudian.

Dari ilmu semiotik semua ini adalah tanda dan makna bagaimana manusia merendahkan diri kepada dewa, kepada tuhan atau kepada pencipta yang Maha Esa.

KEKAGUMAN PUTRAJAYA

Seratus tahun dari hari ini apa yang akan dapat dibaca dari nahu , bahasa dan ayat pengucapan ibu kota Putrajaya?

Pemilihan kota Putrajaya dilakukan tanpa banyak perundingan. Tidak ada konsultasi didalam perdebatan di parlimen apatah lagi pandangan dari badan-badan bukan kerajaan. Semuanya dilakukan atas keinginan dan berahi seorang manusia yang bernama Mahathir Mohamad. (Pada 1 haribulan November ini nama Mahathir Mohamad ini akan ditambah dengan huruf B - Bersara.).

Warga tidak pernah diberitahu secara jelas dan terperinci tentang belanjawan (atau lebih disenangi pada masa ini dengan perkataan baget) atau harga untuk mendirikan kota baru ini. Yang didengari oleh warga hanyalah tuduhan dari pihak pembangkang tentang harga sebuah istana - yang kemudianya dengan berkungfu lidah telah dijawab oleh perdana menteri.

Kungfu lidah ini pun tidak dapat memberikan apa-apa penjelasan yang dapat mententeramkan jiwa warga kota dan rakyat negara ini.

Sesiapa yang sampai ke Putrajaya pasti akan 'kagum' melihat pembangunan bangunan. Untuk mak cik Felda atau professor atau ahli akademia kangkong, Putrajaya adalah contoh yang amat senang untuk menerangkan makna kejayaan 'pembangunan'. Rombongan demi rombongan akan dibawa untuk melihat 'kejayaan'.

Bangunan yang tersergan besar secara kulitan pasti memberi makna kejayaan pimpinan Mahathir Mohamad. Maka makcik dan pak cik dari Felda ternganga mulut mereka dan akan berterima kasih sambil dan bersyukur diatas pimpinan Mahathir.

Untuk warga yang lebih teliti atau pelajar seni bina dan pengguna ilmu semiotik, pasti mereka akan melihat disebalik bangunan yang tersergam ini ada tersirat konsep fascist. Semua bangunan-bangunan kerajaan di sekitar kota ini bercirikan seni bina fascist. Seni bina fascist ini adalah satu jalur pemikiran bangunan yang muncul diera zaman Hitler dan diera Stalin di USSR.

Ciri utamanya ialah keangkuhan bangunan itu sendiri - tersergam dan mengancam para warga yang melihatnya. Bangunan-bangunan berciri fascist tidak mesra rakyat, terisolasi dari budaya alam sekitarnya dan tidak memiliki perspektif yang mesra untuk dipandang.

RAKYAT TERPISAH

Lihat saja pejabat/istana perdana menteri, untuk pelajar seni bina atau sesiapa saja yang mengamati bangunan ini pasti akan dapat merasakan kejanggalan kubah bangunan ini. Kubah ini diletakkan seperti songkok kecil kepada kepala yang besar. Kubah ini kelihatan tertengek songsang. Kemungkinan kubah ini bukan muncul dari rekaan bentuk asal tetapi dimunculkan untuk 'menyunatkan' Putrajaya agar dibaca sebagai Melayu/Islam.

Dari bangunan istana perdana menteri ini warga akan melihat tangga turun ke sebuah lebuh besar. Melintasi lebuh ini warga akan sampai ke sebuah medan.

Medan ini betul-betul dihadapan istana. Medan inilah tempat rakyat berkumpul dan untuk menyambut perdana menteri apabila beliau mencecah duli diatas tangga di hari akhir bulan Oktober.

Perarakan pelbagai kontigen (baca menyembah duli) akan diadakan di lebuh besar untuk mengalu-alukan kemunculan perdana menteri dari istananya.

Jika ini bukan konsep fascist, apakah bahasa, nahu dan tanda ritual ini. Sikap anti demokratik ritual ini dapat dilihat jelas. Rakyat disatu ruang yang terpisah dari ruang yang memerintah. Si pemerintah dan juak-juaknya akan tegak berdiri disatu ruang yang lebih tinggi.

Ruang ini bukan ruang yang dibuat untuk sementara seperti pentas di Dataran Merdeka tetapi tangga yang kekal menghala ke istana perdana menteri.

Louise ke 14, Hitler atau Stalin sendiri gagal untuk mendapatkan satu reka bentuk istana peribadi seperti ini. Di Peking, raja Tiongkok kuno mendirikan Kota Larangan. Raja hanya diberi mandat mendirikan tembok untuk memisahkan istana baginda dari medan Tienanmen - medan tempat rakyat berkumpul. Istana Kota Larangan ini didirikan pula tidak melebihi dari ketinggian tempat rakyat berkumpul. Disekitar Kota Larangan dan medan Tienanmen ini hanya ada satu bangunan yang tinggi ia itu bagunan tempat rakyat bersidang - parlimen Republik Rakyat Tiongkok.

LAMPU JALANRAYA

Di Putrajaya medan rakyat ini tidak menjadi medan rakyat berkumpul secara kekal tetapi menjadi medan berhala kereta. Ini kerana warga dinegara kita ini dididik untuk 'menyembah' kereta maka medan ini menjadi medan berhala yang kekal abadi.

Dari medan berhala kereta dihadapan istana jika meluncur ke bawah akan ditemui sebuah masjid. Amat jelas nahu, bahasa, tanda dan maknanya dimana Masjid ini dibuat. Masjid ini didirikan dikawasan yang lebih rendah dari istana perdana menteri. Sama lah seperti masjid al-Rahman di Univesiti Malaya yang kedudukannya lebih rendah dan hina dari dari lebuh berhala kereta.

Ligarlah Putrajaya, mata akan terperanjat apabila melihat reka bentuk tiang lampu yang bagitu kacau bilau dan sampa larau motif dan unsur yang mempengaruhi. Setiap jalan memiliki reka tiang lampu bentuk yang berbeza - ada yang bermotif wau bulan, ada yang bermotif avant garde, ada yang bermotif katholik.

Menurut yang empunya surah ini terjadi apabila Mahathir Mohamad terlihat satu tiang lampu di Santiago Chile. Kerana baginda perdana menteri perkenan maka berahi perdana menteri wajib dipenuhi. Sayangnya tidak diketahui pula tiang lampu bentuk mana yang diberahikan oleh perdana menteri.

Maka situkang bodek, untuk menyelamatkan diri terus membuat semua reka bentuk tiang lampu yang wujud dalam dunia ini termasuk yang di Santiago. ( Inilalah surah lampu Putrajaya kita!)

Putrajaya ini begitu angkuh sekali dan kelihatan anti-mereka yang miskin dan kurang mampu justeru tidak banyak disediakan kerusi percuma untuk rakyat biasa duduk berehat atau meleser.

Jika ingin berehat warga wajib duduk dicafe-café yang secawan kopinya senilai dengan harga sekilo ikan kembung. Nahu dan bahasa kota ini betul-betul merayakan keangkuhan kapitalis dan modal asing kerana disekeliling kawasan masjidnya sendiri dikelilingi oleh rumah macdogal dan star buck tempat para rentier capitalist mencari untung.

ISTANA LIPAS

Putrajaya bukan saja tidak memiliki nahu dan bahasa untuk berendah diri seperti kota Athens dengan patheonnya; kota ini juga lupa kepada konsep negara raja berperlembagaan.

Justeru istana agungnya terletak agak jauh disatu bucu yang tidak menonjol. Parlimen tempat wakil rakyat bersidang tertinggal disatu kawasan yang lain. Ini bermakna kota ini memusatkan kuasa dan terpisah dari kuasa rakyat.

Amat berbeza dari Delhi Baru atau Canberra dimana kota ini merayakan parlimenya sebagai sebahagian dari pusat kota. Jelas bahasa, nahu dan tanda yang muncul dari Putrajaya ialah parlimen tidak mustahak yang mustakah hanyalah istana dan kuasa perdana menteri.

Kota ini adalah kota penyembah berhala kereta, justeru sesiapa yang tidak memiliki berhala ini pasti akan mendapat kesukaraan untuk pergi dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain. Lupakan saja ruang untuk berjaan kaki atau berbasikal - semua ini tidak diwujudkan.

Akhir dari lebuh besar dihadapan istana jika dipandang akan kelihatan sebuah bukit. Dari jauh kelihatan diatas bukit ini seekor lipas. Dibukit ini sewajibnaya didudukan masjid atau istana Yang Dipertuan Agong tetapi yang tercegat di atas bukit inii hanyalah saekor lipas.

Didalam perut lipas inilah nanti lipas-lipas kecil dari pelbagai negara arab/Islam akan mengadakan persidangannya.

Lipas-lipas ini adalah lipas piliharaan yang akan menjalar dan memungut dan menjilat serpihan-serpihan makanan yang ditinggalkan oleh mac dogal dan star buck.

(Jika ditakdirkan Putrajaya ditenggelamkan oleh muntahan gunung berapi dan seratus tahun kemudian para arkeloji menggalinya kembali maka inilah bahasa, nahu , tanda dan makna kota yang diduduki oleh para lipas.)

Disalin dari http://tukartiub.blogspot.com

Thursday, November 19, 2009

Inilah Kenyataan MENGHINA ISLAM Yang Sewajarnya Kita Keji!!!

(Kenyataan Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

(Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.

(Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.

(Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud.

(Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? -

(Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. -

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)" Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994). "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa
kini."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir."

.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."

(Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam."

(Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991). "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."

(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak."

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam."

"(Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994). Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan mengiktiraf negara itu."

(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." (Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September 2001 yang lalu.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94) 'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dankaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'( hukum Islam)

(Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93) 'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'. (Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian Mahathir berkata):Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun, lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun, Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.

Firman Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya) tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakimAllah swt." (al-An'am:57)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir" (al-Maidah: 44)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim" (al-Maidah:45)

Firman Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq" (al-Maidah:47)

Firman Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagiorang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)

MENGHINA SUNNAH - BERJANGGUT
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa).

Di zaman itu nak cukur pun mudah ke?Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".

MENGHINA HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas:

"Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.( An-Nuur:31)

Sesungguhnya termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)

MENGHINA DAN MEMECAT ULAMA'
(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih."

(Dato' Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). " Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".

Allah kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:2Cool

Rasullullah bersabda:
"Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
"Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
"Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya" (Muslim)
Lanjutan dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah.

MENGIZINKAN MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.

Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya.

JAIS: Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki, menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri, KDN.

MENGHINA SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM
Dr Mahathir 20hb Julai, 2001 Mengenai gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama..

Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?

UMNO MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan mempertikaikan syariat Islam.

Wednesday, November 18, 2009

Perangai Mahathir Sudah Dijangka


Mahathir sebenarnya dengkikan Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Berbeza dengan Anwar Ibrahim yang ikhlas berjasa pada rakyat dengan elaun tetap RM1.00, Mahathir juga inginkan jawatan kerana kantungnya sudah kosong dan perlukan isian baru. Isiannya sudah pastilah wang rakyat yang banyak bertaburan, projek2 kosong, balak dan hutan belukau.

Dengan mengarahkan askarnya, Pengerusi Risda yang banyak terhutang budi kepada Mahathir, Rahim Tamby Chik hari ini menyarankan Najib Razak untuk melantik Mahathir sebagai Menteri Kanan persekutuan.

Sudah pastilah saranan ini berbau arahan terus dari Mahathir demi mengembalikan cengkamannya setelah didiamkan oleh Abdullah Badawi, Perdana Menteri sebelum Najib Razak.

Mahathir terkenal sebagai negarawan yang menyumbang kepada pertubuhan pesat negara memerintah Malaysia dengan kuku besi, kronisme, rasuah dan amalan diktator. Di bawah pemerintahannya, 4 orang Timbalan Perdana berkhidmat dengan 3 daripadanya ditendang.