Friday, November 13, 2009

JODOH PERLU DICARI ATAU CUMA DINANTI?


JODOH PERLU DICARI ATAU CUMA DINANTI?
(Dari tajuk forum: Nak kahwinkan Anak-Cara Islam)

MUQADDIMAH:
Jodoh pertemuan DI TANGAN TUHAN.
Apa pandangan dan pendapat tuan2 dan puan2???

JODOH....
Adakah PERLU DICARI.....
atau hanya DITUNGGU???

Forumer respon dengan membwakan beberapa hadis berikut:

Abdullah Ibnu Mas'ud Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda pada kami: "Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu." (Muttafaq Alaihi. Kitab Hadits Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam)

Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat." (Riwayat Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban. Kitab Hadits Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam)

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia." (Muttafaq Alaihi dan Imam Lima. Kitab Hadits Bulughul Maram Min Adillatil Ahkam)

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:
Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu. (Shahih Muslim No.2485)

Hadis riwayat Anas ra.:
Bahwa beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya secara diam-diam kepada istri-istri Nabi saw. tentang amal ibadah beliau. Lalu di antara mereka ada yang mengatakan: Aku tidak akan menikah dengan wanita. Yang lain berkata: Aku tidak akan memakan daging. Dan yang lain lagi mengatakan: Aku tidak akan tidur dengan alas. Mendengar itu, Nabi saw. memuji Allah dan bersabda: Apa yang diinginkan orang-orang yang berkata begini, begini! Padahal aku sendiri salat dan tidur, berpuasa dan berbuka serta menikahi wanita! Barang siapa yang tidak menyukai sunahku, maka ia bukan termasuk golonganku. (Shahih Muslim No.2487)

Kemudian dia kata:
“rasa-rasanya pada penilaian tuan berdasarkan hadis-hadis di atas, perlukah kita menanti atau mencari dalam bab jodoh ini?
pepatah melayu mengatakan, kalau tak pecah ruyung takkan dapat sagunya.”

Seorang Forumer menyampuk:
“jodoh ini adalah suatu gerakhati pada empunya diri yang ditakdirkan. jodoh itu suatu takdir. usaha gimanapun, jika tiada jodoh, tiada juga. jika tiada usaha, jika ada jodoh maka ia tetap ada. ia berlegar dalam 2-jiwa. satu berusaha. dan satu lagi tiada berusaha. yang tiada berusaha perlu menyahut jodoh dari yang berusaha. maka adalah jodoh. maknanya antara dua jiwa, kekuatan jodoh itu terlaksana sekurang2nya ke atas salah satu jiwa2 tersebut. maknanya di sini, tunggu sajalah kekuatan hati itu sampai bila ia perlu.”

Ana SETUJU bahawa JODOH adalah taqdir dan ketentuan Allah SWT....
Cuba pulak kita FIKIRKAN...

Kerana MENUNGGU/MENANTI JODOH.. timbul pulak yang ini:
1- Andartu singkatan dari ANAK DARA TUA.
2- ANDALUSIA-Anak Dara Lanjut Usia.
3- Bujang Terlajak.
4- Bujang TRANGTANGTANG...
5- BUJANG TUA.
6- BUJANG LAPOK..
Dan sebagainya..

Kerana MENCARI (TERLALU G@T@L KUT) timbul pulak...
1- BOHSIA
2- BOHJAN
3- ANAK ABU
4- SKODENG....
5- TANGKAP BASAH...
6- IKUT LAKI ORANG...
Dan sebagainya...

Hah....ini..!!!
NAK KATA APA?

CARI MENANTU
Saya kata:“Menantu pompuan cari yang ‘Tapak tangan KASAR’??? “

Forumer jawab: “Patut cari yg halus...mulus...”

Disampuk oleh forumer lain: “kasar sebab basuh kain sendiri.. xpakai mesin..jahanam baju... basuh piuk belanga lagi...”

Ana kata menjelaskan: “Itu kata org...tua2 dulu..kan! Maknanya nak cari menantu yg RAJIN bekerja. Bukan sahaja kerja di rumah bahkan pergi sawah dan ladang... “

”Cari MENANTU lelaki macamana pulak?” Ana tanya lagi.

Forumer kata: “nengok kat mesejid...selama 1 tahun.”

Ana jawab: “Betul.... mereka MENGUTAMAKAN bab-bab Agama. Tapi setelah mempastikan menantu itu BERAGAMA.. lalu DIRISIK untuk dijadikan JODOH anak... itu yg cari Tapak Tangan dan Kaki yg KASAR pada pompuan tu.”

Ana tanya pulak: “Bagi yg LELAKI pulak...??? Agaknya MACAMANA?”

Ana terangkan: “Untuk memilih menantu lelaki...
Ciri-cirinya ialah...
1- Tapak TANGAN dan KAKInya mestilah HALUS... SETERUSNYA....bersopan santun dan berbudi bahasa. Haaa!!! Terbalikkan...!!! Apasal?”

Ana tanya lagi: “Apa pandangan antum... Cara org Tua2 dulu (di atas) membuat pilihan??? Pompuan tangan kasar, lelaki tangan lembut dan halusMasih sesuaikah cara memilih seperti itu?”

Ada pulak Forumer menyampuk: “Proses kahwinkan anak telah bermula ketika anak belum tahu makna kahwin.”

Ana jawab: “Betul... Sejak si Ibu atau ayah - atuk nenek hingga ke atas BERDOA:
رَبّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Ana baca doa ini ketika masih kecil... demikian anak ana... ibu bapa ana dan atuk nenek ana juga mungkin.... MINTAK:
" Ya Rabb kurniakanlah kami ISTERI-ISTERI/SUAMI-SUAMI (berapa banyak tu?) dan zuriat-zuriat (anak-cucu) yg SEJUK MATA MEMANDANG dan jadikanlah kami sebagai ikutan/pengikut bagi orang-orang yang BERTAQWA" (L/kurang Mafhumnya... ada silap mintak tolong bagi betul- itu harapan saya)

Satu ketika dulu…
Ana tergamam sekejap bila ana suruh anak ana (yg lelaki) berdoa…. (kami aminkan).. bila sampai pada DOA ini. Lalu berfikir… dan NATIJAHNYA bahawa kita telah meminta kepada Allah JODOH iaitu ISTERI/SUAMI dan ZURIAT yg “Sejuk mata Memandang”…. bukan satu isteri/suami biar berapa ramai jodoh kita…

Begitulah hebatnya ISLAM itu kalau DIAMALKAN.
Ingatlah: “Doa itu adalah SENJATA kepada org MUKMIN”..
Berapa RAMAI baca doa ini???

Catatan: Senjata kepada ORANG MUKMIN… maknanya kalau setakat bertaraf MUSLIM sahaja maka DOA itu tak menjadi senjata kepadanya… maknanya kena pastikan taraf kita sampai ketahap MUKMIN barulah doa itu boleh jadi senjata. Semakin tinggi taraf, tahap atau “Maqam” seseorang itu maka semakin “Canggihlah Senjata” yang lahir dari doanya itu. (WaLlahu a’lam)

Doa’ ni kalau diamalkan … insya Allah AKAN DAPAT JODOH YG BAIK…dan bagi mereka yg dah kahwin MUDAH MENDAPAT ZURIAT insya Allah…. apa2 hal pun siang2 ana cakap ….KENA BERGURU…. kalau tak nanti berguru dengan syaitan..

Apa pandangan antum…
Cara org Tua2 dulu (di atas) membuat pilihan???

Pompuan tangan kasar, lelaki tangan lembut dan halus..
Perempuan tangan kasar…RAJIN KERJA…
Lelaki tangan halus….GAJI BESAR… sebab pegang pen jer…sekarang ngan laptop dan hp jer… juta-juta.

Tambahan;
Al-Marhum Ustaz ana (satu ketika di Ma’ahad Johor) tulis kat papan hitam huruf-huruf ini “ fa-lam-ya-ro ba-sin-ro”… dia tulis besar-besar kendian suruh murid-murid dia baca… siapa berani, siapa boleh. Murid-murid bila eja kalimah tu semua ketawa… lelaki perempuan semua gelak. Ustaz ana (Us. Abd. Aziz Fauzi bin Ja’afar bin Ahmad-bapa kepada salah seorang pembaca berita Tv3) bangun dengan selamber jer tunjuk muka marah dan suara garang… “Aper? Ingat ini benda lucah? Mencarut yer?... apa yang kamu bayangkan? Takkan saya nak ajar benda tu… tapi cuba baca dengan ILMU..yang kamu ada (Nahu dan Saraf-dia tak sebut)” semua terdiam… last-last dia cabar “Mana murid Us. Mat Lazim… yg hebat tu… murid Madrasah Arabiah Kluang tu… mana? Ana tercabar dengan kata-kata beliau lalu memerah otak untuk membacanya …. Akhirnya saya bangun dan membacanya (dengan betul mengikut baris nahu sarafnya) ana kata:”Falyara bisirrin” Ustaz ana puas hati dengan jawapan itu lalu menerangkan maksud dari kalimah itu : “Maka hendaklah ia melihat dengan cara rahsia” dia menambah bahawa perkara ini terdapat dalam urusan meminang dalam Islam dengan arahan supaya membuat risikan terlebih dahulu.

Dah tahu JODOH dan dah pergi MERISIK….
Bila semua OK barulah pergi MEMINANG….

Seterusnya…
Bab: MEMINANG.
Apa yg perlu???
Nak buat macamana???

Forumer kata: “Hantarlah wakil untuk meminang”

Wakil lelaki terdiri dari beberapa orang ahli keluarga seperti ibu bapa dan adek beradek ... makcik dan bapak saudara sebelah ibu dan bapa... dan ketua kampong atau wakilnya dan beberapa orang lagi.... biasanya tak ramai sekitar 10-20 orang.
Pergi ke rumah perempuan setelah mempersetujui tarikh meminang dan perkara-perkara yg difikirkan perlu seperti jumlah wang hantaran dan sebagainya.... untuk dibincangkan oleh kedua belah pihak dan mengambil keputusan yg saksama.

Forum terhenti setakat ini… dan masih berlangsung untuk dibincangkan. Kepada semua pengunjung dan pembaca ada kelapangan bolehlah berkongsi idea dan pengalaman dengan memberi respon dan komen dalam forum tersebut yang bertajuk: “Nak Kahwinkan Anak-Cara ISLAM “ dialamat:
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5734&postdays=0&postorder=asc&start=0

Sekian terima(lah) kasih!

Disalin dari http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com

Saya benci Nik Aziz!

Oleh: Dewa

""Saya benci Nik Aziz dan PAS". Itulah ayat ringkas dari seorang rakan penulis yang sedang membuat ijazah kedoktoran di luar negara. Penulis terasa ingin menampar pipi ahli UMNO tegar ini beberapa kali tetapi mengambil keputusan untuk cuba mendalami perasaannya.

Hasil perbualan terperinci dengannya, penulis menyedari beberapa rahsia ahli UMNO yang kita tidak peka, yang boleh membawa kepada kekalahan PAS pada pilihanraya akan datang..

1. Ahli UMNO hanya akan baca akhbar UMNO

Perlu kita sedari bahawa ahli UMNO tidak berlapang dada untuk mendapatkan penjelasan semua pihak sebelum menuduh. Mereka akan menuduh Tok Guru, alim ulama', hatta pemimpin mereka sendiri dengan pelbagai tuduhan dan fitnah tanpa usul periksa. Justeru, ahli PAS tidak boleh cepat melatah apabila diserbu dengan pelbagai fitnah dan tohmahan daripada mereka. Sebaliknya, ahli PAS perlu sedar bahawa ahli UMNO akan menyokong UMNO secara taklid, dulu kini selamanya.. Isu rasuah bukan isu bagi UMNO seperti yang dizahirkan di Bagan Pinang. Mentaliti kita berbeza. Rakan penulis dengan happy memberitahu bahawa dia pernah baca semua ayat-ayat Tun Mahathir yang memperlecehkan shariah tapi dia tak kisah sangat..

2. UMNO tak kisah fitnah

Hasil penelitian didapati bahawa UMNO percaya 'fitnah dengan niat baik' adalah tak salah. Ayat lazimnya ialah "aku yakin Anwar tak meliwat tapi aku rasa dia memang ejen asing so tak salah kerajaan fitnah dia pasal niat kerajaan baik'.. Ya, itulah ayat lazaim UMNO.

3. PAS terlalu rakus dan cuai

PAS terlalu kerap mengambil pendekatan konfrontasi sekalipun dalam isu kecil. Setelah PAS menawan begitu banyak negeri, PAS tidak pun menyediakan risalah-risalah atau pamplet atau buku2 untuk diedarkan kepada pelajar sekolah atau universiti untuk membersihkan salah faham terhadap undang-undang Islam.

Bukan susah mana untuk PAS menerbitkan risalah dan buku menjelaskan secara ringkas isu ini. Sebagai contoh, dakwaan palsu UMNO bahawa Islam menghukum mangsa rogol dan melepaskan perogol tidak pernah dijawab dengan kemas dan info rata-rata tak sampai kepada masyarakat.

Pendek kata, rakan penulis melihat PAS memang malas dan tidak sistematik dalam berdakwah dan merancang. Pendekatan kerapkali, sekalipn tidak sentiasa, kasar dan terburu-buru..

Satu contoh mudah, dulu PAS mengusulkan rang undang2 hudud. Berhubung hukuman ke atas penzina, terdapat khilaf pendapat berhubung isu mengandung sebelum kahwin. Hanya mazhab Maliki yang mengatakan bahawa mengandung sebelum kahwin akan membawa kepada 'presumption' atau anggapan zina. Mazhab lain tidak begitu kerana mangsa rogol pun boleh mengandung. Meletakkan beban bukti pada si mangsa tentulah zalim.

Dalam banyak-banyak pendapat mazhab, PAS pilih pandangan yang paling keras ini. Tentulah masyaraklat bising. PAtutnya, PAS gubal rang undang-undang Islam tersebut dan serahkan kepada mufti-mufti dan badan-badan agama DALAM DAN LUAR NEGARA untuk mendapatkan pandangan. Lepas tu , PAS patut anjurkan seminar dan jemput semua cendikiawan dan tokoh agama untuk beri pandangan dan nasihat.

4. ISU EKOnomi

Rakan penulis benci PAS kerana katanya PAS tak pandai urus ekonomi. Sedikit sebanyak ada benarnya. PAS bersungguh-sungguh dengan ceramah tetapi tidak sistematik dalam isu ekonomi. Apa yang susahnya jika PAS, PKR dan DAP buat satu majlis ekonomi untuk menyelaraskan investment dan ekonomi di negari-negeri Pakatan agar lebih banyak kerjasama dan lebih terancang. Nak buat satu akhbar bersama antara PAS, DAP dan PKR pun tak boleh boleh sampai sekarang.. Website PKR PULAK SAMPAI SEKARANG TAK BOLEH MASUK ..

Pendek kata, banyaklah kebenciannya terhadap PAS. Bagi penulis, PAS masih 100x lebih baik dari UMNO kerana matlamat dan objektifnya berlandaskan Islam, cuma cara pelaksanaan perlu diperkemas.

Heh, sibuk-sibuk benci Tok Guru dan ulamak, bila dia mati nanti siapa yang nak uruskan jenazah dia.. Yang baik kita ambik, yang buruk kita tolak..

Teoh mati dibunuh UMNO!


"Ada 18 dalil yang menguatkan persepsi bahawa Teoh mati dibunuh oleh UMNO atau konco-konconya! Sampai 18? Pelbagai pendedahan baru berhubung kematian Teoh sewaktu sesi inkues mengejutkan kita.

Sebelum inkues bermula lagi, Nazri Aziz (Nujum Pak Belalang) sudah menyatakan bahawa Teoh ‘terjun’ dan kerajaan tidak mampu menghalang orang terjun. Kemudian koroner Thailand mengatakan kemungkinan dibunuh ialah 80%. Berikut ialah perkara-perkara luar biasa yang berlaku sebelum dan sewaktu inkues yang hanya berlaku dinegara 1Malaysia:

KORONER PAKAR SAHKAN KERAJAAN MENIPU
Kenyataan koroner pakar dari Thailand mengesahkan bahawa kemungkinan tertuduh mati dibunuh ialah 80%. Ini berbeza dengan kenyataan doktor/pakar dari kerajaan yang cuba mendakwa Teoh mati bunuh diri. Akhirnya, mayat yang dah lama ditanam terpaksa dikorek balik. Apa perasaan Najib agaknya kalau mayat Allayarham bapanya dikorek balik?? Yang pastinya, kalau mayat Altantuya dikorek balik, pengsan Najib kerana mayatnya sudah pun dibom..

DNA bercampur-campur?!
Sungguh psiko pembedahan di Malaysia di mana DNA lelaki misteri yang menggemparkan Malaysia akhirnya dikatakan DNA mayat lelaki sebelum Teoh yang diletakkan di meja. Sungguh tidak professional sehingakan DNA pun bercampur-campur. Itupun kalau benar bercampur-campur.

Saksi dibogelkan dan dipukul
Pendedahan mengejutkan oleh saksi bahawa SPRM membogelkan dan membelasah saksi-saksi cukup menggemparkan. Ini sangat berbeza dengan ICAC di Hong Kong yang cukup professional. Asalnya Najib kata SPRM di inspirasi oleh ICAC. Ini cukup pelik. Tetapi, jika difikir-fikirkan, tidak pelik. Anwar selaku orang No.2 paling berkuasa di Malaysia pun boleh UMNO bogelkan, belasah separuh mati sampai lebam-lebam mata, sumbat dalam penjara 6 tahun lalu fitnah dengan pelbagai tuduhan. Setakat Teoh tu, apalah sangat nilainya di mata UMNO.. Rakyat jelata macam kita ni, khususnya mereka yang bukan pengampu UMNO, dilayan macam sampah saja..

KESAN DARAH DI TINGKAT 15

Kesan darah sepanjang 2 kaki ditemui di tangga belakang tingkat 15 bangunan. Ini menimbulkan isu samada sesudah Teoh ‘terjatuh’ atau dicampak, mereka yang mencampaknya segera turun untuk melihat mayatnya sebelum panik lalu naik semula ke atas bangunan. Kenyataan putar belit pihak SPRM memang memualkan. Masih terngiang-ngiang kenyataan SPrm bahawa Linggam tidak ada buat apa-apa salah pun..

TALI PINGGANG PUTUS

Logiknya, kalau Teoh terjun seperti yang disaran oleh Nazri Aziz, tentulah tali pinggangnya tidak putus sebegitu. Koroner sewaktu inkues tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah diletakkan di tingkap dan tali pinggangnya dipegang lalu tiba-tiba putus. Ini merupakan penjelasan paling logik kerana menurut koroner, tali pinggangnya koyak secara pelik dan bukan kerana digunting dan tidak mungkin tali pinggangnya jadi begitu kerana kesan terjatuh.

PEGUAM DIHALANG LIHAT TINGKAT 15

Peguam-peguam kes inkues dihalang dari masuk tingkat 15 tetapi berdasarkan pemerhatian peguam-peguam, wujud kesan darah di dinding.

KORONER BUAT PENGAKUAN PELIK

Inkues adalah merupakan suatu penyiasatan kehakiman, biasanya oleh sebuah kumpulan yang dilantik oleh mahkamah (juri), di dalam bidang kuasa common law. Inkues yang paling biasa adalah satu penyiasatan termasuklah pemeriksaan perubatan oleh seorang koroner terhadap suatu sebab musabab suatu kematian secara mengejut atau tiba-tiba. Di dalam , inkues juga digunakan untuk apa sahaja siasatan atau juga soal jawab.

Dalam kes Teoh, koroner mengakui bahawa pihak polis telah menyarankan kepadanya bahawa Teoh samada mati ‘accident’ atau ‘bukan accident’. Kemungkinan Teoh mati dibunuh atau dicampak langsung tidak diberi. Pihak polis juga tidak memberi sebarang gambar atau foto si mati untuk memudahkan koroner membuat hipotesis.

POLIS ENGGAN SIASAT

Pihak polis, seperti juga Utusan Malaysia, hanya mengehadkan kemungkinan kematian berpunca dari Teoh terjun atau Teoh accident. Ini suatu yang pelik. Sepatutnya, polis buat siasatan samada Teoh dibunuh atas motif politik dan musuh-musuh politiknya patut dipanggil untuk disiasat sama. Hanya tunang, ahli keluarga dan pegawai SPRM dipanggil sedangkan musuh politik beliau yang jelas mempunyai motif bersuka-ria tanpa dipanggil memberi keterangan. Wow..
Soalan-soalan yang ditanya pun bodoh!
"Teoh ada berapa kasut?" , tanya polis.
Peduli apa Teoh ada berapa seluar kasut?" Sukahati dialah nak ada berapa kasut pun. Kenapa polis tak tanya sekali Teoh ada berapa seluar dalam. Apa jenama seluar dalam kegemaran dia? Giordano ke Calvin Klein? Bodoh sungguh. Kemudian polis tanya samada Teoh kelihatan suicidal. Agaknya polis rasa keluarga Teoh akan kata "Ya, Teoh tu memang kelihatan macam nak bunuh diri sungguh kerana happy sangat perkahwinan tinggal sehari lagi!. Kemudian polis tanya adakah Teoh merokok untuk cuba mewujudkan suasana seolah-olah Teoh terjatuh sewaktu melompat untuk menyelamatkan rokoknya yang terjatuh dari tingkat 14 tersebut..

MOTIF PEMBUNUHAN

Ezam dengan celuparnya mendakwa bahawa DAP yang berkemungkinan membunuh Teoh untuk menutup mulutnya. Ini satu ayat bodoh dari UMNO kerana kematian sah berlaku selepas keterangan penuhnya sudah di ambil. Motif ini tidak munasabah dan tuduhan ini cukup keji. Kalau DAP yang bunuh, tentulah ia berlaku sebelum keterangan penuh si mati di ambil. Motif yang lebih kuat ialah UMNO di sebalik semua ini kerana UMNO benci kepada DAP dan si mati. Ayat-ayat zalim pemimpin dan ahli UMNO berhubung si mati menzahirkan lagi kebencian membuak-buak ahli UMNO kepada DAP dan si mati.

LOKASI KEMATIAN

Polis turut percaya bahawa si mati jatuh/dicampak dari tingkat 14 milik SPRM. Tentulah pelik jika orang luar boleh keluar masuk bangunan SPRM. Logiknya, hanya pegawai SPRM atau orang kerajaan (sila baca sebagai UMNO) yang boleh keluar masuk bangunan SPRM. Kematian ini dilihat oleh ramai penganalisis sebagai suatu mesej yang hendak dihantar kepada Pakatan Rakyat.

Waktu soal-siasat terlampau pelik

SPRM mendakwa si mati di soal siasat sehingga 3:35 pagi sekalipun si mati hanyalah saksi! Lawak apakah ini? Warganegara Malaysia lazaimnya tidur pukul 1 pagi. Penahanan ini dilihat lebih sebagai satu penderaan dan berkemungkinan suatu set-up agar kematian si mati berlaku pada waktu yang tidak ramai orang.

Kenyataan pelik dari SPRM: Si mati nak tinggal di SPRM

SPRM membuat kenyataan pelik apabila mengatakan bahawa si mati TIDAK MAHU BALIK selepas di soal-siasat dan ingin tidur di SPRM (sofa SPRM). Ini cukup tak masuk akal. Mana-mana insan normal yang berpeluang balik akan segera memanggil teksi dan balik saja. SPRM buknlah suatu hotel mewah, malah bukan suatu hotel pun. Malah cukup pelik SPRM boleh membenarkan orang tidur saja di sofanya. Kalau di balai polis pun akan di halau balik.

Handphone si mati di ambil oleh SPRM

Kalau si mati sekadar seorang saksi seperti yang didakwa oleh SPRM, mengapa SPRM mengambil handphone si mati. Selepas didesak oleh DAP, SPRM mengatakan SPRM akhirnya sudah menyerahkan handphone tersebut kepada polis. Adakah ada apa-apa maklumat yang di delete?

Soalan-soalan pelik pihak polis!

Soalan polis kelihatan lebih kepada hendak melepaskan SPRM. Contohnya, 'adakah si mati hisap rokok? - untuk menunjukkan kemungkinan si mati hisap rokok lalu jatuh dari atas bangunan". Soalan lain, 'adakah si mati kelihatan suicidal?- untuk menunjukkan si mati bunuh diri'.

Sepatutnya , polis kena tanya soalan seperti ini: Si mati seorang DAP yang merupakan musuh politik UMNO. Adakah si mati mempunyai mana-mana musuh politik/ahli UMNO yang marah atau bermusuh dengannya? . Sepatutnya, polis bertanya, 'Adakah si mati pernah diugut oleh sesiapa, termasuk pihak polis atau SPRM?' .

Media UMNO segera tukar isu.

Media UMNO bersungguh-sungguh cuba hendak menjadikan isu ini suatu isu perkauman! Ini cukup misteri. Cubaan media UMNO hendak menjadikan isu ini isu perkauman seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang hendak dirahsiakan.

Suruhanjaya bebas yang tidak berguna.

NAjib c4 mengumumkan bahawa Suruhanjaya bebas yang akan ditubuhkan berhubung kematian Teoh tidak akan menyiasat cara-cara kematian/pembunuhan Teoh. Alangkah bodohnya.. Najib juga menghalang suruhanjaya bebas dari memulakan tugas sehingga inkues selesai yang entah bila agaknya..

Rakyat dikasari

Mereka yang berdemonstrasi membantah dalam isu Teoh ini mengakui dikasari oleh pihak polis. Mungkinkah ini satu lagi siri-siri usaha Najib untuk membuatkan rakyat diam dan akur saja kepada permainan politik keji UMNO?

Zambry dan UMNO cuba alih perhatian

Zambry dulu segera cuba menukar isu dengan membuat kecoh berhubung kehadiran Nizar dalam majlis memprotes kematian Teoh kerana ada lilin dinyalakan dalam majlis tersebut. Malah tok guru dicabar memberi fatwa. Soalan bodoh macam tu aku pun boleh jawab. Sewaktu zaman Rasullullah SAW, terdapat sekumpulan manusia berjalan di hadapan Rasullulah sambil membawa suatu mayat. Rasullullah SAW segera berdiri sebagai menghormati mayat tersebut. Para sahabat turut berdiri apabila melihat Rasullullah berdiri. Seorang sahabat kemudiannya bertanya: "tetapi mayat tersebut mayat Yahudi!". Rasullullah SAW menyatakan bahawa tidak mengapa menghormati mayat sekalipun mayat bukan Islam.

Anak-anak UMNO nyala lilin waktu birthday tak matah pulak. Najib nyala lilin di kuil hindu dan bertafakur depan Tugu pun tak marah pulak?

Tiba-tiba si Zambry zombie ni nak buat kecoh pulak. Si Zambry ini juga murka dengan Najib kerana mencadangkan agar rakyat dibenarkan berdemonstrasi di stadium untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

Kemudian kenyataaan Tok Guru diputarbelit, kenyataan Ustaz Hadi dan kepimpinan PAS dilagakan, dan fitnah dibudayakan...

Semoga Tuhan selamatkan kita dan anak cucu kita dari kezaliman UMNO dan mereka yang zalim..

Benarkah Rakyat Terima Najib ?


Pengampu-pengampu BN sentiasa mengampu dan 'melambung' Najib dengan puji-pujian melangit kerana mereka tahu dengan bodek dan ampu karier politik mereka akan 'hidup' lama. Sebab itulah apa sahaja yang dibuat oleh ketua mereka (Presiden Umno) semua betul dan maksum.



Hari ini Utusan Meloya menyiarkan pujian melangit Noh Omar kepada Najib. Katanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini goyah berikutan penerimaan sebahagian besar rakyat terhadap dasar-dasar yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalannya benarkan rakyat sudah menerima Najib sedangkan semua rakyat sudah lama mengenali Najib sejak mula beliau menceburi politik menggantikan Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak.
Luar dalam perangai Najib, hobi Najib dan segala-galanya diketahui oleh rakyat. Jadi biarlah rakyat menilai Najib.
Adakah dengan kemenangan BN di DUN Bagan Pinang menggambarkan rakyat sudah menerima Najib dan segala dasar serta perancangannya diterima rakyat.
Memang konsep menyatupadukan rakyat dengan slogan 1Malaysia mempunyai unsur-unsur yang baik. Namun awal-awal lagi Najib gagal membuktikan slogannya itu dihayati oleh beliau sendiri. Sebagai contoh dalam isu wang ehsan Kelantan. Penyalurannya akan dibuat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan malah mungkin melalui Umno Kelantan. Bukankah ini membelakangkan konsep 1Malaysia apabila kerajaan BN tidak mengikhtiraf kerajaan negeri yang dipilih rakyat.
Macamana kita ujudkan 1Malaysia jika semangat sistem federalisme gagal diamalkan oleh kerajaan BN. Terlalu banyak diskriminasi yang dilakukan oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Kegagalan menghayati konsep 1Malaysia oleh Najib dan kerajaannya dari segi hubungan dengan kerajaan negeri-negeri PR menyebabkan rakyat tidak yakin dengan konsep itu. Ianya seolah-olah retorik semata-mata.
Oleh itu saya mencadangkan kepada Najib dan kerajaan BN supaya segera membuat perubahan demi mencapai matlamat 1Malaysia.

Disalin dari
http://mutaligat.blogspot.com/

Imej PAS dirosakkan oleh rakan Pakatan?

Pendedahan bahawa majoriti generasi muda menolak PAS oleh Pensyarah Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah di Seminar Memperkasakan PAS baru-baru ini tidaklah mengejutkan walaupun majoriti golongan tersebut juga adalah penyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu.

Golongan muda hari ini adalah kumpulan yang kritikal kerana peluang untuk terdedah kepada maklumat lebih baik. Mereka lebih berpendidikan berbanding generasi lama. Mereka membuat penilaian dengan analisis dan penelitian.

Ia berbeza dengan sebahagian besar generasi lama yang menelan bulat-bulat segala maklumat yang datangnya dari kerajaan dan mempercayainya seolah-olah satu kepercayaan agama.

Saya menduga seorang tua di kampung, "Pak Cik undi apa pilihan raya baru ni?"

Dia menjawab ikhlas, "Dari dulu aku dok pangkah 'kapal layar' tulah ... memang tak ubah dah." Dia mewakili golongan lama yang memugar kekuatan BN tetapi semakin hari semakin berkurangan kerana ditelan bumi.

Golongan muda lain caranya. Jika persepsi golongan muda terhadap PAS boleh berubah dengan mendadak, maka tiada jaminan bahawa persepsi mereka terhadap BN akan kekal sampai bila-bila. Tidak pelik juga jika dalam masa setahun selepas ini majoriti generasi muda akan kembali menolak BN. Ia boleh berlaku dengan cepat kerana itulah sifat golongan muda di zaman IT ini.

Cuma apa yang perlu disedari oleh semua ialah penolakan mereka terhadap PAS tentulah bersebab. Kajian dibuat oleh Dr Abu Hassan hanya terhadap PAS, tidak bermakna persepsi golongan muda terhadap KeADILan atau DAP berbeza. Saya mengagak bahawa persepsi mereka terhadap semua parti Pakatan Rakyat, hampir sama.

Sokongan bukan Melayu dan golongan muda Melayu terhadap semua parti pembangkang pada pilihan raya umum 2008 lebih disebabkan oleh penolakan terhadap BN. Mereka tidak mengundi Pakatan Rakyat kerana gabungan itu belum wujud. Yang ada cuma permuafakatan antara parti-parti pembangkang.

Tetapi apabila BN kalah di lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga di Pusat, permuafakatan PAS-KeADILan-DAP mula dianggap satu gabungan, macam BN. Mereka lalu membandingkan antara Pakatan Rakyat dan BN.

Analisis perbandingan inilah sebenarnya yang telah banyak meruntuhkan kepercayaan mereka terhadap Pakatan Rakyat. Sementelahan, walaupun wujud media baru namun media-meda talibarut BN masih mendominasi penyaluran maklumat dan masih berkuasa di negara ini.

Episod perbezaan dan pertelingkahan antara parti dan antara individu dalam Pakatan telah dilaporkan satu demi satu sejak 9 November 2008 hingga ke hari ini. Sama ada antara sesama pemimpin dalam satu parti atau atau antara parti; semua itu merupakan 'sumbangan besar' terhadap pemusnahan imej Pakatan.

Tidak dinafikan parti-parti komponen BN pun berentap juga sesama sendiri dan di dalam satu parti, sehingga ada yang berpecah dua dan tiga. Tetapi kebejatan BN adalah lumrah, macam sinonimnya imej rasuah pada mereka.

Rakyat sudah tak peduli BN rasuah tetapi jika Pakatan yang rasuah ia menjadi dosa besar sebab mereka masih belum berkuasa di Pusat. Lagipun BN sebagai pemerintah yang berkuasa dan berduit mempunyai banyak hadiah untuk rakyat yang boleh ditukar dengan kebejatan mereka.

Rakan saya seorang Ketua Cabang KeADILan di Kedah berkecil hati membaca tulisan saya yang lalu: "KeADILan pula adalah parti yang tiada akar umbi. Ahli-ahli KeADILan untuk satu cabang (kawasan) kadangkala tidak melebihi satu cawangan PAS pun." Mujur dia menganggapnya sebagai satu cabaran bukan penghinaan.

Realiti dalam politik negara juga begitu. Kerenah banyak datang dari KeADILan. Bermula dari Ahli Parlimen Kapar, Adun Changkat Jering, Adun Behrang, Adun Bukit Lanjan, Adun Bukit Selambau, Adun Lunas dan Adun Pelabuhan Kelang; semua itu adalah pencetus kontroversi yang menyumbang palitan lumpur rakan dalam Pakatan.

Keyakinan rakyat yang mengundi pembangkang dalam pilihanraya lalu kini terhakis. Ketidakyakinan golongan muda terhadap BN boleh jadi masih kekal, namun keyakinan terhadap Pakatan pula yang luntur. Itu menjadi faktor ramai blogger propembangkang dalam pilihanraya lalu kini menjadi 'bebas' macam Ibrahim Ali. Melibas kiri dan kanan.

Apa yang berlaku dalam KeADILan banyak disumbangkan oleh kemunculan YB yang asalnya adalah calon bidan terjun, tidak berkualiti dan tidak berjati diri. Tiba-tiba menang dan lupa diri. Mudah bagi BN menjadikan mereka lembu tunggangan dengan umpan keduniaan yang lumayan.

Pasti untuk pilihan raya umum akan datang, parti-parti dalam Pakatan akan lebih teliti memilih calon. Bukan setakat bermoral tetapi juga tahu disiplin dan adab berpolitik sesama rakan politik.

Orang macam Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tidak perlu ada dalam Pakatan. Hairan juga melihat dia membelasah PAS dalam isu (kononnya) PAS mengadakan baiah menceraikan isteri jika keluar parti. Hujah-hujahnya lebih Umno daripada Umno beserta andaian yang sangat jahat terhadap PAS.

Presiden PAS berjanji akan menyiasat laporan kononnya wujud baiah seperti itu, sebab ia bukan arahan yang datang dari Pusat. Namun jika benar ia berlaku, berapa ratus orang isteri wakil rakyat PAS yang tertalak kerana lompat parti? Tiada seorang pun! Walhal beribu-ribu wanita yang diceraikan di tanahair bukan atas sebab politik, tidak dipedulikan oleh Zul Nordin, Sharizat Jalil dan Jamil Khir Baharom.

Wajar kiranya Zulkifli Nordin menyertai kem Ibrahim Ali, boleh melibas parang tumpulnya ke kiri kanan kerana kewujudan orang seperti beliau dalam Pakatanlah menjadi penyumbang kepada ketempangan imej PAS.

Yakinlah, golongan muda boleh kembali menyokong PAS tetapi pembetulan perlu dilakukan bukan sahaja terhadap PAS tetapi parti-parti dalam Pakatan.