Saturday, December 12, 2009

Kerajaan bazirkan RM550 juta untuk BTN

Ahli Jawatankuasa Lajnah Ekonomi PAS Pusat, Wan Ubaidah Wan Omar menyelar Kerajaan Pusat yang tidak berhati-hati dalam menyalurkan peruntukan khususnya dalam program Biro Tata Negara (BTN).Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berhubung kos BTN yang berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.



"Untuk kos yang sebegitu besar, kita tidak melihat sebarang kesan yang efektif dan konstruktif terhadap peserta yang menghadirinya," katanya kepada Harakah.

Tegasnya, program yang berbentuk 'doktrinisasi' itu seharusnya menanamkan rasa cintakan negara dan bukannya cintakan Umno-BN.

"Malangnya, dengan kos yang telah 'dihanguskan' itu kerajaan masih perlu menghadapi masalah gejala sosial yang semakin meningkat apabila kes dadah, Aids, pembuangan anak, dan sebagainya bertambah setiap tahun.

"Pihak penganjur sepatutnya memastikan kandungan BTN yang telah dilaksanakan sebelum ini komprehensif dan bukannya menghancurkan golongan belia yang merupakan aset negara," kata Wan Ubaidah yang juga Bendahari Dewan Muslimat PAS Pusat.

Katanya, beliau tidak terkejut dengan pendedahan para peserta yang pernah menghadiri kursus ini yang mendakwa pihak penganjur mendoktrin minda mereka agar sayang pada Umno-BN selain mengugut mereka agar tidak menyokong selain parti itu.

"Bagaimana hendak melahirkan golongan yang profesional jika pemikiran dikongkong serta ditakutkan? Mungkin sebab itulah gejala rasuah kian berleluasa kerana ramai pengampu yang dilahirkan kursus BTN itu," ujarnya.

Oleh yang demikian, beliau yang juga Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan mengesyorkan agar kos tersebut lebih baik disalurkan bagi membantu pembangunan rakyat termiskin dan infrastruktur kawasan yang memerlukan.

Dalam perkembangan yang sama, isu BTN terus mendapat perhatian akhbar-akhbar berbahasa Cina apabila akhbar China Press pada Selasa lalu menyiarkan artikel bertajuk 'Liew Chin Tong dedah peruntukan RM74 juta untuk BTN'.

Menurut akhbar itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera mendakwa, BTN mendapat peruntukan sebanyak RM74 juta pada tahun ini dan peruntukan itu lebih RM4 juta berbanding peruntukan parlimen iaitu RM70 juta.

Chin Tong mendakwa, jumlah itu terlalu banyak dan sangat 'memeranjatkan' kerana ia semata-mata untuk menanam fahaman perkauman.

Kata beliau lagi, menurut Bajet BTN 2010 itu, ia akan mengambil 224 pekerja tetap tahun depan dan penambahan itu tidak sepatutnya berlaku kerana BTN kini bermasalah.

"Berbanding peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM), bajet untuk parlimen sangat sedikit," kata ahli parlimen itu yang turut membandingkan bajet untuk JPM dan parlimen secara panjang lebar.

Sementara itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dalam http://blog.limkitsiang.com menyelar kerajaan dengan mendedahkan perbelanjaan BTN berjumlah RM550 juta dalam tempoh 10 tahun.

"BTN telah membelanjakan sebanyak RM 550 juta dalam tempoh 10 tahun sejak tahun 2000 sehingga 2009 dan ia telah mencetuskan sentimen perkauman sehingga menyebabkan ramai para cendekiawan lari ke luar negara."

Berdasarkan belanjawan tahunan untuk tempoh 10 tahun terakhir yang berjumlah RM548 juta, berikut adalah perincian kos tersebut mengikut tahun.

Bagi tahun 2000, kira-kira RM28,928,500 dibelanjakan manakala setahun selepas itu, tahun 2001 sebanyak RM27,172,300 pula dibelanjakan. Kos tersebut meningkat kepada RM34,199,700 pada tahun berikutnya dan terus meningkat lagi pada tahun 2003 kepada RM35,620,163. Kos tersebut meningkat lebih daripada sekali ganda iaitu RM86,165,889 pada tahun 2004 namun mengalami sedikit pengurangan iaitu RM68,160,330 pada tahun selepasnya.
Pada 2006, kos BTN berkurang lagi kepada RM43,097,076 tetapi bertambah kepada RM74,339,400 pada tahun lalu iaitu RM76,348,700. Bagaimanapun, pada tahun ini kos nya berkurang sedikit tetapi masih lagi pada angka yang besar iaitu sebanyak RM74,023,100.

Menurut Belanjawan 2010, kira-kira RM62.5 juta diperuntukkan untuk tujuan Kursus BTN.

"Ia melibatkan sejumlah wang yang besar. Bagaimana mungkin wujud justifikasi untuk membelanjakan peruntukan besar untuk sebuah agensi bagi melaksanakan kesinambungan agenda yang bertentangan dengan semangat perpaduan bagi memecah belahkan rakyat Malaysia kepada perkauman, sepertimana yang dinyatakan beberapa pemimpin pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam baru-baru ini,"

Terdahulu, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohd Ridzuan Mohamad menyifatkan Kursus BTN sebagai 'tidak sesuai' yang menyuntik sentimen perkauman dan tidak membantu melahirkan kepimpinan dalam persatuan pelajar.

Selain itu, ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Hisyamuddin Che Ali berkata Fakulti Pengajian Islam mengadu bahawa sentimen perkauman sememangnya diajar pada kursus-kursus BTN dengan memaklumkan orang Cina merupakan pendatang yang dibawa masuk ke negara ini

Kenapa Umno takut dengan senjata orang mukmin?

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

SETELAH menerima memo bantahan bertulis yang disampaikan oleh setiausaha saya , maka sahlah yang di luar pintu sana ada sekumpulan orang yang sedang berbuat bising.Saya tidak pasti sama ada mereka mendapat permit, katanya dari sasaran yang dihajatkan 2,000 orang peserta, tetapi rupanya yang tiba hanya sekadar 200 orang sahaja



Hairannya orang Umno Pasir Mas yang mengetuai penghantaran memo bantahan tersebut dan bukan Umno negeri. Kenapa boleh jadi begitu?

Mereka menggunakan topeng Jemaah Rakyat Perihatin Kelantan di kepala suratnya. Ini lagi pelik. Sudah malukah menggunakan nama Umno sehingga berselindung di sebalik JRPK? Jika tidak salah saya, ada satu lagi topeng yang selalu di gunaka oleh Ahli Parlimen Pasir Mas yang disebut Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Sudahlah begitu, senaskah CD yang ada disebut kononnya disertakan bersama memo ITU untuk dijadikan bahan bukti khutbah Hari Raya saya, tidak pula disertakan.

Belumpun saya meneliti butir kandungan bantahan itupun saya sudah dapat menyukat betapa tidak terutusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan yang kukuh lagi sah. Apa tidaknya, masaalah menantu saya di PMBK sudah beres, malah tajaan haji saya juga sudah selesai.

Setelah membelek memo dua muka surat yang ditandatangani oleh empat orang, manakala 18 lagi tidak bernama dan tidak bertandatangan, maka hati saya sudah tawar untuk membaca kandungannya.

Apapun, setelah membacanya sepintas lalu, terdapat dua tuntutan yang dibawa oleh mereka, iaitu; Pertama, meminta saya menarik balik dan memohon maaf di atas ‘doa kemusnahan ke atas pemimpin Umno’ yang tidak memberi royalti kepada rakyat Kelantan.

Kedua, mendesak saya supaya meletak jawatan Menteri Besar.

Menyentuh tuntutan pertama, mengapa harus saya hiraukan suara budak-budak Umno yang tak sampai 200 orang itu supaya saya meminta maaf sedangkan Presiden Umno selaku orang nombor satupun tidak menyuruh saya meminta maaf atau menarik balik.

Dalam hal ini, jika mahu menganalisa dan mengulas doa saya, maka ia hendaklah mengambil doa itu keseluruhan. Kenapa tak sebut doa saya meminta dan memohon kepada Allah SWT diperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri supaya menerima Islam yang syamil.

Dari segi Islam, doa adalah satu permohonan. Jika kita rajin membuka sejarah doa-doa yang diambil oleh para Nabi, kita tentu boleh berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad saw sendiri yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

Jika kita membuka himpunan hadith dalam Ridhatus Solihin, kita akan berjumpa dengan maksud doa yang berbunyi begini: "Wahai Tuhan, tolong balas bela, ke atas mereka yang zalim."

Maksud doa yang hampir sama ini juga turut terkandung dalam Qunut Nazilah berbunyi: "Wahai Tuhan, musnahkan golongan kafir dan munafiq".

Kita kena faham bahawa selain daripada orang-orang kafir yang melawan Nabi saw, orang munafik juga ramai. Mari kita bersama-sama menyemak dua ayat ini:

1. "Dan sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk berserta mereka, sehingga memasuki perbicaraan yang lain kerana sesungguhnya (kalu kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam. - (Surah An Nisa’: Ayat 140)

2. "Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekalian sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka'. - (Surah An Nisa': Ayat 145)

Dengan ini tidak hairanlah di dalam permulaan surah Al-Baqarah hanya terdapat dua ayat iaitu ayat enam dan tujuh yang merujuk kepada orang kafir.

Yang selebihnya, yakni 13 ayat, iaitu ayat lapan hingga 20, Allah SWT merujuk terus kepada fiil perangai puak-puak munafik.

Jika diteliti sirah junjungan kita Nabi Muhammad SAW, kita akan berjumpa dengan kisah bagaimana Bani Ri’lin dan Bani Zakuan yang membunuh pendakwah.

Sebagai reaksi balas di atas perbuatan terkutu ini, Nabi saw meminta supaya Allah SWT menurunkan kutukan ke atas kedua-dua ini melalui tujuh tahun kemarau yang panjang sebagaimana yang pernah Allah turunkan di zaman Nabi Allah Yusoff di Mesir.

Menyentuh tentang tuntutan kedua, musthail saya perlu akur dan meletakkan jawatan semata-mata kerana digesa oleh 200 orang budah-budak nakal, bawah pohon jati di pintu masuk SUK.

Jika saya perlu meletakkan jawatan atas sebab desakan Umno, maka sudah tentu saya berbuat begitu semasa Tan Sri Annuar Musa menjadi Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan sekaligus menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan tiga empat tahun yang lalu.

Akan tetapi, alhamdulillah, saya tetap masih duduk di kerusi ini sampai ke hari ini. Sebaliknya, pemimpin Umno itu pula yag ‘ghaib’ dari arena politik tanah air.

Saya kadang-kadang menjadi hairan memikirkan telatah orang Umno ini. Dalam Dun Kota Seputih misalnya, mereka cukup beria-ia untuk mempertahankan diri dengan menggunakan instrument mahkamah untuk mengelak dari memasuki pilihan raya.

Itu bagi kerusi dia yang selamat; itupun masih berdalih untuk diuji melalui pilihanraya. Sebaliknya mereka cukup ghairah untuk mendesak saya mengosongkan kerusi Menteri Besar sedangkan tiada apa-apa keadaan sedikitpun yang memaksa suasana atau menyalahi undang-undang yang membolehkan saya membuat pengosongan.

Kepada ramai pemimpin PR kita sudah lama dapat membaca bahawa telah menjadi ‘grand design’ mereka untuk mencipta suasana yang tidak tenteram di semua negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kita tahu itu. Bukan kita tidak tahu.

Secara logiknya, semua orang kena faham bahawa saya bekerja dengan Parti Islam SeMalaysia. Jika Umno yang mendesak saya, maka saya sewajarnya boleh bersyukur; bahkan berbangga kerana saya sudah dikira berjaya mengkucar kacirkan Umno. Mereka sudah keluh kesah.

Jik (katakanlah) saya terus dilarang juga untuk memohon kemusanahan Umno secara terbuka, maka saya masih lagi boleh mengangkat doa secara bersedirian.

Saya masih boleh meminta supaya umat Islam terus berdoa secara senyap-senyap agar Allah SWT menurunkan kemusnahan kepada mana-mana pihak, termasuklah pemimpin Umno yang menyekat Islam dan menyekat pemberian wang royalti itu dari melalui tangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Oleh TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Wednesday, December 9, 2009

Perlukah "Scotland" Malaysia?

Oleh tokpepijat

Scotland adalah salah satu negeri yang tergolong dalam United Kingdom atau Britain. Selainnya, England, Wales dan Ireland Utara. London ibu negara UK terletak di England. Oleh kerana London terletak di England maka menunjukkan England adalah ketua dan mempunyai pengaruh ke atas negeri-negeri di UK.

Sikap pandangan rakyat Scotland terhadap UK adalah negatif. Mereka merasakan England dan UK umpama penjajah terhadap tanah air mereka. Rakyat Sotland akan menunjukkan sikap membenci terhadap England/UK dalam apa jua perkara.

Sekiranya berlangsung perlawanan bolasepak antara England dan Scotland umpama "perang" melawan penjajah. Begitu juga jika nyanyian lagu kebangsaan UK "God Save Queen" berkumandang ianya bakal diboo dan diejek oleh rakyat Scotland.

Kemuncak kepada benci dan meluatnya rakyat Scotland terhadap UK ialah rakyatnya mengadakan referendum untuk keluar dari United Kingdom.

Tidak diketuai mengapa rakyat Scotland begitu benci kepada England dan UK. Adakah London mengamalkan sikap "membuli" ke atas Edinburgh? Atau diskriminasi ? Atau ini adalah permusuhan ratusan tahun silam?

Harapnya Putrajaya tidak mengamalkan sikap seperti London ke atas Edinburgh kepada Kota Bahru, Shah Alam, Alor Setar dan Geogretown.
Kita tentunya tidak mahu timbul kebencian rakyat di negeri PR terhadap Putrajaya gara-gara sikap membuli dan diskriminasi terhadap negeri mereka.

Kita juga tentunya tidak mahu peristiwa memboo lagu "God save the Queen" berlaku terhadap "Negaraku" nanti.
Insaflah wahai Putrajaya!

Sikap dan Tingkahlaku dlm GLC Felda

Oleh Gen-2 FELDA

Salam Sejahtera Tuan Pengarang, Saya harap agar pihak Tuan dpat menyebarkan maklumat ini agar terbongkar segala kerosakan dan kebinasaan yang akan berlaku dalam GLC Felda ini yang ditunjangi oleh kroni-kroni Rosmah Mansor dan juga Najib 1Malaysia..

Inilah saja cara yang dapat kami lakukan selain daripada membuat aduan yang tidak akan dilayan oleh sesiapa pun malahan jika tidak bernasib baik, akan dikenakan tindakan yang berat walaupun sekadar untuk mencari dan menegakkan kebenaran.

Jasa baik pihak Tuan amat saya hargai. saya akan menghantar segala maklumat-maklumat terbaru yang berkaitan dengan GLC ini untuk mededahkan segala kepincangan yang membebankan semua petugas-petugas yang amat tertekan lagi lemah. Sekian.

KPI GLC FELDA VS KPI NAJIB 1MALAYSIA

Sistem KPI (KEY PERFOMANCE INDICATOR) yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri 1Malaysia baru-baru ini adalah merupakan cerita lama yang telah ditayang semula. Betulkah boleh menjadi kenyataan sebenar bila ianya dilaksanakan. Mari kita lihat apa yang berlaku di Felda Holdings sebuah syarikat yang diterajui oleh anak emas Dato Seri Najib 1Malaysia (Datuk Bakke).

Sistem KPI telah lama dilaksanakan di Felda Holdings sebelum kedatangan DATUK BAKKE dan TAJUDDIN CARRIM lagi. Walaubagaimanapun, memang diakui sistem KPI ini baik bagi meningkatkan motivasi petugas jika perlaksana (pemberi markah KPI) tersebut benar-benar mengikut konsep dan prinsip sistem berkenaan. Malangnya sistem ini tidak digunapakai oleh TAJUDDIN CARRIM dan kroninya semasa menentukan kenaikan pangkat petugas kerana terdapat PETUGAS YANG KUAT MEMBODEK dan tak tahu buat kerja, tetapi beliau dinaikkan pangkat juga. Contoh yang terbaru ialah kenaikan pangkat PENGARAH EKSEKUTIF ke jawatan PENGARAH EKSEKUTIF KANAN yang diumumkan baru-baru ini. Tiga nama telah diumumkan. Salah seorangnya adalah manusia yang bernama HALIM HAMID. Rata-rata petugas tidak berpuashati dengan kenaikan dan perlantikan beliau sebagai PENGARAH EKSEKUTIF KANAN ini kerana sepanjang perkhidmatan beliau memegang beberapa tampuk syarikat kumpulan Felda, belum pernah syarikat berkenaan mendapat keuntungan.

HALIM HAMID ini atau lebih dikenali sebagai HALIM PENDEK atau HALIM MISAI TEBAL ini pernah menerajui syarikat FELDA RUBBER INDUSTRIES, dimana syarikat ini pada masa itu telah didapati mengalami kerugian beratus juta akibat dari shortage stock yang berjumlah BERIBU-RIBU MT. Semasa beliau menerajui Felda Trading pula, syarikat berkenaan telah KERUGIAN LEBIH RM 100 JUTA. Ini berlaku apabila beliau telah mengarahkan akauntan supaya meminda akaun setiap bulan supaya menampakkan keuntungan walaupun sebenarnya syarikat itu mengalami kerugian. Sebaliknya, CEO yang mengambilalih syarikat ini pula telah dipersalahkan atas kerugian tersebut berakibat dari tindakan yang dilakukan oleh HALIM PENDEK ini. Walaupun orangnya pendek, kerugian yang berlaku adalah sangat banyak dan berpanjangan. Walaupun beliau PENDEK, tetapi akalnya PANJANG untuk menipu dan bermain wayang.

Selepas merugikan kedua-dua syarikat ini (hingga sekarang masih nyawa-nyawa ikan), beliau telah dilantik pula menjadi CEO di FELDA KOKO atau MCM. Syarikat ini juga mengalami nasib yang sama seperti dua syarikat diatas, mengalami kerugian berjuta-juta ringgit. Ini berlaku akibat daripada kelemahan pengurusan HALIM PENDEK ini. Soalnya disini, bagaimana beliau boleh dinaikkan pangkat sehingga berada dalam kedudukan yang tinggi dalam sesuatu syarikat? Hebatkah DIA? Pandai sangatkah DIA urus syarikat? Apa ilmu yang DIA pakai? Apa tangkal yang DIA ada? Itu tak pastilah. Yang pasti, semua petugas tahu sikap BODEK yang beliau ada sehingga menggunakan isterinya untuk MEMBODEK isteri TAJUDDIN dan DATUK BAKKE. Nampak gayanya dua-dua (LAKI BINI) pandai dalam urusan BODEK ini. Apakah ini yang dikatakan sebagai KPI? Adalah diharapkan agar mendapat perhatian wajar dari Ybhg. Tan Sri Yusof Noor supaya budaya BODEK ini terhapus dari menjadi budaya dalam Felda ini.

Sekian.

“BODEK BUKAN BUDAYA KITA”

- Gen-2 FELDA -

Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat

Oleh Rozaini Mohd Rosli

Apakah Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat akan menjadi sesuatu yang menguja setiap wanita (dan juga lelaki) di negara ini?

Apakah yang diingini oleh wanita Malaysia, yang sebahagian mereka adalah pengundi dalam pilihanraya dan berperanan besar dalam menentukan sama ada Pakatan Rakyat akan menerajui kepimpinan negara Malaysia atau sebaliknya?

Wanita berkuasa memilih pemimpin mereka. Adalah wajar wanita memilih pemimpin yang memelihara kepentingan mereka dengan baik dan adil. Tentunya pemimpin sedemikian mempunyai beberapa ciri khusus yang menjadikannya istimewa di kalangan wanita.

Keperluan menjaga kemaslahatan wanita dituntut bukan sahaja oleh gerakan hak asasi manusia bahkan oleh setiap agama dan budaya. Sejarah Islam telah mencatatkan bahawa Rasullah saw sendiri telah mengkhususkan supaya kepentingan wanita itu dipelihara sebaik mungkin agar keadilan terlaksana dalam semua bidang aktiviti manusia. Gesaan itu memberi implikasi bahawa Agenda Kesejahteraan Wanita yang bersepadu (integrated) mestilah didokong dan dihayati juga oleh semua lelaki dalam memastikan kejayaannya. Oleh itu, hubungan lelaki-wanita atau relasi lelaki-wanita, menjadi intipati dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan di mana-mana saja. Kelemahan atau kesilapan dalam memahami hubungi ini akan menghasilkan berbagai kepincangan dan ketidakadilan dalam masyarakat sehingga akan berlaku pemberontakan dari salah satu golongan tersebut sebagaimana yang disaksikan dalam kurun ke 18 yang lalu. Revolusi Industri di Eropah telah menghasilkan suatu keadaan di mana wanita ditindas – tidak diberi upah setara dengan lelaki walaupun melakukan kerja-kerja yang serupa, tidak diberi hak menyuarakan pendapat dan mengundi, tidak disokong dalam memikul bebanan rumahtangga dan pendidikan anak-anak (walaupun terpaksa bersama menyara keperluan ekonomi keluarga) dan tidak diperlakukan sebagai insan tetapi sebagai barangan dalam undang-undang di kebanyakan negara di Eropah dan Amerika ketika itu.

Feminisme adalah natijah yang lahir dari kepincangan dalam urustadbir negara, sektor perindustrian dan kehidupan manusia zaman itu. Ia dirujuk sebagai Feminisme Gelombang Pertama (The First Wave Feminis). Ia diterajui oleh Mary Wollstonecraft (1759-97) yang menganalisa dan mengetengah bentuk-bentuk diskriminasi terhadap wanita dan wanita pekerja, dalam mendapatkan hak pendidikan serta penglibatan dalam pentadbiran kerajaan dan sektor-sektor penting yang lain. Dalam fasa ini, hasil pergerakan feminis, sebahagian wanita di Barat telah mendapat hak untuk mengundi, mendapat persamaan hak dalam pemilikan harta (property rights) dan akses dalam peluang-peluang pendidikan, pekerjaan serta diberi pengiktirafan di sisi undang-undang. Sebelum itu, wanita Barat adalah sama taraf mereka seperti barangan, tiada identiti dan tidak mempunyai sebarang hak pemilikan; bahkan tidak berhak membuka akaun di bank-bank sedia ada ketika itu.

Gelombang pertama itu kemudian disusuli oleh The Second Wave Feminism yang menggesa wanita diberi hak dalam menentukan halatuju kehidupannya dan diberi hak kesamarataan (atau kesetaraan) dengan lelaki. Fasa ini menyaksikan feminisme menjadi sangat agresif sehingga menuntut sesuatu yang tidak mungkin mendapat mandat dari ramai wanita walaupun di antara mereka mengalami berbagai bentuk penindasan dalam kehidupan berkeluarga, berkerjaya dan dalam masyarakat. Di antara pemikiran yang ketara diperingkat ini ialah bahawa perbezaan biologi di antara lelaki dan wanita menjadi penyebab utama pendominasian lelaki ke atas wanita. Ia merujuk kepada tugas dan keupayaan wanita untuk melahirkan generasi masa depan manusia mestilah dipindahkan kepada keupayaan teknologi untuk melakukan yang serupa agar wanita diberi kuasa pilihan untuk melahirkan zuriat ataupun tidak. Teknologi adalah penting untuk membebaskan wanita dari tugas reproduktif yang dianggap barbaric dan merendahkan martabat wanita. Ia mempunyai implikasi menghapuskan keluarga sebagai sebuah unit dalam struktur masyarakat.

The Third Wave Feminism atau Postmodern Feminism

Menurut para pengkaji, feminisme di Barat sebenarnya tidak sama dengan yang diutarakan di Asia. Tuntutan hak kesetaraan di Barat sudah mencapai tahap yang dikira melampaui nilai-nilai budaya dan agama Timur. Penerimaan homoseksualiti dan wewenangan menukar jantina serta de-emphasising the importance of family, merupakan sesuatu yang sangat asing bagi masyarakat Asia. Tetapi keadaan sedemikian (feminisme di Barat sebenarnya tidak sama dengan yang diutarakan di Asia) hanya bersifat sementara kerana aktivis gerakan feminisme adalah dari kalangan mereka yang sangat komited dalam perjuangan dan memiliki sifat-sifat strategis dan para intelektual yang berdaya saing. Apa yang diinginkan di Barat akan lambat-laun dituntut juga di Asia; hanya masa yang menentukan, kecuali wujudnya segolongan yang memperjuangkan Kesejahteraan Wanita yang berpandukan kepada pegangan dan nilai-nilai yang menjadi kepentingan masyarakat di Asia, khususnya di Malaysia.

Kelemahan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abd. Jalil dalam melantik wakil-wakil ke persidangan, forum-forum dan mesyuarat antarabangsa telah membiarkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keutamaan sebahagian rakyat Malaysia tidak diketengahkan dan dimaklumi kepada dunia.

Para NGO Malaysia yang menghadiri dan memberi laporan-laporan kepada badan-badan dunia juga tidak mempamerkan keseluruhan hasrat dan kehendak sebahagian rakyat Malaysia, khususnya Wanita Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, latarbelakang dan agama.

Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat perlulah dirangka setelah mengkaji semula sejarah dan kesan-kesan feminisme dengan telus, tulus dan teliti serta mengambilkira suasana dan keadaan budaya rakyat Malaysia. Tidak mungkin sesiapapun menolak perjuangan feminisme yang telah banyak mencelikkan warga dunia dan membawa perubahan besar ke arah mencapai kesetaraan gender untuk menghasilkan keadilan kepada sebahagian besar penduduk, wanita dan lelaki, di dunia dan di Malaysia. Perlu diiktiraf bahawa aktivisme feminisme telah berjaya mencipta alat-alat (tools) dan innovasi lain dalam usaha menepati keadilan yang merata dalam pengagihan sumber negara, pendapatan dan khazanah kepada rakyat yang memerlukan, memerangi segala bentuk keganasan terhadap wanita, dan meningkatkan status wanita dalam bidang-bidang sosio-ekonomi dan politik.

Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat sewajarnya terlebih dahulu menghimpunkan stakeholders yang pelbagai sifatnya, sebelum merangka suatu dasar yang akan menjadi suatu instrumen yang hebat yang boleh dicontohi oleh kelompok lain. Kesedaran itu menuntut berbagai pengorbanan dalam usaha untuk benar-benar memahami status dan keadaan wanita Malaysia. Usaha besar itu melibatkan dialog yang merangkumi isu dan soal budaya, latarbelakang dan agama yang berbeza yang memerlukan keprihatinan, kesabaran dan toleransi yang mendalam. Ia tidak dapat dilaksanakan dalam keadaan yang tergesa-gesa, atau menciplak saja apa yang telah orang lain anjurkan, dan jauh sekali membenar orang lain memaksakan agenda yang tidak menepati secara keseluruhannya citarasa wanita Malaysia, khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Feminis sedang menghadapi krisis identiti. Evolusi feminisme masih belum berjaya menggembleng seluruh wanita untuk mencapai a unified agenda. Apakah Agenda Kesejahteraan Wanita Pakatan Rakyat mampu melakukannya?

Pakatan Rakyat tidak boleh leka atau menganggap enteng hal-hal wanita kerana kini wanita semakin berpengaruh dan berkuasa memilih apa yang mereka kehendaki dan sudah rampant diperkatakan bahawa the Future is Female.

Mahathir dan Nazri - dua kali lima

Oleh Kuda Ranggi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Nazri Abdul Aziz menuduh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang bersikap perkauman kerana mempertahankan Biro Tata Negara atau BTN.Menjawab tuduhan itu, Tun Mahathir secara terang-terangan menuduh Nazri juga seorang yang bersikap perkauman kerana menganggotai sebuah parti politik perkauman, iaitu UMNO. Mahathir cabar Nazri supaya letak jawatan.



Jawab pula Nazri, dia menyertai parti perkauman yang sudahpun wujud kerana ingin berkhidmat dengan kerajaan dan dia tidak terlibat dalam penubuhan parti perkauman itu tetapi Mahathir bertanggungjawab membentuk dasar parti perkauman itu.

Yang pasti dan benar, kedua-dua mereka akhirnya bercakap benar, kedua-dua mereka adalah sebahagian dan sama-sama menyumbang kepada sistem perkauman yang wujud di negara ini.

Benar, UMNO adalah parti politik perkauman, begitu juga dengan hampir semua parti politik di negara ini - perkauman adalah kekuatan bagi mereka. MCA, MIC, DAP, LDP, PPP, IPF , PAS , Gerakan dan parti-parti kecil-kecilan yang lain berpaksikan kaum. Itulah kenyataan, itulah hakikat politik Malaysia.

Begitu juga dengan BTN dan beberapa lagi agensi pemerintah yang tidak boleh dinafikan bersikap perkauman. Semuanya itu kerana wujud politik perkauman. Perkauman adalah sesuatu yang bukan asing di Malaysia. Perkauman adalah satu kekuatan.

Jadi, tengkarah antara Nazri dan Mahathir, bukan sesuatu yang baru dan tidak asing kepada rakyat, tidak memeranjatkan. Kedua-dua mereka adalah hasil sistem perkauman. Kedua-dua mereka betul apabila menuduh satu sama lain sebagai perkauman.

Elok sangat, dedahkan pekung di dada masing-masing untuk terus menjadi bahan ketawa oleh orang lain

Tunjukkan Mana Pemimpin Umno Yang Berfikiran Terbuka Seperti MB Kedah ?

Oleh ANgkasanuri

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.



"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki."Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.

"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.

Kenyataan ini menggambarkan keterbukaan serta sikap prihatin Ustaz Azizan tentang tanggungjawab dan amanah yang terpikul. Persoalannya ada tak mana-mana pemimpin Umno yang berfikiran terbuka seperti itu? Berani dan bersediakah mereka membuka pintu pejabat mereka mendengar kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan kepada rakyat? Apa yang berlaku apabila rakyat berhimpun untuk menuntut pilihanraya adil dan bersih? Apa yang berlaku apabila rakyat berhimpun untuk menghapuskan akta zalim ISA? Apa yang berlaku apabila rakyat berhimpun membantah kenaikan harga minyak? Apa yang berlaku apabila rakyat menuntut PPSMI dimansuhkan sebelum ini?

Mereka bukan sahaja membuat kezaliman dan menindas, tetapi apabila rakyat berhimpun menyuarakan suara hati dan bantahan, sebagai balasan mereka yang tidak berdosa sama ada golongan tua, kanak-kanak dan wanita dipukul dan dibelasah, disembur dengan gas pemedih mata dan air asid. Rakyat yang menegur kezaliman yang dilakukan dilayan seperti penjenayah yang merbahaya.

Bukan sahaja hak rakyat berhimpun untuk menegur tindakan dan perbuatan mereka dihalang dan disekat, hari ini hak rakyat nak berdoapun seolah-olah cuba dikawal. Mungkin selepas ini dalam era 1Malaysia mana-mana rakyat yang nak berdoa kena dapat tauliah dulu!

UMNO Cabul Hak Rakyat,Rampas Royalti Minyak!

Oleh NASRUDIN HASSAN TANTAWI

Rakyat tidak lagi percaya kepada kepimpinan UMNO dan BN terutama merujuk kepada kenyataan TPM(8 Julai 2009)bahawa soal royalti minyak Kelantan akan dijelaskan oleh Petronas sendiri dan UMNO dan BN kononnya tiada niat menyeleweng hak Kelantan.Hal ini sememangnya telah dijangkakan kerana rakyat sudah sedar bagaimana sepanjang PAS mentadbir Terengganu dahulu royalti telah dijadikan wang Ihsan



3. Wang sebanyak RM 253.6 juta yang dibayar oleh Petronas kepada Kelantan lesap tanpa diketahui ke mana alirannya (menurut http://www.chedet.cc/). Dikatakan bayaran telah bermula sejak tahun 1976 lagi. Stok Kelantan mampu memberi pulangan sebanyak RM 1 bilion setahun kepada Kelantan jika semua telaga beroperasi.

4. Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000). Ia cukup untuk tujuh generasi rakyat Kelantan (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut :

* Blok A18,
* Blok B17 & C19,
* PM3,
* Sub-Blok Ular,
* PM301 & PM302,
* PM303,
* PM311 & 312

5. Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

6. APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN ? Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

* Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

* Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

* Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

* Kerajaan UMNO dan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

7. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

8. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

* Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.

* PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

9. PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

* Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
* Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009
* Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
* Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

10. Sebab itulah UMNO dan BN berusaha keras untuk merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi UMNO dan BN untuk merampas Kelantan semula.

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion). Sebab itulah UMNO dan BN mahu merampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

Monday, December 7, 2009

Najib......adakah anda mencuri aiskrim Magnolia?

Oleh Tok Pijat

Ramai pem[najib+66.jpg]impin politik mengambil tindakan menyaman jika ada mana-mana individu, akhbar maupun organisasi mengfitnah mereka. Mereka sanggup na ik mahkamah untuk menepis segala tuduhan yaang didakwa mereka sebagai fitnah. Ini langkah terpuji, berintegriti, bermaruah , berani dan berjiwa besar.



Kita lihat bagaimana Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew dan anaknya PM Singapura pernah menyaman Ketua Pembangkang Singapura Jeyakumar di mahkamah atas tuduhan fitnah. Hasilnya kedua beranak itu menang dan dapat gantirugi manakala Ketua Pembangkang tidak dapat bertanding dalam Pilihanraya.

Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Mustafa Ali dan Husam Musa juga ambil tindakan seperti Kuan Yew dan mereka menang, dapat bersih nama dan dapat ganti rugi dari akhbar yang menfitnah mereka.

Begitu juga Presiden PAS TG Haji Abdul Hadi Awang bertindak menyaman akhbar British yang menuduhnya pengganas. Beliau menang dan akhbar kena bayar gantirugi.

Semuanya bukan kerana mereka ini "lapar pitih", tetapi demi maruah diri dan berintegriti. Tuduhan dan fitnah oleh pihak berkenaan sesuatu yang berat dan serius. Mereka mahu bersihkan nama dan tidak mahu sewenang-wenangya ada pihak menghina dan menuduh tanpa bukti. Mereka bawa ke mahkamah demi keadilan dan kebenaran.

Malangnya PM Najib tidak berani bertindak demikian. Sekadar naik pentas ceramah dan bersumpah. Terkini hanya keluarkan kenyataan, " Saya tidak layan tuduhan sembrono dan dakwaan itu tiada asasnya."

Beginikah kepimpinan berintegriti, bermaruah dan punya harga diri.Bersihkah nama anda kalau bertindak demikian? Mengapa takut menyaman dan bersihkan nama anda di mahkamah? Sedangkan ramai hakim di Malaysia sudah ramai makan gula-gula "Hacks" pemberian anda ! Mengapa takut?

Tuduhan terhadap anda amat serius dan berat. Pembunuhan dan letupan bom.

Kalau sekadar tuduh anda mencuri sebatang aiskrim magnolia, bolehlah anda bersumpah di pentas ataupun menafikan ketika disoal oleh wartawan.

Kini, Bala menjadi "bala" buat PM Najib.

Disalin dari
http://tokpepijat.blogspot.com/

Jangan Sampai Guan Eng Memulakannya

Oleh Zolkharnain Abidin

Secara peribadi, saya sangat menghargai usaha mana-mana pihak memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada penghafaz al-Quran. Samada usaha itu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang atau oleh kerajaan BN seperti Terengganu misalnya, semuanya adalah baik dan bagus.



Saya berkesempatan pada awal bulan yang lalu mengunjungi Maahad Tahfiz al-Quran Pulai Chondong Kelantan kerana beberapa urusan rasmi. Memang mengagumkan.

Usaha yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ini memberi keuntungan besar kepada rakyat negeri itu secara khusus. Kelantan juga ada Maahad Tahfiz al-Quran Sains. Mereka bakal melahirkan sekian banyak profesional hafiz untuk menempati pelbagai institusi profesional.

Berbeza dengan kebanyakan maahad tahfiz yang ditubuhkan oleh pelbagai pihak, individu atau badan tertentu, dalam keadaan maahad tahfiz tersebut menerima sesiapa sahaja untuk menghafaz al-Quran, termasuk yang tidak tahu membaca al-Quran, Maahad Tahfiz Pulai Chondong hanya menerima pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR dan lulus temuduga yang dianjurkan oleh maahad itu.

Maksudnya, maahad itu hanya menerima yang terbaik sahaja.

Tentunya, ini mengikis tanggapan negatif sebahagian orang, pengajian hafaz al-Quran dan pengajian Islam hanya untuk mereka yang lulus corot dalam peperiksaan awam sahaja. Sedangkan hakikatnya, menghafaz al-Quran memerlukan keupayaan otak yang tinggi.

Negara kita memiliki banyak sekolah yang menempatkan pelajar cerdik. MRSM, sekolah-sekolah menengah sains dan sekolah cluster misalnya. Di Perlis, ada MRSM Beseri, Sekolah Menengah Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Derma, Sekolah Menengah Dato’ Syeikh Ahmad, semua sekolah ini hanya menerima pelajar terbaik UPSR sahaja.

Termasuk juga dua SMKA iaitu Sekolak Menengah Kebangsaan Agama Arau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Perempuan Kangar. Tidak terkecuali Madrasah Alwiyah, sebuah sekolah menengah agama milik kerajaan negeri.

Persoalannya ialah, mengapa sekolah-sekolah menengah yang berpelajar cerdik ini tidak menerapkan subjek hafalan al-Quran?

Tidak perlu hafaz al-Quran semuanya kerana memang difahami bahawa pelajar-pelajar tersebut terbeban dengan banyak subjek peperiksaan awam. Cukup sekadar setahun 3 atau 5 juzuk misalnya, dan kalau itu masih berat juga, 1 atau 2 juzuk juga sudah memadai. Apabila mereka tamat PMR, sekurang-kurangnya mereka menghafaz antara 9 hingga 15 juzuk al-Quran atau sekurang-kurangnya 3 juzuk al-Quran.

Kementerian Pelajaran tidak perlu berpening-pening kepala berfikir untuk menerapkan pelbagai subjek siviklah, kenegaraanlah, kesedaran bahaya dadahlah yang belum tentu hasil dan kesannya itu, kerana diyakini pelajar yang hafaz al-Quran tentu akan terhindar daripada gejala negatif itu.

Pelajar Maahad Tahfiz Pulai Chonding Kelantan belajar 9 sembilan subjek untuk peperiksaan PMR, belasan subjek lain dalam bahasa Arab, dalam masa yang sama mereka hafaz al-Quran. Hasilnya, mereka cemerlang PMR, hafaz al-Quran dan menguasai cabang ilmu Islam yang lain termasuk bahasa Arab dengan baik.

Mengapa MRSM dan sekian banyak sekolah menengah sains di negara kita tidak melakukan ini semua? Mengapa masa hidup mereka sebagai pelajar muslim ‘dibazirkan’ dengan aktiviti yang entah apa-apa? Kalau mereka diperuntukkan masa untuk pendidikan seni, Tae Kwon Do, kumpulan koir, band dan banyak lagi, mengapa tiada difikirkan secara serius peruntukan masa untuk menghafaz al-Quran?

Saya seronok dengan kelahiran begitu banyak pusat menghafaz al-Quran, tetapi sayang, pusat-pusat ini kebanyakannya dipenuhi oleh mereka yang tiada tempat di sekolah-sekolah ternama tadi. Akhirnya, terkial-kiallah pelajar ini menghafaz al-Quran dengan serba kepayahan dan kesusahan.

Memang ramai yang berhasil menghafaz al-Quran juga sudahnya dan itu memang sangat bagus daripada dibiarkan mereka ‘menghafaz’ entah apa-apa, tetapi isunya ialah mereka hanya sekadar mampu membaca al-Quran sebagai imam dalam solat sahaja.

Sedangkan al-Quran bukan untuk dibaca dalam solat sahaja. Al-Quran perlu berada di dalam makmal sains, di mahkamah, di perut bumi, di dasar laut, di dalam kapal angkasa, di bank, di pejabat-pejabat korporat, dan di mana-mana lagi.

Tentulah mereka yang mampu membawa al-Quran ke lokasi itu semua adalah mereka yang sekarang sedang belajar di sekolah-sekolah bagus tadi. Tapi, kalau mereka tidak menghafaz al-Quran, bagaimana mereka mampu membawanya ke sana?

Jangan sampai Lim Guan Eng yang memulakan usaha ini, nanti ada orang menuduhnya sebagai mempermainkan al-Quran pula.

Antara Tak Tahu Nak Kata Apa-apa Dan Kata Entah Apa-apa

Muhyidin dah tak tahu nak kata apa-apa. Sebelum ini dia memang pandai berkata-kata. Senang saja, kalau tak tahu nak kata apa-apa, jangan kata apa-apa. Biarkan MB Kelantan terus dengan doanya.Mudah-mudahan bila TPM diam, itu membawa petanda positif bahawa royalti minyak untuk Kelantan akan dibayar



Kalau bayar royalti minyak kepada Kelantan, tentu tidak timbul isu Nik Aziz akan doa pecah perut. Bukankah mudah, mesra, selamat, indah, nyaman, kalau begitu. Mengapa pilih jalan susah?

Royalti minyak hak Kelantan dan doa juga menjadi hak rakyat Kelantan. Apa pula hak Umno? Ya, hak Umno ialah merampas hak orang.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno ini pula, kata entah apa-apa. Chan Ming Kai pakai baju Melayu sempena Aidil Fitri dan menyertai takbir raya pun diungkit kembali.

Alahai, kalau inilah piawai pemikiran SU Perhubungan Umno Perak, nampaknya makin jauhlah untuk Umno mendapat kembali sokongan rakyat Perak. Bercakap entah apa-apa.

Di Kedah, ADUN Umno tidak hadir sidang DUN sampai kerusinya diisytiharkan kosong. Di Perak SU Perhubungannya bising pasal ADUN PKR yang bukan Melayu menyertai majlis takbir. Di Pulau Pinang, ADUN BN digantung daripada menghadiri sidang dewan kerana tunjuk ‘p***g**gnya’.

Memang benar madah Tun Dr M, Umno busuk dari kepala sampai ke usus.

Disalin dari http://bongkarsauh.blogspot.com/

Ita janji tak buat lagi... Abah.. Bagilah balik tangan Ita..!!

"Ita berjanji tak buat lagi..."

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,l akaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !"

"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masu ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.

Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraungdia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya ...

ummi..

' sayang anak sepenuh hati...sayang harta ala kadar cukup..harta takkan mendoakan kita bila sudah tiada di dunia..'

Disalin dari http://haninasution.blogspot.com

Nik Aziz: Umno dalam keadaan 'lemas'

Ahli dan penyokong PAS yang penuh sesak membanjiri Dewan Ustaz Fadhil Noor, di Markas PAS di Taman Melewar malam tadi beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk terus memimpin Kelantan.

Sebelum menteri besar itu menyampaikan ucapan, pengerusi majlis, Tarmizi Mat Jam meminta lebih 1,000 hadirin supaya bangun dan dewan tersebut bergema beberapa kali dengan laungan"Kita Sokong Tok Guru Nik Aziz" dan "Sokong Tok Guru" dan diiringi laungan takbir sebanyak tiga kali.

Tarmizi yang juga naib yang dipertua PAS Batu mengetuai acara tersebut pada kira-kira jam 11 malam sebelum Nik Aziz menyampaikan ucapan bersempena menyambut perayaaan jubli perak PAS kawasan tersebut.

Laungan itu berlangsung selama lima mini, yang turut disertai beberapa pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat antaranya, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin; yang dipertua PAS Batu, Ishak Surin; ahli parlimen Batu, Tian Chua; pengerusi Kelab Penyokong PAS India, Balasubramaniam serta bekas pemimpin PAS Hassan Shukri dan Subky Latif.

Tarmizi berkata, ia sebagai kesinambungan kepada sokongan rakyat Kelantan yang ditunjukkan kepada Nik Aziz Jumaat lalu.

Beliau berkata, pada mulanya pihaknya bercadang mengedarkan lilitan kepala kepada hadirin - seperti yang dilakukan oleh penyokong menteri besar di Kelantan, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, hasrat tersebut tidak kesampaian ekoran kesuntukan masa untuk menyiapkan lilitan tersebut.

Nik Aziz yang juga pesuruhjaya Kelantan dilihat tersenyum dan gembira dan kemudiannya kelihatan bersemangat untuk menyampaikan ceramahnya.

Semangat berucap

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Umno kini berada dalam keadaan "lemas" dalam usaha mereka untuk merampas semula Kelantan dari PAS dan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Katanya, walaupun menyedari mereka berada dalam keadaan begitu, Umno masih "meraung-raung" dengan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita mereka mengambil semula negeri itu.

"Oleh kerana mereka dalam keadaan lemas, mereka meraung-raung bermacam-macam, termasuk tuduhan yang dilemparkan kepada saya.

"Dia (Umno) tengok saya berserban, tidak pandai memerintah negeri dan saya pakai jubah tak tahu apa-apa pun. Jadi tuduhan itu macam-macam. Dia tahu bahawa dia sedang lemas.

"MCA (sekarang) kacau bilau sedangkan MCA jadi tongkat (BN) sebelah kanan. MIC, jadi tongkat kiri, kini jadi kacau bilau. Oleh kerana tak tahu nak buat apa, mereka lempar tuduhan kepada saya," kata Nik Aziz.

Nik Aziz mengulas mengenai situasi politik terkini yang hadapinya termasuk demonstrasi yang dianjurkan oleh Umno minggu lalu yang mendesak beliau melepaskan jawatan berhubung isu doanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

'Umno lemas'


Dalam ceramahnya malam tadi itu, Nik Aziz berkata Umno kini berada dalam keadaan 'lemas' dengan memberikan beberapa situasi dalam politik parti itu, antaranya Umno Terengganu berpecah kepada dua kumpulan dan krisis di Perak di mana berlakunya usaha perebutan merampas kerusi speaker DUN.

Mursyidul am PAS itu juga mengumpamakan Umno sebagai seorang 'datuk yang cuba memujuk cucunya yang tidak mahu berhenti menangis setiap pagi'.

"Oleh kerana mahu cucunya senyap (dan) tidak menangis, dia kata, burung, burung, Nik Aziz, Nik Aziz," katanya, yang membuatkan kira-kira 1,000 hadirin ketawa dan memberi tepukan .

Menurut Nik Aziz, Umno juga berada dalam keadaan terdesak apabila mereka membuat rayuan menangguh pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa kerusi DUN Kota Siputeh kosong.

"Kota Siputeh itu kawasan dia. (Ia) telah dikosongkan oleh speaker dan mahkamah bersetuju (bahawa) speaker ada kuasa penuh (untuk isytihar kerusi itu kosong).

"Speaker itu umpama pengadil dalam perlawanan bola sepak. Kalau (keputusan) pengadil boleh dibantah lagi, tak main bola lah, kita panggil berlaga betih lah," kata Nik Aziz yang mencuit hati para hadirin.

"Keputusan speaker kita nak tolak macam mana, dia raja. Dalam DUN dan parlimen, speaker adalah raja. Dalam padang bola pengadil jadi raja. Begitu logiknya," tambahnya.

Program BTN


Menurut pesuruhjaya PAS Kelantan itu, Umno juga kini berada dalam keadaan 'lemas' apabila terdapat pendedahan yang mendakwa program anjuran Biro Tatanegara (BTN) mempunyai unsur perkauman.

"Kerja dia bertahun-tahun, hilang sekelip mata kerana rahsia BTN ini bukan untuk menyelamatkan negara tapi nak kata orang Melayu (untuk orang) Melayu dan orang Cina (untuk orang) Cina," katanya.

Setakat ini, kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang mengarahkan pegawai dan kakitangannya supaya tidak menghadiri kursus anjuran biro tersebut.

Mengulas isu doanya supaya Allah membetulkan pandangan Najib yang juga presiden Umno berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan, Nik Aziz berkata, adalah untuk menjadi tugas orang yang dizalimi berdoa kepada Allah agar mendapat haknya kembali.

"Buat apa perkara yang jahat atas muka dunia, musnahkan. Lepas tu marah. Habis nak cakap macam mana lagi, nak tolong orang jahat. Ya Allah tolong lah orang jahat, mana boleh.

"Beliau (Najib) nak beri (royalti) beri. Kalau tak beri, beliau berdepan dengan kemusnahan," katanya,

Bahkan, kata Nik Aziz, doa orang kafir yang dizalimi mustajab disisi Allah SWT.

Malaysiakini.

Friday, December 4, 2009

Adab mendengar azan

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati... Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratulmaut'.


Diriwayatkan dari sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak ALlah akan kelukan lidahmu ketika maut menghampiri...."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.



Banyak fadhilatnya! Jika lagu Kebangsaan Negaraku kita diajar agar berdiri tegak dan mendiamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut ALlah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan bermohon kepada ALlah supaya lidah kita ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut...InsyaALlah.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbal a'lamin....."


Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini...Subhanallah... Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah dan Nabi Muhammad Adalah Rasul ALlah. Dimulai dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.

Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan ALlah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia.

Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia....

Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikut alunannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.

Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.


Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam. Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.

Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar! Aku bersyukur kerana dapat mengecap nikmat menjadi hambaMu dan Umat Muhammad..... dan ingin selalu ku katakan dalam hatiku tiada seruan lain lagi sepenting seruanMu, Ya ALlah!

Disalin dari http://shiela-sweetmomentos.blogspot.com/

Puluhan ribu rakyat berhimpun sokong Tok Guru

M Faqih

KOTA BHARU, 4 Dis: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

Tidak kurang juga kelihatan ramai anggota polis yang terpaksa berkawal di sepanjang jalan.

Medan Ilmu di Jalan Tok Pati menyaksikan sokongan terhadap kepimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak pernah surut.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Ketua-ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud dan penduduk bukan Islam serta pemimpin KeADIlan negeri.

Lebih menarik lagi apabila pemimpin masyarakat Cina, India dan Siam turut berucap di hadapan ribuan yang hadir.

Ah Seng mewakili masyarakat Cina menyatakan kaum tersebut di Kelantan dapat hidup aman damai di bawah pemerintahan PAS yang dipimpinan Tok Guru.

“Masyarakat Cina berdiri teguh di belakang Tok Guru. Kami masyarakat Cina menentang keras usaha-usaha pihak lawan yang mahu menjatuhkan Menteri Besar,” katanya diikuti laungan takbir orang ramai.

Tharuman wakil masyarakat India juga menyatakan masyarakat India di Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Tok Guru.

Ucapan dalam bahasa Tamil membuat orang ramai menjadi riuh rendah seketika.

Wakil institusi pondok tradisional di Kelantan, Ustaz Awang Yusof dari Pondok Gelang Mas, Pasir Mas secara terbuka meminta rakyat Kelantan tanpa mengira agama dan bangsa memberi sokongan padu kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Wakil KeADILan yang begitu bersemangat berucap berkata, ribuan rakyat yang hadir hari ini tidak dibayar sesen pun untuk hadir menyatakan sokongan kepada Menteri Besar.

“Tidak ada sebuah kerajaan yang bersih di negara ini kecuali Kelantan sepanjang ditadbir Tok Guru hampir 20 tahun,” ujarnya.

Beliau juga mencabar pemuda Umno berdebat pada bila-bila masa untuk membincang isu royalti yang menjadi hak milik rakyat negeri ini cuba dinafikan perdana menteri.


Anwar mahu Australia pantau PRU-13

Oleh G. Manimaran

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengetuai ikatan pembangkang menghadapi pilihan raya umum Mac 2008 meminta Australia menghantar pasukan pemerhati untuk memantau perjalanan pilihan raya umum ke-13 yang ramai jangkakan kemungkinan diadakan dalam waktu terdekat.



Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013 tetapi ramai meramalkan ia kemungkinan dipanggil dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh dua tahun.

Dalam temu bual dengan akhbar Australia, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, ikatan tidak formal yang dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008 memberitahu bahawa sistem pilihan raya negara ini masih memperlihatkan beberapa kekurangan yang tidak memihak kepada mereka.

Kempen pilihan raya yang dijangkakan tahun depan bukan sesuatu yang mudah bagi Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat — yang kedua dalam tempoh 10 tahun.

Pada pilihan raya umum tahun lalu PR yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS memenangi 82 kerusi Parlimen dengan menafikan kedudukan majoriti dua pertiga yang dinikmati Barisan Nasional (BN) sejak 50 tahun lalu.

Malah PR menguasai Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Selangor. Bagaimanapun Perak kembali diambil alih oleh BN selepas tiga wakil rakyat PR keluar parti masing-masing.

"Senarai pemilih tidak boleh dicabar, tiada liputan (bebas) media, anggota keselamatan (juga) bukan berpihak kepada kami," kata Anwar dipetik The Age. Tulisan akhbar itu dimuatkan dalam blog beliau hari ini.

"Pada masa lalu (pilihan raya umum ke-12 Mac 2008) kami telah lakukan dengan baik. Kali ini kami meminta negara-negara seperti, termasuk Australia, agar menghantar pasukan bebas (untuk memantau perjalanan pilihan raya).

"Jangan bercakap pasal demokrasi jika anda menafikan perkara ini dan mengatakan yang baik-baik sahaja untuk menyenangkan pemimpin-pemimpin diktator dan autoritarian," kata Anwar memenangi kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil Ogos 2008.

Negara pernah menerima kehadiran pasukan pemantau ketika pilihan raya umum 1990.

Ketika lawatan ke Malaysia tahun lalu, Perdana Menteri Australia Kevin Rudd memuji Malaysia sebagai negara yang demokrasinya berkembang dengan baik meskipun diselubungi dakwaan adanya unsur membeli undi dan rasuah.

Bagaimanapun Anwar berpendapat bahawa Rudd telah silap dalam pandangannya itu sambil menyifatkan ia sebagai kenyataan diplomatik semata-mata.

Kata Anwar, untuk mengatakan bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi yang mantap dengan jelas menggambarkan salah faham tentang isu sebenar yang wujud.

"Sistem kehakiman tidak bebas, anda tiada akhbar yang bebas. Rangkaian-rangkaian televisyen dikawal oleh parti pemerintah. Apakah bentuk demokrasi mantap yang anda bercakap?

"Saya mesti mengatakan bahawa dari segi hubungan dua hala, (Rudd) bukan sahaja hanya perlu menyedapkan kerajaan memandangkan pembangkng juga mempunyai komitmen untuk mempunyai hubungan dua hala yang mantap dengan Australia," kata Anwar yang dilihat sebagai intrumen utama dalam menyatukan pembangkang di bawah ikatan PR.

Anwar akan berada di Australia esok untuk bercakap mengenai pengalaman komuniti Islam di Asia Tenggara pada majlis Parlimen Agama Dunia di Melbourne.

Beliau juga akan menyampaikan syarahan di Monash University berhubung pengalaman Asia dalam menghadapi krisis kewangan dunia.

Hiburan Malaysia yang semakin melalaikan

Oleh Arif Husaini

Apabila dikemukakan wanita cantik dengan pakaian terdedah, dan dengan cerita munkar seperti skandal seks, apa yang paling dilihat oleh orang ramai yang menonton? Tentu sekali aspek-aspek tarikan munkar dan melalaikan itu, walaupun katanya cerita itu mengandungi pengajaran



Baru beberapa minggu, dunia seni tanah air dikejutkan dengan kemunculan Jalang, sebuah filem yang memaparkan cerita munkar seperti ini, menggunakan wanita cantik sebagai tarikan untuk melariskan cerita.

Dan sudah pasti, pembuatnya ialah orang Melayu beragama Islam yang cuba mewajarkan cerita itu dengan pengajaran dan kisah wanita itu bertaubat, walaupun dilihat daripada poster filem ini yang terpapar di akhbar-akhbar, jauh sekali untuk dikaitkan dengan taubat.

Daripada apa yang telah muncul di media selama ini, saya dapat menyimpulkan filem ini tidak lebih daripada eksploitasi wanita dan menggunakan seks sebagai pelaris. Filem seperti ini memudahkan lagi untuk gejala sosial orang Melayu Muslim di negara ini terus memburuk.

Siapa lagi yang akan menonton filem ini kalau bukan orang Melayu yang sebahagian besarnya beragama Islam? Adakah pembuat filem ini tidak memikirkan kesan-kesan jangka panjang filem yang dibuat konon untuk menceritakan kisah taubat itu kepada umum?

Taubat ialah satu perkara besar dalam agama. Kenapa pembuat filem ini mempersembahkan cerita berkisar taubat ini dengan imej-imej munkar? Ini sangat tidak kena dengan apa yang kononnya ingin disampaikan itu.

Dunia hiburan kita kian sesak dengan hiburan melalaikan. Kita melihat hiburan realiti remaja-remaja yang bercita-cita menjadi artis menjadikan remaja-remaja itu sebagai idola dan ikutan ramai anak muda.

Hasil pengamatan saya sendiri, di rumah-rumah ramai orang Melayu satu keluarga berhimpun di hadapan televisyen menonton rancangan hiburan realiti popular Akademi Fantasia sepanjang malam.

Setiap daripada mereka pula mengenali remaja-remaja peserta rancangan itu, siap dengan latar belakang kehidupan dan bermacam-macam lagi. Tidak cukup dengan itu, mereka membeli majalah mengenai rancangan itu untuk mengenali lagi idola kesayangan mereka itu.

Hasilnya, apa yang ada dalam kepala mereka kalau bukan idola-idola ini. Hiburan menjadi satu agenda penting kehidupan mereka hari demi hari, daripada satu musim ke musim akan datang. Apakah harapan masa depan umat Muslim negara kita sekiranya sebahagian besar lebih suka berseronok dengan hiburan.

Di internet pula, semakin banyak blog yang memaparkan kehidupan selebriti yang amat mengejutkan lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan peranan mereka dalam rancangan di televisyen atau apa yang mereka katakan dalam wawancara-wawancara di akhbar.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menghadapi serangan hiburan munkar dan melalaikan yang semakin berleluasa ini. Mereka yang mempunyai autoriti dalam agama dan dihormati termasuk tokoh-tokoh politik perlu bercakap menentang perkara ini.

Pihak berkuasa mungkin boleh menggalakkan filem dan rancangan hiburan yang berfaedah dengan memberikan bantuan tertentu dengan menyediakan dana untuk membangunkan hiburan yang lebih berkualiti dan menyumbang kepada pembangunan spiritual bangsa.

Mereka yang terlibat dalam dunia hiburan, yang mempunyai kesedaran ini perlu menggiatkan lagi usaha untuk memperbanyakkan lagi hiburan yang berfaedah. Jangan biarkan unsur-unsur munkar terus diarusperdanakan.

DAP pijak gambar ‘katak’ salah, Pemuda BN bakar gambar LGE tak salah?

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) cukup hairan dengan ulasan akhbar berkaitan pimpinan DAP menggunakan gambar 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi bebas sebagai alas kaki menjadi isu yang sahaja dibesarkan untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR).



DPPN Pk mempertikaikan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang jelas menambahkan kemarahan rakyat dengan membakar gambar Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang semalam semasa himpunan haram yang di anjurkan oleh mereka.

DPPN Pk kesal dengan tindakan menggunakan gambar seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri dan juga Ketua Menteri yang dipilih oleh rakyat menjadi bahan untuk dibakar gambarnya adalah perbuatan biadap.

Jika pimpinan DAP yang dikatakan tidak pernah menyertai kursus Biro Tatanegera (BTN) hanya menggunakan gambar 3 ADUN ‘katak lompat’ tersebut sebagai alas kaki dipertikai, bagaimana pula dengan Pemuda UMNO / BN yang pernah menyertai BTN pula menggunakan gambar tersebut untuk dibakar adalah amat pelik dan menunjukkan sikap kebencian adalah jelas.

DPPN Pk meminta agar pengamal media supaya tidak mengamalkan sikap “double standard” di dalam melaporkan berita yang menyebabkan rakyat tidak akan menerima lagi maklumat atau berita yang akan dilaporkan. Rakyat yang dahagakan sumber maklumat dan berita yang telus serta benar akan mencari alternatif sebagai kebenaran yang perlu diperjuangkan.

SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, December 3, 2009

MARI KITA BERSAMA MEMAHAMI APA DIA SISTEM DUA PARTI

WALAU PUN TULISAN ARAB - IANYA MASIH MILIK MUSUH UMAT MANUSIA



PEPSI DAN COKE – ADIDAS DAN PUMA

Pada tahun 2009 ini wacana politik dalam negara kita cuba menyebarkan berita tentang kemungkinan terwujudnya sistem dua parti – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Malah huh hah huh hah tentang sistem dua parti ini telah tersebar lama. Ada yang menyeringai gembira seperti di malam pertama bedua-duaan di bilik bersama kekasih bila mendengar kemungkinan ini.

Sistem dua parti ini adalah satu penipuan. Satu illusi yang dirancang oleh kaum pemodal. Satu pemesongan projek demokrasi yang amat terancang untuk mengkaburi mata orang ramai agar gagal melihat intipati politik dan makna hakiki demokrasi.

Lalu saya bertanya adakah sesiapa yang dapat membezakan Pepsi dengan Coke? Adakah sesiapa yang dapat membezakan Adidas dengan Puma? Hakikatnya - pemilik saham Pepsi adalah juga pemilik saham Coke. Hakikatnya - Puma dan Adidas adalah dua beradik yang membuka peniagaan yang sama – satu kedai di kiri jalan dan sebuah lagi di kanan jalan. Kedua-duanya mengamalkan sistem kapitalis yang berlandaskan keuntungan. Yang membezakan hanya ejaan nama yang bermula dengan A dan P.

Kita wajib sedar bahawa kaum pemodal akan terus merancang untuk memastikan kepentingan ekonomi mereka selamat. Apa yang mereka pertahankan bukan saekar kebun getah atau sebuah Kancil. Yang mereka pertahankan ialah sistem ekonomi kapitalis yang selama 150 tahun ini telah mengembongkan saku dan dompet mereka. Sistem ini telah menjadikan mereka senang lenang dan kaya raya dengan harta berbilion-bilion dolar dan ringgit.

Kuasa yang mengancam dan menyusahkan kehidupan umat manusia dalam dunia hari ini sebenarnya adalah kuasa kaum pemodal. Kaum pemodal inilah yang merancang untuk memastikan parti apa yang naik and parti apa yang turun. Siapa dapat jadi menteri dan siapa yang akan dipencenkan. Para politikus dalam sistem kapitalis ini hanyalah Mat Heboh yang diupah berlabun di parlimen untuk mengubal undang-udang dan memastikan kepentingan kaum pemodal dijaga rapi.

Perhatikan bagaimana undang-undang yang diluluskan di parlimen TIDAK akan dan TIDAK pernah menyebelahi kepada kepentingan kaum buruh atau kaum pekerja. Perhatikan cukai mukai yang di kenakan. Pemotongan cukai untuk kaum pemodal akan diutamakan. Dalam masa yang sama mereka yang miskin akan berselirat dengan cukai mukai. Kalau tidak percaya sila tunggu cukai baru : Cukai Barang dan Khidmat. Akan terlondeh seluar dalam Mak Minah dan akan tergadai Cupcai Pak Ali bila cukai ini sampai.

Jika masih belum yakin biar saya nyatakan satu lagi contoh terbaik : lihat apa yang terjadi kepada dasar kerajaan Pakatan Selangor yang melarang bangunan didirikan di lereng bukit. Ini cita-cita Pakatan Rakyat ketika berkempen untuk membawa kebaikan dan keselamatan kepada warga. Lihat apa yang berlaku dibelakang tabir. Kaum pemodal – pemaju dan para kontrektor telah melobi. Akhirnya larangan ini ditarik kembali. Kenduri menarah bukit diteruskan kembali.

Lihat pula apa yang terjadi apabila berlaku runtuhan di Bukit Antarabangsa. Laporan yang ingin diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal kerana laporan ini disimpai oleh Akta Rahsia. Akta seperti ini semuanya diwujudkan untuk memastikan kaum pemodal – syarikat pemaju , kontrektor dan syarikat air - terselamat dan keuntungan mereka terjamin. Yang mati terkambus telah selamat ditalkinkan - jangan buat bising biarkan badan mereka dimakan cacing.

Ini bukan tohmah, propaganda atau berita putar yang saya ajukan kerana saya muflis dan tidak memiliki harta kekayaan. Ini adalah hakikat dihadapan mata kita. Buka mata dan dengar. Buka telinga dan lihat. Klik komputer dan baca. Jangan menjadi Mat Malas. Ketuk kepala lutut dan goncangkan kepala untuk berfikir. Nilai dan fahami mana yang tohmah, mana yang putar alam dan apa dia kebenaran

Kaum pemodal dan para kapitalis bergerak dengan licik. Ketika ini kaum pemodal di Malaysia melihat dan membaca tanda-tanda politik yang sedang berlaku dalam negara ini. Mereka menyedari bahawa gaya dan politik lama yang selama ini membawa keuntungan yang amat lumayan tidak mungkin akan berterusan. Apa yang terjadi pada 8 March 2008 mengajar mereka untuk memahami bahawa warga dalam negara ini mahukan perubahan dan sedang menuntut hak demokratik mereka.

Dengan arif dan dengan wang ringgit - kaum pemodal merancang untuk melahirkan apa yang dipanggil sistem dua parti. Contoh sistem dua parti ini sedang kita lihat berjalan dengan lancar di United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Di UK ada Parti Konservatif dan Parti Buruh. Di Amerika ada Parti Republican dan Parti Democrat.

Parti-parti ini bertukar ganti untuk menjalankan pentabiran. Madame Thatcher dari Parti Konservatif akhirnya diganti oleh Tony Blair dari Parti Buruh. George Bush Senior dari Republican di ganti oleh Bill Clinton dari Democrat. Kemudian Clinton di ganti oleh George Bush Junior yang kemudiannya digantikan pula oleh Barack Obama dari Parti Democrat.

Parti politik dan susuk yang memimpin pentabiran kelihatan ini bertukar berganti. Tetapi hakikatnya sistem ekonomi kapitalis tidak berubah. Inilah dia silap mata Pepsi Cola dan Coca Cola yang selama ini telah berjaya menipu. Kapitalisma tidak berganjak. Kaum pemodal tidak hilang keuntungan walau parti mana pun yang naik atau turun.

Justeru, perubahan antara Democrat ke Republican atau dari Konservatif ke Parti Buruh hanyalah satu ilusi untuk menipu orang ramai. Tidak ada apa-apa perubahan yang hakiki telah berlaku. Tuan punya bank masih kaya raya. Tuan punya kilang masih memerah tenaga buruh murah. Para kontrektor masih membalon orang ramai. Cukai masih di tahap yang sama. Kaum pemodal terus melipatkan gandakan keuntungan.

Orang ramai dan para pengundi digula-gulakan dengan perubahan dari parti ini ke parti itu. Dari presiden yang ini ke presiden yang itu. Ini adalah helah kaum pemodal agar orang ramai tidak akan menuntut perubahan sistem yang sedia ada.

Didalam kempen-kempen pilihan raya kita akan mendengar labon dan heboh heboh dari Mat Heboh yang ingin menjadi YB. Teliti dengan rapi : mereka semuanya berjanji untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang lebih baik dari yang sedia ada.

Apa sebenranya janji-janji para Mat Heboh bakal YB ini? Mereka berjanji akan menjalankan pentabiran dengan lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih. Ini ertinya mereka berjanji akan menjadi Mat Heboh yang lebih cekap, lebih amanah dan lebih bersih kepada kaum pemodal. Merekalah Mat Heboh yang terbaik untuk mengendalikan sistem ekonomi kapitalis ini.

Tidak pernah kita mendengar bahawa yang haprak dan yang membawa kemudaratan terhadap umat manusia hari ini ialah sistem ekonomi kapitalis yang mengajukan rukun iman : keuntungan maksima.

Rukun iman inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua hari ini. Keuntungan maksima yang dijadikan rukun iman ini akan membolehkan apa sahaja dilakukan asalkan ianya membawa untung. Balak dikeluarkan kerana ianya membawa untung. Pelacur datang dari China kerana ianya membawa untung. Hospital diswastakan kerana ianya membawa untung. Dadah diniagakan kerana ianya membawa untung.

Jika kita menyedari hakikat ini maka kita tahu bahawa sistem dua parti ini adalah kong kalikong. Tidak ada apa apa perubahan hakiki yang akan berlaku jika yang diajukan untuk dipilih hanyalah siapa yang lebih cekap mentabir sistem kapitalis.

Adakah Barisan Nasional lebih baik untuk keuntungan kapitalis atau Pakatan Rakyat yang akan mentabir dengan baik sistem kapitalis ini? Jika ini yang dipersoalkan maka saya jamin kita semua kena tipu oleh kaum pemodal dengan sistem dua parti yang sedang mereka rancangkan.

Apa yang seharusnya kita tuntut bukan sistem dua parti. Bukan siapa yang lebih cekap dan lebih amanah mentabirkan sistem kapitalis. Yang wajib menjadi rukun iman kita ialah menghancurkan sistem ekonomi yang berasaskan keuntungan maksima. Yang menjadi rukun iman kita ialah kita berjuang untuk melahirkan sistem ekonomi yang berasaskan kebajikan untuk umat manusia.

Sistem dua parti atau dua ratus buah parti ini tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki jika kita masih lagi dalam sistem ekonomi yang berimankan keuntungan maksima. Apa yang wajib kita sokong bukan mereka yang berijazah, berdatuk, bertun atau berserban - ini tidak penting. Yang penting ialah mereka yang kita pilih akan berani bangun berjuang untuk melahirkan satu sistem ekonomi yang berimankan kebajikan untuk manusia.

Kita jangan ditipu untuk diberi pilihan sama ada untuk membeli kasut Adidas atau kasut Puma. Kita mahukan kasut kulit yang baru. Kita jangan ditipu untuk memilih Coke Cola atau Pepsi Cola. Kita tidak mahu minuman itu. Kita mahu air advocado yang sehat untuk umat manusia.

Disalin dari http://tukartiub.blogspot.com