Sunday, November 15, 2009

Fatwa Dr. Masyitah: Jual diri kerana terdesak


Petikan soal jawab Dr Marshitah dalam Harian Metro...Seumur hidup belum lagi terdengar yg melacur itu dibenarkan sekalipun dalam keadaan darurat sebagaimana BABI dibenarkan makan sekiaranya dlm keadaan darurat..

Siapa Dr Mashitah? Apa kelayakan dia sehingga mendahului Mufti dan Majlis Fatwa dalam mengeluarkan Fatwa?


Jual diri kerana terdesak

Soalan : SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah?

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa?

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN
Kuala Lumpur

JAWAPAN DR MASHITAH

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang.

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

No comments:

Post a Comment